Wednesday, August 31, 2011

minal aidil wal faizin

السلام عليكم
الحمدلله 






khas dari kami di mansoura, mesir
mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang dilakukan
kepada keluarga tersayang kami rindu kepadamu
kepada sahabat handai moga tautan ikhuwah kekal ke akhirnya


taqabalallahu minna waminkum


Tuesday, August 23, 2011

kisah ramadhan

السلام عليكم
الحمدلله


kini berada di fasa terakhir bulan ramadhan. alhamdulillah masih diberi peluang olehNya untuk menunaikan rukun islam ke-3 dalam keadaan aman dan sihat. Ramadhan semakin hampir ke penghujung bermakna semakin suntuk masa untuk mendapatkan pahala yang sangat-sangat lumayan, setiap amalan digandakan pahalanya, subhanallah. bagaimana pula saudara-saudara kita di Palestin menjalani ibadah puasa ini? semoga mereka terus diberi kekuatan oleh Allah untuk terus berjuang demi agamaNya.

sejak awal ramadhan, bila dengar radio je mesti ada lagu raya, nak-nak bila tinggal seminggu je lagi. frust tau tak!! firstnya mestilah sebab tak dapat balik. *tak kisah pun sebenarnya sebab ramai kawan sini, siap banyak aktiviti yang bermanfaat ada (n_n)v*  secondnya frust sebab dalam pemikiran kita puasa je mesti ingat raya..betul kan kan. dah memang tertanam dalam diri kita macam tu, ak boleh salahkan diri sendiri jugak kan kan. tapi nak ceritanya dekat sini memang lain suasananya. sini nak story :)

seminggu dua sebelum puasa semua supermarket dan kedai siap pasang kain *tak tahulah kain ape yang corak2 gitu* menandakan ramadhan akan datang. kurma, buah teen, kacang-kacang dan manisan semakin banyak dijual. maka mulalah mereka shopping semua ini untuk menyambut ramadhan. student malaysia pun sibuk beli buat balik malaysia, kalau tak caye tanyelah kawan-kawan :)

bulan puasa pula boleh nampak orang mengaji kat mana-mana. semua bawak quran, ada masa terus baca. subhanallah. iftar tu memang banyak, kamipun dijemput tau! suasana sangat lain dari hari-hari biasa, lebih tenang dan ceria. pernah tengok atau dengar orang ketuk-ketuk gabus or something untuk kejutkan sahur? kat kawasan ini ade, kira-kira sejam sebelum subuh adalah suara mak cik-mak cik kejutkan sahur sambil pukul gabus. nostalgik!

orang-orang sini memang sangat memuliakan ramadhan dan tak kisah sangat pasal raya. buka youtube cari lagu tentang ramadhan sangat banyak tapi lagu raya? kita pulak terbalik kan kan. nak dengar dia sebut tentang raya pun tak pernah, inikan pula nak sambut grand-grand. kita je yang terbalik kan kan. lagi satu lantern aka pelita dan lampu lip lap-lip lap, dua tiga hari sebelum pausa mereka semangat pasang, hiaskan rumah dan jalan. nak jalan sorang-sorang malam-malam pun tak takut sebab sangat cerah.*ini tak dibenarkan ye, bahaya* dalam bab ni kita pun terbalik kan? dua tiga hari sebelum raya baru nak kemas rumah, pasang pelita pula tunggu malam tujuh likur *sebab rumah sayapun buat camtu =.=''*

sebenarnya takde apa pun nak tulis tu membebel tak tentu pasal..kihkihkih. bertambah pulak dengan tension dengar lagu raya dekat radio yang memang menyiksa jiwa *betul ke? happy je tak nangis pun siap ikut nyanyi ;p* belum raya so tak boleh bagi ucapan raya lagi tapi sekarang dalam percubaan untuk berjumpa lailatul qadar. nak pesan dekat semua dalam sibuk membuat persiapan raya ni masa untuk beribadah jangan diabaikan. kejarlah lailatul qadar, kita semua tahu kelebihannyakan. kita tak tahu adakah kita masih sempat untuk bertemu ramadhan seterusnya maka sama-samalah berusaha menggapainya sekarang (^.^)


~koleksi gambar iftar di markaz nil~



nak tunjuk cerahnya jalan sebab banyak lampu dipasang =)


jane!
jangan tunggu lailatul qadar tapi kejar!!!

Friday, August 12, 2011

good bye 9teen

السلام عليكم 
الحمدلله

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.....

lama tak update, terlebih vitamin M =) banyak perkara yang berlaku, baik suka mahupun duka. semuanya lumrah hidup, terimalah qada' dan qadar Allah dengan seikhlasnya.

pertama-tamanya selamat menyambut ramadhan kareem. Alhamdulillah kita berkesempatan untuk bertemunya sekali lagi, masihkah ada peluang di lain tahun? wallahualam. bercakap pasal puasa kat mesir, best sebenarnya. lain dari prediction sebelum ni; bimbang pasal panas, waktu siang panjang bla bla bla.... sebenarnya tak panas sangat pun, biasa-biasa aje. panjang? herm tak terasa sebab sibuk dengan pelbagai perkara. lagipun sekarang subuh dah semakin lewat dan maghrib semakin awal so its doesn't really matter  =) tambahan pula kat sini banyak iftar *majlis berbuka puasa* baru-baru ni kami pergi iftar di markaz nil. terharu sangat sebab mereka khaskan hari tu untuk pelajar-pelajar perubatan masurah. makanan pun best, yum yum gitu (n__n)v


tarikh keramat 8/8/2011. buat pertama kalinya  sambut hari lahir  *sadis je kan bunyi, ish ish ish* kek coklat baron + nasi putih + pumpkin masak lemak + ayam bakar western style+ sambal belacan...meleleh tak air liur baca? memang sedap sangat, terima kasih chef syazdiana yang diimport khas dari syaima'. jauh tuuu..;p lagi sedap bila makan beramai-ramai. jauh dari famili maka kawan-kawanlah yang menjadi keluarga kat sini. sayang kamu!!





berita mengejutkan juga diterima pada hari yang sama. permohonan visa umrah kami ditolak T.T sedih memang sedih, bila fikir balik adalah hikmahnya. bila DIA jemput kita ke rumahNYA tiada apa boleh menghalang dan jika belum sampai masanya buat apa cara sekalipun memang tak menjadi. konklusinya kita hanya boleh merancang dan berusaha DIA juga yang menentukan segalanya. InsyaAllah ada rezeki kami cuba lagi  tahun hadapan. cheer girls :)


*banyak benda nak bagitahu tapi takde idea nak susun ayat, huh -.-'*

 selamat hari lahir kepada insan-insan yang berkongsi 'bulan lahir' ogos. semoga Allah memberkati hidup kita semua dan terus memberi taufik dan hidayahNya.

04/8- NURULHASANAH BINTI AB GHANI
06/8- NIK LIANA
10/8- KAK FARIHA
11/8- MOHD NAJMUDDIN AB GHANI
13/8- KAK SYAZDIANA
29/8- LAILE CANTABILE
30/8- NURUL NADHIRAH AB GHANI


SELAMAT BERPUASA =D


p/s: TAHNIAH kepada my dearest friend, shairah kerana berjaya dalam A level dan InsyaAllah akan terbang ke UK bulan 9. jaga diri baik-baik. saranghae <3

jane!!