Monday, May 24, 2010

exam vs cairo

salam alaikum..

sangat sibuk sekarang. praktikal exam sedang berjalan, writen pulak start 12/6. semua kene cover, sampai tak terbaca semua :(


 Seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, iman itu dinding taqwa. sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan, dilawan pun jangan, dididik perlu, diasuh mesti. Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala2nya. Yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu.
dalam sibuk nak exam, sempat lagi pergi cairo baru-baru ni. bukan saja-saja tapi nak selesaikan masalah pertukaran course. nama termasuk dalam kuliah medik, kene la tukar balik. lecehnye..sampai sekarang belum selesai =.='' berurusan dengan arab memang macam tu, sabar je la.

first time pergi cairo kami (saya, intan, farihah) naik bas. 10LE je harga tiket, ambil masa 2jam setengah. time ni senang sikit sebab ustaz kamal a.k.a "abah" bawa kami ke embassy, kemudian belanja makan!! syok habis..hehe. + ustaz pun belanja tiket balik tau!! jangan jeles ye...


terima kasih ustaz ^_^,
*lain kali saya pau ustaz lagi yer :p*

second time pergi cairo kami (saya, intan, asyraf) namakan perjalanan kami .................... *xdapat idea lagi* bermula di syaima', kami menaiki teksi ke mahatob seterusnya naik train ke cairo *sangat lambat, lagi laju bas..so lepas ni kalau nak cepat naik bas yer XD* seterusnya kami menjelajah cairo menaiki teksi. pusing punya pusing sampai pening, si pemandu teksi ni pon tak kenal manakah letaknya embassy. mesyuarat teksi segera dijalankan dalam teksi yang membawa kepada penurunan kami di hadapan masjid mustafa mahmud. *25LE melayang~~* dengan kepandaian mushrif kami, sampailah kami di embassy yang hanya terletak bersebelahan masjid tu.

owh, masalah belum selesai! pegawai tak boleh tolong. jom pergi wafidin, mencuba nasib. naik tesi lagi. lamanya, trafik jam!! *tido la dalam teksi, letih sangat* percaya tak, wafidinnya sangat kecil *dan buruk, macam muzium bak kata kawan saya* jumpa madam huda, dia cakap tak boleh bayar lagi :(   kami decide untuk stay sehari lagi di cairo. esoknya jawapan masih sama, tak boleh bayar lagi!!! semoga masalah ni cepat selesai, amin...MySpace

apa yang saya discover??
  1. dah tahu cara nak jimat duit di cairo, naik metro untuk ke mana-mana ;)
  2. metro antara simbol kemajuan mesir. *metro lebih kurang LRT* 
  3. kalau naik teksi di cairo tanya dulu harga n pastikan mereka tahu destinasinya
  4. memang kene sabar berurusan dengan arab
  5. jangan lupa bawa mushrif ke cairo, sebagai langkah keselamatan :D
  6. lepas ni nak pergi lagi, sape nak ikut????

sempat shopping di pasar berhampiran wafidin sebelum balik ke mansurah. ni tangga untuk masuk ke metro

#lupa pula nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat#

p/s: doakan saya dan rakan GIGIANS yang lain, semoga kami mumtaz tanpa dhur thani
maaf dipinta kalau ada apa-apa kesalahan yang saya buat terhadap anda

tambahan: baru je balik dari cairo untuk kali ke-3. letih!!!

Friday, May 14, 2010

chEEse cake^^

salam semua..hai!! ceriakan hidup anda dengan iman dan taqwa :)

hari ni kita masuk bab masak memasak ye. jangan sedih-sedih, kalau sedih nangis yer..hehehe *maaf la, mengarut skit hari ni, kesan exam kot.ngeh3* ok, berbalik kepada rancangan masakan, nak kongsi resepi cheese cake atau dalam bahasa melayunya kek keju dan bahasa arabnya kek gibnah *ish, betul x ni? hentam sajalah labu...*

atas permintaan ramai *bajet ngoh* yang sering tertanya-tanya bagaimana saya menghasilkan kek keju yang begitu sedap sehingga menjilat talam  jari maka dengan rasa bangga riak takabbur rendah dirinya mempersembahkah resepinya. resepi ini diambil dari chef terkenal lagi mashur popular seantero dunia dan diminati ramai, Chef Hannah atau nama sebanarnya NurulHasanah Ab. Ghani *cam kenal je :S*

bahan-bahan yang diperlukan:

bahan A

250g cream cheese
250ml Whipping cream
60g gula
60g Majerin
60g Corn flour
3 or 4 kuning telur
Esen vanilla
Lemon juice

bahan B

3 or 4 biji putih telur
60g gula

crust
biskut borio
(depends on yourself, boleh guna apa-apa biskut kesukaan)
margerin@butter

cara-cara:
mula-mula, sediakan crust. caranya hancurkan biskut kegemaran anda selumatnya seperti hancurnya hati anda bila putus cinta *ececece, cam ade pengalaman je 8P* panaskan butter dan masukkan butter yang dah cair tu ke dalam biskut. masukkan ke dalam loyang dan mampatkan biskut tu. bila dah siap, sejukkan dalam peti.*ini juga optional, saya x letak pon sebab nk bake kan??*

Cream cheese + gula + marjerin dipukul dengan penuh kebencian kasih sayang dan kelembutan ala-ala perempuan melayu terakhir sampai kembang. kemudian, masukkan kuning telur, tepung jangung dan esen vanilla serta jus lemon. ketepikan. get ready for substance B!!

dalam bekas yang kering, pukul putih telur dengan gula sampai kembang atau istilah lebih tepatnya foamy. bila dah jadi camtu, teruskan usaha anda memukulnya hingga menjadi soaf peak. ha, dah jumpa istilah yang lagi tepat. merigue!! hehehe

kepada sesiapa yang belum faham camne marigue tu, inilah contohnya :) untuk lebih faham, bila kita terbalikkan bekas telur tu, dia x tumpah. camtu la..

langkah seterusnya, masukkan marigue white egg ( bahan B) ke dalam bahan A, bukan sebaliknya! sudah tu ape lagi, masukkan kedalam loyang crust tadi tu. kemudian bakar dalam oven. peringatan!!!! kek ni bukan bakar mcm biasa tapi cara au bain-marie (waterbath), pada 160 degrees C / 325 degrees F. *saya tak tahu betul x, ni hanye copy paste..saya punye oven kodi punye, so x payah nak sibuk-sibuk ukur brape degree 8D* Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dalam tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yang wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje.

ni la contoh waterbath.

bila dah siap masak, decorate la sesuka hati anda. sedap dimakan bila lapar..hehehe. selamat mencuba!!

p/s: selama ni saya buat kek, xde sukatan yang tepat sebab xde alat untuk timbang. so pandai-pandai la mengagak berapa banyak yang perlu dimasukkan.

maaf kalau ada perkataan yang membuatkan anda tidak suka, marah atau mengganggu hidup anda. doakan saya dan kawan-kawan mumtaz dalam exam tanpa dhur thani a.k.a reseat paper. amin...

Friday, May 7, 2010

mei oh mei

salam alaik

masa semakin pantas atau saya yang lembab? tak pandai nak atur masa sebaiknya. dah cuba buat jadual belajar tapi hanya ikut skali skala je takleh pakai btol la saya ni, =.='' pepatah arab ada menyebut, "alwaktu kasaif, iza lam yakhtok takhtok"~masa itu, ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka dia akan memotong kamu~ maka, nasihat kepada diri sendiri: tak perlu jaga masa sebab masa memang akan sentiasa bergerak tapi jaga  diri,pastikan diri tepati masa!! no more lagho kalau nak balik, meshi??

sibuk semalam agak disengajakan. layan saja permintaan ahli beit bobo untuk buat cheese cake sempena bday zahir ke-20 (5/5). ada patut dia call pukul 10 malam mintak buat kek pada waktu tu jugak! bila mintak dia belikan bahan-bahan, malas pulak. ish, tahu nak makan je. *kalau ahli beit bobo baca ni jangan marah ye, saja je tulis. nak buat kontroversi skit, hahahaha :P*  apapon, enjoy je buat kek tu. kurang sikit stress.

~blueberry borio cheese cake~

ni la pandangan sisinya^^

sebab takde bekas nak letak, so bekas pizza ni la jadi mangsa..hehe

ni kek pisang kak muni +____+

bulan 5 ni ramai jugak yang telah@akan sambut bday. yang berada dalam pengetahuan saya; zahir n zakwan *yt* (5/5), najibah n wansya *classmate* (6/5), alia hanis*classmate* (7/5), romadonazikri *super super senior* (9/5), alfian@pian *yt* (17/5) n last but not least cik aisyah kesayangan kami *yt*n adik saya, asyrafuddin (29/5). so utk jimat masa dan tenaga, saya ucapkan selamat hari lahir utk semua yer. barakatillah daiman abadan abada =) *ikhlas ni tau ;p*


sejak semalam, alhamdulillah rezeki kami agak murah. banyak makanan terhidang sampai tak termakan. 2 kotak pizza dibeli namun hanya satu kotak yang luak, sekotak lagi ditunda ke hari lain.hehe. hari ni pula 3 biji kek dimasak, 2 cheese cake  dan 1 kek pisang. belum disentuh sebab semua dah kenyang. lagipon kek masak lambat, insyaAllah esok akan dikedarah dimakan. jangan jeles yer.

#thanks to kak muni n aisyah yang rajin pegi beli pizza
#special thanks to kak muni again coz tlg belikan cream cheese, not to forgot laile sayang yang bersusah payah ke wikalah n belikan saya cream cheese jugak
#maaf kepada semua jikalau saya ada menyusahkan anda.
#thanks to kak dila, anna, intan n farihah
#ahli beit yokies n beit muslimah, sayang anda semua, moga ikatan ukhwah ini kekal selamanya...
#to sayang shairah, jangan jeles tau saya buat cheese cake lagi..hihihi
#miss my famili veli2 much...T.T, tak sabar tunggu hari sabtu!!
#oh tidak!!! saya jadi pembunuh bersiri yang sangat kejam hari ni, dah lebih 20 ekor nyamuk saya bunuh..bukan salah saya, mereka serang saya. saya hanya mempertahankan diri sahaja >.< *baca dengan nada sayu*


terima kasih kepada yang sudi membaca repekan saya ini http://www.emocutez.com

Saturday, May 1, 2010

asif

alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup, bernafas di dunia fana ini sebagai seorang muslim.

oh, hari ini saya dah tak tahu nak tulis apa, maaf kalau saya mengarut sikit ye. almaklumlah musim exam ni memang best kalau nak mengarut,hehehe. *ni bukan kes takde keje ye tp kes cari keje =.='' *

http://www.emocutez.com

kempen 'lifeline 4 Gaza' baru tamat semalam. jumlah kutipan ialah LE62871.25. Alhamdulillah masih ramai insan yang sudi menghulurkan sumbangan; terima kasih, syukran, arigato, sheshe'.apa lagi ye??ntah la labu.. saya hanya sempat menghadiri Malam "Dengari sendu Gaza" ke-2, begitu banyak input diperoleh. malas nak tulis, so klik sini ye :D pemalas betul!

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "                           (Riwayat Bukhari & Muslim)


 eh, tadi saya cakap nak mengarutkan? hmm, x jadi lah. takde idea a.k.a malas nak fikir. sah, memang pemalas!! oh ya, bermula 30/4/2010, waktu di sini dicepatkan satu jam, menjadikan perbezaan waktu antara Malaysia dan Mesir hanya 5 jam, bukan 6 jam. *perubahan hanya sementara,bermula musim bunga hingga musim luruh,jadi on kan sahaja daylight saving anda, senang =)* Jangan pening ye teman-teman sekalian, alert waktu kuliah n waktu exam. jangan lupe pegi kelas @__@

EXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAM