Wednesday, July 31, 2013
Monday, July 8, 2013
dari kaca mata pemerhati 2
salam alaik.
hasbunallahu wanikmal wakil. cukuplah hanya Allah bagi kami.
Alhamdulillah, aku dah selesai exam 2 hari lepas. dah semalam bermulalah pengembaraan sebagai penganggur. pagi-pagi naik basikal ronda-ronda kawasan perumahan sambil kutip barang dari semua orang. petangnya, aku tengok secara live orang berdemostrasi. tak join pun, just tengok dari rooftop rumah senior. sejuk mata memandang bila tengok semua yang join demo suci saja wajahnya. laungan takbir sentiasa bergema.
mereka pisahkan antara lelaki dengan perempuan. which means satu group lelaki dan satu group perempuan. pastu dekat bahagian perempuan yang menghadap jalan akan ada satu barisan pak cik- pak cik yang berdiri membelakangi kumpulan ni sambil memegang poster presiden Mursi. menarik, menjaga keselamatan akhowat mereka sambil menyampaikan mesej :)
sedihnya, malam tadi untuk pertama kalinya tentera turun masuk campur. mereka lepaskan gas pemedih mata kepada mereka semua *dan kami pun turut terkene effect walaupun duduk dalam rumah je.* kasihan melihat mereka terbatuk-batuk sambil berlari menjauhi tempat himpunan.
info:
-perhimpunan ini diadakan di hadapan kawasan perumahan, berhadapan stadium universiti.
-perhimpunan ini dari pihak pro-Mursi.
-perhimpunan akan bermula selepas asar hingga malam, biasanya akan berakhir jam 9-10 malam.
-perhimpunan aman ini sering diganggu oleh samseng upahan dan golongan anti-mursi hingga menyebabkan berlaku kekecohan.
-bermula semalam tentera turut masuk campur dan membantai mereka.
p/s: menyerang orang yang sedang solat, itu tindakan seorang pengecut! tapi terima kasih kerana telah menyempurnakan impian mereka untuk syahid.
lastly, insyaAllah esok kami akan mula berpuasa. dijangkakan 1Ramadhan di sini jatuh pada 9/7. moga ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dan hikmah kepada semua.
Allahhumma balighna Ramadhan.
hasbunallahu wanikmal wakil. cukuplah hanya Allah bagi kami.
Alhamdulillah, aku dah selesai exam 2 hari lepas. dah semalam bermulalah pengembaraan sebagai penganggur. pagi-pagi naik basikal ronda-ronda kawasan perumahan sambil kutip barang dari semua orang. petangnya, aku tengok secara live orang berdemostrasi. tak join pun, just tengok dari rooftop rumah senior. sejuk mata memandang bila tengok semua yang join demo suci saja wajahnya. laungan takbir sentiasa bergema.
mereka pisahkan antara lelaki dengan perempuan. which means satu group lelaki dan satu group perempuan. pastu dekat bahagian perempuan yang menghadap jalan akan ada satu barisan pak cik- pak cik yang berdiri membelakangi kumpulan ni sambil memegang poster presiden Mursi. menarik, menjaga keselamatan akhowat mereka sambil menyampaikan mesej :)
nampak x pakcik-pakcik berdiri atas border tu? |
info:
-perhimpunan ini diadakan di hadapan kawasan perumahan, berhadapan stadium universiti.
-perhimpunan ini dari pihak pro-Mursi.
-perhimpunan akan bermula selepas asar hingga malam, biasanya akan berakhir jam 9-10 malam.
-perhimpunan aman ini sering diganggu oleh samseng upahan dan golongan anti-mursi hingga menyebabkan berlaku kekecohan.
-bermula semalam tentera turut masuk campur dan membantai mereka.
p/s: menyerang orang yang sedang solat, itu tindakan seorang pengecut! tapi terima kasih kerana telah menyempurnakan impian mereka untuk syahid.
lastly, insyaAllah esok kami akan mula berpuasa. dijangkakan 1Ramadhan di sini jatuh pada 9/7. moga ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dan hikmah kepada semua.
Allahhumma balighna Ramadhan.
Thursday, July 4, 2013
dari kaca mata pemerhati
apabila yang haq ditentang
kebatilan menawan hati kesumat
bicara apa saja telinga dipekakkan
bukti kebenaran hanya jadi bahan ketawa
asal saja bukan agama yang dibawa
akan diangkat menjadi perwira
Islam yang kau anuti hanyalah sekadar nama
Islam yang kau percayai bukanlah dasar hidup
Islam yang kau fahami hanyalah kemunduran
kerna kau hanya mengharapkan dunia
tidak mahu berusaha sehabis daya
gopoh mencapai kekayaan
hingga tidak sedar diri dipergunakan
kau sombong dan pentingkan diri
kau lupa saudara-saudara seagama
Syria dan Palestin yang menjadi tetanggamu
harapan mereka yang cerah kini malap
kian sempit dan tertindas angkara kamu
kau tutup pintu bantuan buat mereka
kau jatuhkan perwira mereka
hanya kerana kebodohan dan kesombongan kau
maka bergembiralah Amerika dan Basyar
setahun lalu kau berpesta meraikan kemenangan
kejayaan menjatuhkan rejim yang menekan
katamu inginkan demokrasi dan reformasi
membawa negerimu ke arah baru
presiden pertama berjaya kau lantik
dalam pilihanraya yang sah tanpa sebarang korupsi
namun kau biarkan dia bergerak sendirian
tanpa ingin kau berganding bahu membantu
kerjamu hanyalah mencaci dan menghina
goyang kaki sambil hisap shisha
masalah yang berlaku kau salahkan dia
kekacauan yang berlaku kau turut serta
menuduh tanpa bukti mengeji tanpa henti
sudah sebati menjadi diri
kini setahun pemerintahannya
sungguh tidak sabar menanti janjinya
masalah harian menekan jiwa
bangkitlah kau menuntut janji yang dipatri
atas alasan kegagalan memajukan negara
kau gulingkan dia menjadi pesalah berbahaya
maka berpestalah kau sekali lagi
dengan kebodohan diri yang bermaharaja
merelakan diri menjadi boneka
kau masih di takuk lama
mindamu masih dengan kenangan lalu
lalu ingin kau kembali ke masa dulu
agar kau boleh berbahagia dalam derita
#sedih tengok rakyat mesir bergembira bila mursi dijatuhkan
#moga akan lahirlah Mursi Juniors untuk membangunkan kembali Mesir
actually nak post benda ni. Ucapan Dr Mursi
Sesungguhnya, Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat, Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini, Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera, Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat, Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga, Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala, Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata, Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama, Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja, Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja, Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman, Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama, Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah Islam bagiku, Kaffah menyeluruh, Kita bukan Islam biasa-biasa. Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita, Segala macam korupsi yang ada, Apakah dianjurkan islam? Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar, Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan, Apakah itu yang islam anjurkan? Itulah yang mahu aku baiki, Untuk semua rakyat di negara ini, Kita ada agama yang memimpin hidup kita, Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita, Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini, Aku mengetahui batasan aku, Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara, Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku, Bersama-sama kita bangunkan negeri ini, Jika tidak ada sokongan kamu, Aku tidak akan berada di sini, Ku hanya memohonkan sabarmu, Ku hanya memohonkan komitmenmu, Ku hanya memohonkan bantuanmu, Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, Kerana ianya bukan hak mutlak diriku, Dia adalah milik kita bersama, Tetapi keadaannya tidak demikian, Kau malah menuduh aku bermacam-macam, Sikapmu yang tidak sabar, Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu, Untuk membantu perjuanganku ini, Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya, Maka aku hanya berpegang dengan taliNya, Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini, Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
p/s: doakan yang terbaik untuk Mesir.
Subscribe to:
Posts (Atom)