Tuesday, November 30, 2010

nak bagi tajuk ape ye?? takde idea ni :D

salam sejahtera buat semua (^_____^)v

jadual tahun ni memang mencabar, kelas 6 hari seminggu, jumaat yang penuh dengan aktiviti, bila masa nak rehat? hahaha...poyolah, banyak je masa senggang sampai sempat tengok 3 drama :p tak payah cakap takde masa sebab masa sentiasa ada, bergantung pada kita nak gunakannya untuk apa dan kenapa. bila masa terluang kata bosan takde keje tapi bila dah banyak kerja kata menyusahkan.

 *nyanyi lagu raihan*
ingat lima perkara sebelum lima perkara,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
sihat sebelum sakit, 
hidup sebelum mati...

apasal bold sihat sebelum sakit jugak?? ha ni nak cerita... abah sekarang demam + darah tinggi. berkaitan kan kan... mungkin bagi sesetengah orang biasa la, penyakit orang tua tapi sebelum ni abah takde sakit camni. setakat demam tu pon jarang-jarang je tapi sejak disahkan ada darah tinggi kerap juga abah sakit kepala +demam. sedihnya tak boleh nak jaga abah T.T  minta maaf abah, orang tak dapat jaga abah, tak dapat ingatkan  abah makan ubat, tak dapat tolong abah buat kerja, macam-macam lagilah. semoga abah dan ma sihat dan dalam jagaan dan rahmatNya sentiasa.

ni yang terbaru, raya haji baru2 ni...syahmi mintak air dengan abah :D


agak homesick bila terkenangkan ma abah. 
bulan 12 dah nak exam, studynya belum :(( terlebih vitamin M dalam study tapi terkurangnya dalam tengok cerita..adei, ubahlah!! 

Manusia dianggap KEDEKUT bila tidak ada masa untuk BERIBADAH sedangkan Allah SWT tidak pernah kedekut memanjangkan usianya, ia juga dikira RUGI bila tidak beramal sedangkan Allah akan anugerahkan kepadanya PAHALA berlipat kali ganda jika ia BERAMAL walau sedikit

No comments: