Tuesday, May 17, 2011

ianya indah (^___^)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله 



apa tarikh memorial bagi korang? bithday? of course la.. ulang tahun per'couple'lan korang? itu aiman tak kisah, aku lagi tak kisah. antara tarikh yang aku paling tunggu adalah 16 Mei...

 
time-time sekolah dulu, *eceh, macam dah tua je -.-'* bulan Mei je semua cikgu tersenyum. tunggu nak dapat hadiah. cikgu-cikgu yang kuit miut, hensem-hensem mesti dapat banyak hadiah, kad-kad ucapan. yang biasa-biasa pulak biasalah, dapat biasa-biasa aje. tu pun aku tak termasuk dalam senarai pemberi hadiah, malu beb nak bagi, jadi tukang teman kawan-kawan bagi hadiah je, buat-buat hadiah tu aku pun ade share, sambil tu buat ucapan selebar mungkin sampai cikgu terharu, sobs..

tu semua lepas waktu rehat, sebelum tu pegi la tadah telinga dengar perutusan menteri, pengarah, blablabla...  saat dinanti adalah persembahan pelajar dan guru, time tu paling meriah. aku paling suka dengar lagu "kami guru malaysia". alkisahnya berangan nak jadi cikgu, keturunan tu..pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku hampir semuanya cikgu, merekalah contoh buat aku dulu, belajar bersungguh-sungguh sebab nak jadi cikgu. takdir Allah dah tetapkan aku belajar gigi, redha :) oh, terlari sudah.....

acara kemuncak adalah pengumuman guru popular, guru paling hot dan macam-macam lagi. ni pon aku suka jugak sebab masa ni je la nak bersuka ria, bebas sikit, hehehe. boleh nak bersorak-sorak, gamatkan suasana *walaupun lepas tu akan ditegur -.-'* acara sukaneka pun best, terbaik punye.... time ni la nak tengok aksi keanakan cikgu-cikgu. kalah kanak-kanak ribena, fun!!

hish, rindu betul dekat sekolah. dekat sekolah boleh ayat cikgu, manja-manja dengan cikgu, pau cikgu pun boleh! baru-baru ni masa cuti sempat pergi melawat sekolah, dah lain la..cikgu-cikgu pun dah ramai yang takde*pindah* syukur sebab cikgu-cikgu masih ingat aku, yang kamcheng sikit mestilah dengan ustaz...ustaz Muhammad, Ustaz Jusoh. terharu babe.

"wah ustaz, dah lame tak tengok makin hensem la sekarang" 
"mestilah, kalau tak takkan cikgu Laile awak tu terpikat dekat saya" speechless... baru nak sakat ustaz, dah kene balik. cikgu-cikgu lain bantai gelak, aku pun gelak jugak la nak cover malu, dahlah semua cikgu lelaki ada dalam bilik tu time tu.
 *sahabat-sahabat SHAMS cubalah teka siapa ustaz ni*

memori zaman persekolahan sangat manis dan bermakna. PASTI Al-Haudiyyah, SK Pusat Kuala Ibai dan SMKA Sheikh Abdul Malek tempat aku mencari ilmu. buat semua guru yang pernah mengajar, terima kasih dan minta halalkan segala ilmu. kuhadiahkan kejayaanku tanda kasih dan cintaku padamu. buat sahabat-sahabat yang bakal menjadi pendidik, semoga dirimu ikhlas kerana itulah yang akan memberikanmu pahala hingga ke akhirat


Dari Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah saw pernah berkata,
Apabila matinya anak adam, akan terputuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara iaitu sedekah amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat
Riwayat Bukhari dan Muslim


No comments: