Tuesday, January 8, 2013

video of the week: qasidah menyeronokkan faiz




alhamdulillah.

dalam kesejukan bumi  yang disimbahi hujan, status-status fb semua orang menghangatkan suasana dengan 2 isu hangat.

isu 1: Amanat Haji Hadi.

isu yang sering dibangkitkan setiap kali pilihanraya. tak taulah apa tujuan mereka ungkit-ungkitkan perkara itu sedangkan tuan punya diri nak explain tak pulak bagi peluang, sibuk duk ulas sendiri. dari apa yang eden baca dan faham, takde masalah pun dengan statement tu. betullah apa yang diucapkan, apa masalah? jangan pisahkan agama dan politik sebab Islam itu syumul, yakni menyeluruh. kalau dah menyeluruh maknanya merangkumi semua, termasuk politik. so what is d problem?

 isu kafir mengkafirkan oleh masyarakat disebabkan keluarnya amanat ini eden tak tahu sangat sebab time tu eden tak lahir lagi. apa yang eden nampak boleh terjadinya kejadian kafir mengkafirkan sebab kita semua suke belajar sekerat jalan. suka buat kesimpulan sendiri. suka buat suka-suka hati. tak faham rujuk yang pakar, jangan cepat menuduh dan menuding jari. eden pun baca dari sini. menurut usul isyrin (usul 20) dalam kitab Risalah at-Ta'alim karangan Imam Hassan Al-Banna, dalam usul ke 20:

Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:
  • Mengakui kalimah kufur
  • Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
  • Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
  • Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
  • Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.
 so, jangan terus ambil jalan mudah dengan jump into conclusion without knowing the truth. kita boleh membenci kesalahan yang dilakukan tetapi jangan membenci orang yang melakukan.  kita mengkafirkan perbuatan yang dilakukan bukan mengkafirkan orang yang melakukan. jauh bezanya tu, faham baik-baik ye. *ops, rasa macam kontroversi pulak ayat ni,hehehe*  jangan mudah-mudah menghukum seseorang, siasat dan periksalah dahulu kesahihan sesuatu berita.


isu 2: taufan sonamu

dijangka akan melanda pantai timur. ramai yang post fb. eden tak tahu keadaan Malaysia sekarang tapi eden doakan semoga semuanya selamat dari sebarang malapetaka dan bahaya. sekali Allah nak uji kita bagaimana kebergantungan kita kepadaNya. percayakah kita akan kuasanya. nak ingatkan balik kita bahawa DIA Maha Perkasa dan Maha Kuasa. hanya DIA yang wajib kita sembah dan patuh. juga sebagai peringatan atas kelekaan dan kelalaian kita dalam kehidupan. dunia semakin hampir ke penghujungnya, begitu juga kita. MATI tidak menanti kita tua, bahkan mati itu bila-bila masa. saat untuk nyawa dicabut tidak akan dipercepatkan mahupun dilambatkan hatta sesaat. selagi nyawa masih dijasad, kembalilah kepadaNYA. DIA sentiasa menanti kepulangan kita kejalanNYA.

taubat. akan sentiasa terbuka dan Allah sentiasa merindui hambanya yang bertaubat. meskipun kesalahan yang  sama dilakukan setelah bertaubat, bertaubatlah kembali. jangan tunggu tua kerana yakinkah kita sesaat lagi kita masih hidup?

kalau nampak eden ni silap tegurlah, jangan segan-segan. to be human is err. eden pun manusia, sentiasa lalai dan terleka dengan mainan dunia. so sentiasa ingatkan  dan bimbinglah eden kepadaNya.

sekian, 
lots of love,
eden~~