Saturday, June 11, 2011

marhaban as-siff aka welcome summer

السلام عليكم 
الحمدلله

[two-down-five-more-to-go]


panas! hot! harrr! 

ini baru panas dunia, dah melalak macam orang hilang anak. akhirat nanti panas 70 kali ganda dari ni tau! *tipikal betol ayat ni kan, poyo* tak dapat nak bayangkan nanti puasa kat sini, dalam suhu hampir mencecah  50C selama lebih kurang 15 jam!! DUGAAN. *sekarang baru 33C pon dah merungut, hish*


disebabkan musim panas ni maka nafsu untuk makan tu membuak-buak. kejap-kejap lapo, puas buka peti sejuk tu tapi tak pulak keluar kek ke, nasi ke, mee ke prince charming ke. yang ada hanyalah 3 biji pisang yang dah terlebih masak tapi still boleh makan. nak buang rugi, duit tu makanya terlintaslah idea cekodok pisang. erm tak nak lah dah puas makan benda bergoreng, nak kek!!

maka bertanyalah pada encik google yang baik hati resepinya tapi macam tak menarik je. telur pun dah habis, minyak? sayang la nak guna dah tinggal sikit malas nak pegi beli. anak-anak neuron pun mula bercamtum untuk menghasilkan cik idea bernama "kek el-mauz"

200g butter
1 cawan gula 
2 cawan tepung kek
1 sudu baking powder
3-4 biji pisang
2 sudu susu
1 sudu cuka
1 sudu soda bikarbonate

1. pukul butter dan gula sampai kembang.
2. masukkan tepung dan baking powder yang diayak dan pukul sampai rata. 
3. masukkan susu dan pisang. pukul sampai rata. 
4. campurkan soda bikarbonate dan cuka, tuang dalam adunan, gaul rata.
5. masukkan dalam loyang, bakar kira-kira 20-30 minit, suhu 180 degree
6. dah masak tu silalah ngap :)


senang kan? rasanya agak lain *maveles ah* sebab ada susu, saja tambah sebab adunan nampak macam keras sikit. ikut kreativiti dan inovasi sendirilah nak buat macam mana asal menjadi kek tu. kalau perasan kek ni macam kek red velvet, cuma tukar coklat paste dengan pisang, huahahaha.

baru perasan tak keluarkan lagi post pasal red velvet kan? tanye encik google je la ye :p 

ni bukan kek el-mauz, ni red velvet sempena hari lahir dia ke-20, dah tua lah echah-chan ;p

ni pulak untuk guys, pembakar semangat imtihan 


ni barulah kek el-mauz

malas nak potong comel-comel sebab nanti masuk mulut hancur jugak, huahaha





pesanan 1: hati berdebar-debar menanti si dia~
pesanan 2: asyik mimpi kawen je, ade ape-ape ke ;p
pesanan 3: doa jangan lupa, mumtaz gigians, mumtaz medic, mumtaz ala tulll! love u lah (:
pesanan 4: kita usaha, tawakal hanya padaNya. insyaAllah Dia akan berikan yang terbaik untuk kita, think positive and live positively ^__^

jane~
hidup itu memberi dan menerima 

No comments: