Friday, January 21, 2011




lagu tema: sahabat sejati (UNIC)





inilah butter cake dari saya untuk sahabat sekalian.. ramuan yang dicampur dengan kasih sayang dan sedikit pengorbanan sebagai pemberi semangat kepada semua untuk terus berusaha menghadapi peperiksaan. semoga kalian tabah dan sabar menghadapi ujian ini, jangan stress sangat. bittaufik wanajah fi imtihan =)

note:
1. exam dah habis! ehaaaa... erk, sambung lepas cuti pulak :(
2. kek tu masih belum dipotong sampai saat dan tika ini..*sedap ke rasanya??* -.-'

Saturday, January 15, 2011

parentkiss

assalamualaikum dan salam sejahtera

 kalau sayang kenapa tinggalkan, kalau cinta kenapa menangis... kasih dan sayang sedalam mana pun mesti ada pun pasti akan berakhir dengan perpisahan. cinta yang mekar menguntum menceriakan hari pasti akan basah dan layu akhirnya. muka yang comel lagi cantik juga pasti akan muram dan sedih jua. hati yang tabah pasti akan menangis akhirnya :( begitu juga diri ini yang cekal pasti akan menangis merindui mereka.. 

pelik pula rasanya, tahun lepas tak pula homesick tapi sekarang melebih-lebih pula. terlampau rindu sampaikan asyik termimpi-mimpi mereka. mengalir air mata tatkala tidak dapat bercakap dengan mereka. tika mereka ingin memutuskan talian hati rasa berat sekali melepaskan namun bila berpeluang lidah kelu tidak terungkap kata-kata. inikah yang dinamakan cinta? kasih? sayang? 

*guna "aku" ye, sempoi skit ;p*

mak, mummy, ibu, ummi, ayah, baba, dady, papa semua tu panggilan untuk orang tua kita tapi aku panggil ma  dan abah. nak gedik skit boleh panggil mama,  time-time poyo panggil boss kat abah. merekalah yang melahirkan, membesarkan, menyekolahkan dan sebagainya. merekalah orang yang paling rapat dan paling memahami, sebab mereka faham apa yang aku rasa, bagaimana diri aku, sikap dan perangai aku; aku sendiripun tak tahu. senang kata hidup aku dibentuk oleh mereka, tapi aku tak kesah sebab mereka tahu apa yang terbaik untuk aku.

aku bukan budak baik, bukan anak yang baik tapi aku mencuba untuk menjadi yang terbaik. *quote echah;  bukan mencari tapi menjadi* aku cuba tunaikan segala harapan mereka, meski aku tahu sukar untuk mereliasisasikannya. when there is a will, there is a way so don't give up! anggap saja harapan mereka itu sebagai salah satu cabaran untuk menuju syurga yang kekal abadi. sering aku teringat cerita "jangan dilukai hatinya" 2 benda yang aku pegang dari cerita ini; taat pada suami *bukan masanya lagi :p* dan jangan derhaka pada ibu!! 

setiap kali aku telefon ayat yang paling ma suka ulang "tak dapat tengok muka dengar suara seminggu sekalipun jadilah" itulah rindu seorang ibu. pesanan untuk diri dan rakan-rakan, telefonlah ibu bapa anda sekurang-kurangnya sebulan sekali, lebih baik seminggu sekali.  dan pesan abah tadi; " kelas dah banyak habiskan, jangan tengok movie saje, buka-buka la buku tu".ngeee, abah ni tau-tau je anak dia ni suka tengok movie..hehe. MySpace

alamak! terpanjang pulak aku tulis.. maaf ya kalau anda dah bosan baca, terima kasihlah sudi baca. kalau dah bosan sila buat donno je, pastu dengar lagu parentkiss. satu hal lagi 13 januari lepas hari lahir abah tersayang *ma pun aku sayang jugak!* 

SELAMAT HARI LAHIR ABAH
ni gambar tahun lepas, tahun ni punya belum dapat :( *sis, please email *
dengar cerita moist choc cake, abah siap puji sedap :)

note: 
1. exam lagi dan lagi dan lagi *pounting*
2. selimut dan heater kawan yang sangat baik sekarang, i like...suhu terkini 16 degree
3. selamat menghadapi peperiksaan buat sahabat semua, bittaufik wanajah wanikah v( ^_^)v
4. inspirasi tulis cerita dari web ni



Monday, January 10, 2011

2011

bismillahi walhamdulillah

selamat tahun baru \(^_^)/  dah bertambah umur *hilang 1 tinggal dua je :(* makin matang?  entah, sedang berusaha menjadi lebih matang dan rasional. chiok!! tak sangka dapat hidup sepanjang ni, moga kita diberi umur yang panjang agar dapat terus perhambakan diri pada Sang Pencipta. terasa baru semalam habis SPM, baru tadi berpisah dengna keluarga T.T *homesick!!*

tukar layout lagi, dan lagi...

pokok kelapa ingatkan aku tentang di sana
tempatku mula mengenal dunia yang fana pernuh gersang
mereka yang mendampingiku sentiasa
awan biru yang berarak mengikut tiupan angin
pantai yang bergelora tika sampai saat dan ketikanya
sawah padi yang dipenuhi lalang dihuni burung-burung
hanya tinggal memori berbalam-balam dalam kotak fikiran
ingatkah aku lagi pada suara ombak membelah diri
sinaran mentari memancar terik membahang
gelak tawa mereka yang kusayangi dan kurindui
wajah-wajah yang memberi kebahagiaan dalam diriku
pada saat dan ketika ini ketahuilah bahawa aku rindu padamu
nantikan aku datang kepadamu~

mencari spirit yang hilang dalam kecelaruan dalam diri~

..............................................***...........................................................***..............................................


 "kenali diri , anda akan kenal semuanya" ayat kontroversi~ baru saya tahu ayat ni sebenarnya dah lama wujud, cuma diubah sedikit dari yang asal "man arafa nafsahu arafa Rabbuhu" ~ siapa yang kenal dirinya dia akan kenal Tuhannya~ bila kita kenal diri, kita tahu tujuan kita hidup *innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin* kenapa kita diciptakan * Dan tidaklah Aku ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaKu -Adz Dzuriyat: 56* semua dah pandai kan jadi sama-samalah kita muhasabah diri kita :)

jkkk