Friday, December 31, 2010

surat cinta

Assalamualaikum...

Apa khabar? Awak sihat ke? kita kat sini sihat J camne study? Exam dah dekat kan LJangan tension-tension, kita ada, tapi Allah sentiasa ada. rindu awak!

Kita tak pernah hantar surat kat awak kan? Sebab kita rasa dah lapuk,hehe.. tapi kali ni kita tulis sebab kita nak buat kelainan sikit.. variasi tu penting kan kan ;p

Sedar tak sedar dah masuk dua tahun kita kenal. Rasa macam baru semalam kita jumpe, berkenalan, dan jadi kawan..erm, saya lebih suka perkataan sahabat  sebab Nabi s.a.w takde kawan tapi ada sahabat, orang yang paling rapat dan boleh dipercayai. Harap kita bersahabat hingga ke syurga, insyaAllah.

sekarang kita jarang jumpa, masing-masing sibuk hal sendiri. Bila jumpa pulak selalu je nak cepat-cepat, sedihnye T.T dah tak boleh nak borak-borak, tanye perkembangan masing-masing. Awak sakit ke, dalam susah ke mesti kita tak tahu. Kejam betul kita ni, maaf ye awak. lepas ni kita akan cuba luangkan masa dengan awak, walau seminit tapi jika berkualiti itu lebih penting.

Kadang-kadang bila jumpa awak kita rasa macam janggal sebab kita dah lama tak cakap, dah tak mesra. Kita rasa pelik sangat, macam baru mula-mula kenal dulu,segan! baru-baru ni kita blogging pastu kita jumpa satu artikel pasal komunikasi. Rupanya itulah punca kita jauh, kita kurang komunikasi. Bukan borak kosong tapi cara kita berkomunikasi, kita berinteraksi tu kurang betul. Dalam tu ada cakap tak perlu waktu yang lama untuk berkomunikasi , asalkan penyampaian kita jelas dan cara penyampaian itu diterima pihak lain itu dikira komunikasi berkesan.

Mungkin kita ada tersalah kata tersilap bicara dekat awak, kita minta maaf sangat-sangat. Kita mungkin leka dengan benda lain sampai kadang-kadang kita tak terlayan awak. Mesti awak rasa kecil hati kan, sebab kalau orang lain buat camtu kat kita kita pon akan rasa sedih. Sekali lagi kita minta maaf tersangat.  

Pastu dalam satu lagi artikel kita jumpa pasal berlapang dada dalam bersahabat. Kita terima kawan kita seadanya, itulah peringkat berukhuwah paling rendah. Kita sendiripun tertanya-tanya adakah diri kita sudah sampai di peringkat ini? diri kita memang tak kuat, tapi kita cuba untuk mencapai sekurang-kurangnya peringkat ini.  Darjat yang paling tinggi adalah sanggup melebihkan saudaranya lebih dari diri sendiri, contohnya dalam persaudaraan muhajirin dan ansar. Saudara ansar sanggup menyerahkan sebahagian hartanya kepada saudara muhajirin, malah ada yang sanggup memberikan isteri dan anaknya untuk dinikahi saudara muhajirin. Subhanallah, sungguh mulia dan tingginya nilai persaudaraan dalam diri mereka. Kita harap kita dan awak boleh capai tahap ni,biiznillah insyaAllah.

Awak tahu tak, kita rasa kita nak perbaharui persahabatan kita. Sejak kita baca novel sinergi kita rasa persahabatan kita kurang sesuatu iaitu iman. Sinergi, kau aku dan iman; 1+1=3. Kita admire sangat dengan watak-watak dalam tu, mungkin itu hanya khayalan tapi penulis tu (hilal asyraf) mengaku bahawa dia punyai sahabat seperti itu. Hasil tarbiyah selama berada di matri melahirkan ukhuwah yang sangat mantap antara mereka, persaudaraan atas dasar keimanan. Kita harap kita dapat membentuk ukhuwah ini dengan awak juga, insyaAllah.

Tak sabar rasa nak jumpa awak semula. Rindu sangat-sangat.  “jika kau jatuh ke dalam neraka akan kuhulur tangan untuk membawamu bersamaku ke syurga”


 sahabatmu yang tercinta,

uhibbukifillah      



*tengok sini, juga sini :D*
*terasa gedik giles guna ganti diri "kita'',ngeh3*
*buat sahabat2ku, uhibbukum fillah abadan abada :D*
*rindu sahabat2 di Malaysia dan di mana sahaja, juga sahabat di Mesir! beit yokies!beit muslimah!gigians!!~padahal hari2 jumpe, gediksnye...hehehe*


2 comments:

lailesedanglaparpulutmangga said...

wow love letter imah o_O
terkedu hamba barang seminit dua.
hehe

aduh hamba ponn begitu wahai sahabat :)

rindu kamu juga.

love,
laileazmicantabile :D

nurulkarimah said...

terima kasih kerana sudi merindui kita di sini...harap awak sentiasa bahagia di sana, walau sejauh mana pon kita terpisah tapi awak tetap di hati kita~
*amacam ayat gedik x?? hehehe..miss u veri2*