Tuesday, November 30, 2010

nak bagi tajuk ape ye?? takde idea ni :D

salam sejahtera buat semua (^_____^)v

jadual tahun ni memang mencabar, kelas 6 hari seminggu, jumaat yang penuh dengan aktiviti, bila masa nak rehat? hahaha...poyolah, banyak je masa senggang sampai sempat tengok 3 drama :p tak payah cakap takde masa sebab masa sentiasa ada, bergantung pada kita nak gunakannya untuk apa dan kenapa. bila masa terluang kata bosan takde keje tapi bila dah banyak kerja kata menyusahkan.

 *nyanyi lagu raihan*
ingat lima perkara sebelum lima perkara,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
sihat sebelum sakit, 
hidup sebelum mati...

apasal bold sihat sebelum sakit jugak?? ha ni nak cerita... abah sekarang demam + darah tinggi. berkaitan kan kan... mungkin bagi sesetengah orang biasa la, penyakit orang tua tapi sebelum ni abah takde sakit camni. setakat demam tu pon jarang-jarang je tapi sejak disahkan ada darah tinggi kerap juga abah sakit kepala +demam. sedihnya tak boleh nak jaga abah T.T  minta maaf abah, orang tak dapat jaga abah, tak dapat ingatkan  abah makan ubat, tak dapat tolong abah buat kerja, macam-macam lagilah. semoga abah dan ma sihat dan dalam jagaan dan rahmatNya sentiasa.

ni yang terbaru, raya haji baru2 ni...syahmi mintak air dengan abah :D


agak homesick bila terkenangkan ma abah. 
bulan 12 dah nak exam, studynya belum :(( terlebih vitamin M dalam study tapi terkurangnya dalam tengok cerita..adei, ubahlah!! 

Manusia dianggap KEDEKUT bila tidak ada masa untuk BERIBADAH sedangkan Allah SWT tidak pernah kedekut memanjangkan usianya, ia juga dikira RUGI bila tidak beramal sedangkan Allah akan anugerahkan kepadanya PAHALA berlipat kali ganda jika ia BERAMAL walau sedikit

Friday, November 19, 2010

eid adha @.@

walaupun hari ni dah masuk raya ke-3, tapi masih belum terlambat rasanye untuk mengucapkan salam aidiladha...kullu am wa antum bikhoir

ni tahun kedua raya kat perantauan. nasib baik duduk kat mesir, tempat majoriti muslim jadi takde masalah dari segi sambutan. malahan sambutan kat sini lagi meriah! kesian dekat sepupu yang belajar kat republic Czech, hari raya tu pon masih ade kelas... inilah dugaan, baru namanye belajar overseas..hehe.

raya tahun ni sangat meriah, bermula dengan open house kat rumah kak asma n pidah then house warming kat rumah saya dua hari sebelum raya seterusnya solat raya, sembelihan dan majlis hari raya tiga hari berturut-turut. raya pertama open house rumah zee n yana, dentist-classmates, next day rumah beit muslimah n rumah kak husni n jaa. today we had MAWAR, majlis aidiladha dan walimatul urus untuk 4 pasangan; kak asma n pidah; kak husni n jaa; kak akma n husband; last but not least newly-freshly-yesterday married-couple, kak husna n zaim. barakallah daiman =) hectic days! 

now i'm gaining weight! just in one day i gained 1 kg!! i'm getting chubby T.T budak montel!! going to diet, maybe =.=''


peace no war...
salam alaik

Tuesday, November 9, 2010

25 things

i'll make it short ok!

1. suka sangat mencuba dan selalu curious... kalau boleh semua benda nak cuba sama ada jadi pengemis, perdana menteri,etc ... satu lagi nak cuba sangat semua makanan, kawan-kawan cadangkan jadi hos jalan-jalan cari makan sebab saya makan segala benda, asal halal..

