Saturday, March 12, 2011

the journey.... part 4



1 February 2011

Rutin harian yang wajib dijalankan, ber‘joging’ mendapatkan bas ke stesen tube.  Seperti yang dijanjikan, kami bergerak ke oxford street, bukan untuk membeli belah tapi mencari pejabat Egypt Air. Penat-penat jumpa bangunan diorang pindah ke ceruk dunia pulak! Mujur encik operator syarikat ni ramah memberi direction, siap nombor bas takut-takut kami tersesat. Dan kami memang tersesat! Alhamdulillah jumpa juga akhirnya, building 66. Dengan ramah mesranya madam egyptair melayan kerenah kami yang meminta mereka menukar arah penerbangan ke Malaysia walaupun sudah berkali-kali diberitahu mereka tidak dapat berbuat demikian. Bersembang pula dengan encik manager tentang keadaan di mesir, kebetulan dia mansourian juga maka lagilah kaw-kaw kami bercerita. Tiket tiada duit melepas penat je dapat, huh~

Green park; taman yang dipenuhi rumput hijau dan pokok maple pada musim sejuk ini sangat menenangkan hati. Pemandangannya yang cantik memukau setiap mata yang melihat. Di sini jugalah terletaknya Buckingham Palace;  istana rasmi yang digunakan untuk sebarang program rasmi istana dan diraja. Juga pertukaran pengawal diadakan setiap hari pada musim panas dan selang sehari pada musim sejuk. Di hadapan istana terdapat Victoria Memorial sebagai peringatan kepada Queen Victoria yang memerintah  England dan berjaya meluaskan jajahan termasuk India. 


Big bang tower, house of parliament, westmister bridge dan eye of London merupakan destinasi terakhir untuk hari ini. Berlatar belakangkan cahaya neon mewujudkan gambar yang cukup indah di bigbang dan HOP. Pengalaman 4D eye of London sangat mengujakan! Terasa bagai berada di awangan tatkala persembahan bermula, effect khas seperti burung, salji, hujan dan awan menjadikannya lebih real. Pemandangan dari atas sangat menarik, kerlipan neon di sekitar kota London menunjukkan bahawa betapa cerdiknya manusia menyusun dan mentadbir bumi ini, dan sesungguhnya betapa Besarnya kusa Allah menjadikan manusia secerdik ini dan mengawal seluruh alam ni. Subhanallah.


p/s: oxford street penuh dengan kedai barangan berjenama. Ada duit shopping takde duit window shopping…masa sesuai untuk membeli bila sale, up to 50%!!!

2 February 2011

Bersiap untuk ke Paris! Penerbangan murah Easy Jet menjadi pilihan hati :p pertemuan yang tak diduga dengan dua orang aunty sangat memorial! Tak sangka mereka sangat slumber;
“aunty nak pegi mane?”berbahasa sikit mane tau boleh jadi menantu ,kihkihkih
“oloh, mok cik ni jadi nenek doh..nak g paris. Awok semua ni nok g mano?” pekat seh bahasa Kelantan dia…
“kami nok g paris gop,  Aunty melancong ke kerja?”
“mok cik nok cuti ngan anok… aunty doh lame menetap London, dulu keje jage budok-budok macam awok ni la. Belajo medic ke?
“yup”
“tahu doh kecik-kecik muke gini ni meme cop dokto..”
=.=’’*speechless*

Sampai di lapangan terbang Challes De Gulles kami disambut oleh pegawai kastam..hakhakahak. sendiri cari jalan la, ikut penerangan yang diberikan abang echah mula-mula cari salte (exit) kemudian naik train aka metro ke …….* I lupe namenye* pekena nasi briyani di restoren india di situ sebelum check in di Alton hotel. zzZZZ

Jane! 

3 comments:

Anonymous said...

IMMAH~ i think u better put some photos(pemandangn) sbb x la org borg sgt nk bce..
se g~ klu x silap, keluar tu SORTIE...

ileesal haha said...

imah asal dok borak lama lama seket dgn auntie tuh.
hehe
mane la tau.
calon menantu. kahkahkah

nurulkarimah said...

laile: calon menantu tak jadi...wakakaka
anonymous: ye kot sortie, i lupe..hehe. pasal gambar kene tunggu coz xde dlm simpanan, lepas ni upload insyaAllah :)