Saturday, July 3, 2010

princess story

salam alaikum~~

sapa kenal laile sila angkat tangan! angkat kaki sekali pon ok.*muka serius*

kepada yang tertanya-tanya sampai pening siapakah laile, apakah keistimewaan dia sampai saya tulis pasal dia meh sini nak cerita. oppsss, sebelum tu nak warning awal-awal, kalau bosan jangan salahkan saya. anda yang nak baca, bukan saya paksa ;p

laile aka laile saliqin azmi aka laile azmi cantabile...kami berkenalan semasa nak buat pasport selanjutnya di rumbia resort, paka semasa membuat persediaan seterusnya menjadi housemate di sini. sayangnya, jodoh kami tidak panjang apabila dia terpaksa pulang ke Malaysia.*cewah ayat macam hilang laki je, erk...* owh sayangku, kenapa kau tegar tinggalin aku sendirian di sini? hahaha

terkejut ya laile udah pulang? kenapa laile pulang?iyalah..sini gue mau ceritain *sila baca ikut loghat indon ya*

ceritanya bermula pada suatu hari, di zaman milenium ini apabila seorang puteri yang sangat hepi go lucky jatuh sakit. seluruh isi alam meratapi kegeringannya itu. sudah puas dibawa berjumpa bomoh pawang  mahupun doktoran tetapi masih tidak sembuh-sembuh juga. berbekalkan ubat yang dikirimkan dari seberang laut merah itu, dia meneruskan kehidupannya di sini sambil ditemani dayang-dayang yang cantek menawan. 

malangnya, semakin hari si puteri ini semakin lemah. mukanya semakin pucat dan tidak bermaya. puas dayang-dayang cuba membantunya tetapi tidak ketemu jua penawarnya. dia manakah putera dan pahlawan-pahlawan yang sepatutnya menjaganya juga? owh, disebabkan tidak mahu putera dan pahlawannya susah hati, maka mereka tidak diberitahu tentang penyakit tuan puteri ini. 

tatkala semua sedang berjuang di medan perang, puteri semakin gering. maka diputuskan oleh bonda untuk membawa pulang puteri ke tanah air untuk mendapatkan rawatan lanjut. sukar untuk dayang-dayang dan putera serta pahlawan semua untuk melepaskan puteri pergi namun demi keselamatan dan kesihatan puteri hati terpaksa merelakan. sungguh bimbang semua di sini kerana puteri pulang berseorangan dan terpaksa melalui perjalanan yang sangat panjang, dua hari untuk sampai ke tanah air tercinta kerana transit di doha selama 20 jam.

sehari selepas tiba di tanah air, puteri dimasukkan ke dalam wad kerana kekurangan darah. alhamdulillah, setelah dirawat oleh doktoran yang hensem dan nurse-nurse yang cantek kesihatan puteri kembali stabil. sekarang puteri sedang berehat di mahligainya yang indah lagi permai sambil dijaga oleh ayahanda dan bonda tercinta. puteri akan menyambung pengajiannya di UIA insyaAllah.

sekian terima kasih.

untuk cerita lanjut, sila klik di sini

sesungguhnya dalam hidup ini tiada apa yang kekal. hanya Allah yang Esa kekal selamanya. maka ikhlaskan hati kerana setiap pertemua akan berakhir dengan perpisahan. semoga pertemuan dan perpisahan ini diberkati Allah dan di bawah redha dan rahmatNya. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”                                         Riwayat al-Hakim


11 comments:

kak dila said...

nk like ar dis post!

haha

ni dah buleh wat buku dongeng ni

dongeng di abad milennium~

sh. said...

laile balik mesia? Tak balik egypt da? o.O

kak dila said...

eh papepon syafakillah to Laile!

nurulkarimah said...

kak dila: like la banyok2..hehe
*jangan lupa watak awak sebagai dayang*
syafakillah to laile...

sh.:yup, laile dah bersenang lenang di mesia..huhuhu

laile azmie said...

hehe.
imah: i laughed head over heels :)) hahahahaha
kelako gile weh. sakit perut sensorang.
cam tak betol pon ade gelak sensorang.
wakakakak.
when there's a meeting, there will be a
parting.
love u fillah :)

cantabile :))

laile azmie said...

oh imah, btw, i dont look good in the picture :))

wakakakakak.
to sh: sy balik mesia for good :)

nurulkarimah said...

ala laile, tu je gambar proper skit..org suruh posing lawo2 xmoh..wakawaka
dah cantik la tu..
miss u =)

lailekenyangmakanyongtaufu said...

eh imah.
baru pasang tajuk entry.
princess ghupenye haku ni ye.
wakawakawaka.

nurulkarimah said...

wakawaka btol la princess laile ni -.=
adehla...buat lawok ape plop awok ni *rolling on d bed*

Zulaykha Nadya said...

nak nyebok.. laile sket ap?? less blood??? napa???
so laile smbg kat mesia la ea??

nurulkarimah said...

to zulaykha;
owh, sy pon x pasti sangat dia sakit ape sebenarnye, she lost blood too much. alhamdulillah now she has been recovered, taking her medicine regularly to prevent blood loss again.

insyaAllah bulan sepuluh ni dia masuk uia, sambung ape ntah..teehee