2. berangan nak jadi macam mahadhir luqman, pandai banyak bahasa...nak pandai english (dah 15 tahun belajar tapi masih tak pandai T.T), arab, perancis, mandarin, kantonis, korea, jepun,etc..agak-agak kalau ada bahasa elien belajar tak? =.='

3. suka baca novel tapi kedekut nak beli...rela pinjam dari kawan atau pujuk kakak beli..pandai~

4. tak suka politik, berpolitik dan sewaktu dengannya. sering tertanya; kenapa mereka sibuk nak bergaduh? Rasulullah dah ajar cara nak tadbir negara, piagam madinah tu kan piagam pertama, kenapa tak ambil contoh dari situ? Al-Quran dan hadis panduan, kenapa tak ikut? pemimpin sekarang ni #@^&@!!! sibuk ikut telunjuk orang~ *maaf, teremo pulak*

5. dulu tv sahabat sehidup semati sekarang tukar laptop. makan tido belajar semua dengan laptop...*shairah, jangan jeles eh^^* 

6. serius suka dengar lagu, especially nasyid english sebab nasyid melayu sekarang cintan cintun je lebih... jumpa lagu baru, best...klik

7. nature lover? boleh la... suka kampung, sebab tu sekarang pon belajar pon kat kampung je. nasib baik tak boleh terjun sawah, kalau tak dah lame...hehe

8. dentist-to-be, insyaAllah dalam masa 4 tahun lagi...doakan semuanya lancar =D

9. dulu obses dengan gigi dan gelaran doktor. mak suruh jadi doctor (pakar O&G) tapi sibuk nak jadi dentist..asal ade dr kat depan tu jadilah, mak kata..love u mom!

10. tak suka duduk sorang-sorang, bosan! 

11. blog ni sebenarnya khas untuk famili, tapi mereka tak baca pon T.T

12. cita-cita nak mengelilingi dunia tapi sampai sekarang malaysia pon belum habis, malah terengganu tu pon banyak lagi yang tak dijelajahi :(

13. masa duduk rumah sibuk nak balik mesir, bila dah sampai homesick pulak...betul-betul tak hargai apa yang ade depan mata, huh!

14. first time naik kapal terbang sangat teruja...masih ingat tarikh, 23 september 2009 dari KT-KL naik MAS

muka-muka yang still innocent :p

15. anak ke-6 dari 9 adik beradik, ade 4 kakak, sorang abang, 2 adik lelaki dan adik bongsu perempuan...semua dah berpunye, termasuk saya!! haha *statement kontroversi*

16. suka bercakap bila ada mood, suka nyanyi bila bad mood..lalalala

17. pandai berlakon, so mana-mana pengarah yang perlukan heroin sila call saya ^_~

18. sangat tak faham dengan diri sendiri. bila fikiran kata camni, hati kata camtu tapi tubuh buat yang gitu-gitu...fenim-fenim

19. sangat-sangat benci untuk membuat pilihan. kalau boleh semua orang tolong pilihkan, bagi je apa-apa saya terima..hehe

20. ternanti-nanti bilakah kakak-kakakku akan memberi anak buah...nak kata diorang takde pakwe, ade je...entah apa lagi yang ditunggu, kawen je lah oi!

21. tak takut katak tapi geli... tahun lepas bedah katak yang dah pengsan tapi tahun ni yang fresh, siap lompat-lompat! ma tolong...gelinye

 22. berkawan je dengan semua tapi kawan rapat adalah shairah, syuhada, hazirah, famili beit yokies (intan, ah, laile, liya) n beit muslimah (kak darl, kak muni, anna, echah) uhibbukum kullu fillah abadan abada :)

23. sangat susah mengingati nama...maaf kalau ada sesiapa yang saya tak ingat namanya. tak ingat nama tak bermakna saya lupakan kalian...kalian tetap dalam ingatan, sebahagian dari memori dan sejarah hidupku 

24. ada yang tahu ade yang tak tahu sebenarnya saya pelat.. untuk cover benda tu saya belajar bahasa baku so sampai sekarang masih pekat bahasa baku tu, bukan mengada atau sengaja tak nak cakap terengganu..saya pure terengganu!!

25. insyaAllah akan buka klinik gigi, restoren, kedai dan kilang satay... ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan?? 

sekian 25 perkaranya...maaf jika ada salah silap. tag ini terbuka kepada sesiapa yang punyai kelapangan masa dsn keraajinan yang tinggi untuk menaip. tafaddal mashkura~

kepada yang terpilih, anda diminta untuk menjawab tag ini dalam kelapangan waktu yang ada...ini bukan satu arahan :]
*sis ruby: jawab bila dah habis exam ye...all d best in ur exam
*laile cantabile: just wanna know u better...i miss our moments, the way u eat n how cheerful u r thats make beit yokies alive with laugh and happiness
*kak dalila: saya tahu kak darl sibuk, tapi kalau ada masa dan kerajinan buatlah...
*asyraf: ni special request! kami nak tahu cerita tu...hehehe