Wednesday, September 22, 2010

salam alaik~!
salam lebaran ^__^

ish, dah berkurun entry ni ditaip tapi x publish2 jugak...dah berkulat kot entry ni jadi maaflah yer MySpace

raya datang lagi~ kali ni sambut raya lain sikit, asyik keluar pegi jalan je, tak lekat kat rumah! letih o0.. tiap-tiap hari pegi jalan, balik rumah terus tido...kikiki. uniknya raya tahun ni dapat kad jemputan kawen...eh2, ni bukan yang sedara mara punya tau, tapi dari senior...rasa macam dah besar la pulak dapat jemputan kawen ni,hihi. bukan satu jemputan tapi tiga!! tu pulak semuanya pada hari raya ke-3. dahla memang kat rumah buat open house time tu, nasib-nasib.

first majlis kawen kat rumah kak husni n jaa. *sebab dekat dengan rumah that's why pegi sini dulu,hehe* next rumah kak asma n firdaus...memang mengancamlah awok awoks ni buat majlis... lepas tu singgah rumah liya ngan laile, memang seronok!

paling hangat raya ke-4, main bowling~! kami 4 buah keluarga sama-sama buat tournament..memang sporting abis la abah, siap dapat markah kedua tertinggi lagi...malas nak tulis so baca kat blog my sis yer, ruby.

~barakallahulakum wabaraka alaikum wajamaa bainakum~


 firdaus & asma


jaa & husni


sekarang dah sibuk buat persiapan untuk balik ke mesir...xnak balik boleh?? hehehe. gembira ade takut pon ade, ish x stabil betol emo ni =( doakan kejayaan saya dan kawan-kawan di sana..flight 29/9, so sape-sape rasa nak anto tu silalah ...naik mas dr kt-kl pukul 10 pagi, qatar kl-cairo pukul 8.30 malam...*perasan lebih je, macam la ade orang nak anto,kuang3*

Friday, September 3, 2010

asam masin sedap, peria juga ubat!

salam alaik~!

sejak akhir-akhir ni banyak benda yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. dunia tunggang terbalik, hidup pun rasa macam tak bermakna je. itulah akibatnya jauh dariNya. sendiri cari pasal, tanggunglah sendiri. jangan salahkan orang lain. bila dapat nikmat ingatlah ini ujian dariNya, bila dapat musibah ingatlah ini adalah khifarah dosa kita. sentiasa muhasabah diri dan cuba berubah ke arah yang lebih baik.

bila orang bagi nasihat dengar, walaupun kita dah tahu semua benda tu. kita kan orang yang pelupa, suka buat kesalahan yang sama maka bila orang tegur perkara yang kita dah tahu maknanya kita buat salah yang sama lagi, tanpa kita sedar! meskipun orang yang menegur tu ilmunya tidak setanding dengan ilmu kita tapi ingatlah mungkin dia lebih memahami dan menghayati perkara itu. janganlah jadi bodoh sombong, lebih suka pertahankan ego meskipun apa yang ditegur itu benar.

jika saya ada buat salah, silalah tegur, tak kira di mana atau bila. dan bimbinglah saya ke arah yang lebih baik, jangan biarkan saya terus hanyut dengan syurga dunia yang merupakan neraka bagi mereka yang beriman. lepas baca novel sinergi, baru saya sedar iman itu adalah tunggak kehidupan, termasuk dalam persahabatan. bersahabat atas dasar iman, sentiasa dalam senang atau susah kerana perhubungan ini adalah tanggungjawab kita yang Allah telah anugerahkan. "jika kau terjun ke dalam neraka, aku akan terjun juga untuk menarikmu bersama-samaku ke dalam syurga"-sinergi. "sesungguhnya sebagai manusia aku sayang padamu"-cinta sang ratu, RAM.


*semua ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri :)
*baru je beli 7 novel, mandatori n satu janji - ramli awang murshid; sinergi n vt - hilal asyraf; denyut cinta medik- dr. farhan; bayangan rindu- anis ayuni; salahuddin al ayubi :D
*mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang hidup ini. 
*jemput datang ke rumah terutama raya ke-3, insyaAllah ada open house di alamat lot 1485 kg banggol kuala ibai. jangan segan-segan ye, baik punye!! MySpace
*opps, lupa pula...selamat pengantin baru kepada bakal pengantin, kak asma dan firdaus, kak husni dan jaa serta kak aisyah dan tunang- semua ni berpakat kawin 3 syawal!! juga kepada kak Qayah dan suami. barakallahulakum wajamaa bainakum :D

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN