sape lagi pandai, kau atau aku??
aku mengaku aku memang pandai. bukan berlagak jauh sekali riak namun sudah dilahirkan dengan kecerdikan ini, Alhamdulillah. semua orang pandai, atas usaha sendiri untuk mengeksploitasi dan memanfaatkannya pula. tak percaya semua orang pandai? tengok sekeliling, pandai tak saintis cipta laptop ni? pandai tak tukang kayu reka meja tulis ni? pandai tak pengemis minta sedekah dengan menyanyi? kan semua orang pandai, tiadapun orang bodoh.
sepandai manapun manusia pandai lagi penciptanya. begitu kompleks tubuh manusia, kau boleh buat? hebat kau klonkan manusia, binatang, tumbuhan tapi semuanya berasal dari bahan yang diciptakan oleh Dia. kau tak mampu nak buat semua tu, kalau kau mengaku kuat cubalah hasilkan sesuatu yang memang tiada dalam alam cakerawala ni. hasilkan sesuatu yang tiada menjadi ada, tidak menggunakan sumber yang ada, boleh ke?? acu cuba try test....
tafakur sekejap. duduk atas bangunan tinggi *tak tinggi tingkat 1 pun cukup* di malam yang hening... perhatikan cahaya nion yang berkelip di sekitar bandar. Subhanallah, sungguh pandai manusia mereka bangunan pencakar langit, pelbagai dimensi dan begitu menarik susun aturnya... lihat kenderaan berderet di atas jalan raya, bagai semut yang menjalar pulang ke sarang.. lihat bukit nun jauh di sana, berbalam-balam diterangi cahaya bulan. oh sungguh indah alam ini, ciptaan siapa?? disebabkan manusiakah alam menjadi cantik begini? ya! mereka yang buat semua ini. HEBAT.
kalau alam ini digubah manusia, siapa yang mencipta manusia? tentunya lebih HEBAT. dari tiada menjadi ada, lagi HEBAT. ajaibnya dari setitis mani tiba-tiba menjadi seketul darah yang kemudiannya membentuk tulang disaluti daging lalu bergeraklah ia. bagaimana boleh bergerak? ada bateri?? hanya sebuah kitab suci yang menerangkan semua ini, Al-Quran.
tenunglah kearah langit. kau lihat bintang berkelipan di sana, si majnun berkata pada laila "biarlah bulan dan bintang menjadi saksi cinta kita" sungguh indah percintaan itu, lupakan. kau belajar sistem cakerawala, bumi merupakan salah satu planet dalam sistem suria. bintang yang disangkakan kecil rupanya lebih besar dari sistem suria, malah sistem suria merupakan satu titik kecil yang teramat kecil dalam alam cakerawala ini. ah, kau tentu lebih mengerti dan arif tentang ini dari aku bukan? betapa kecilnya bumi, lebih kecil kita ini, jasad yang akan menjadi tanah suatu hari nanti. manusia ibarat zarah bersaiz femto diatas batu kecil dalam kepekatan malam yang panjang, minute sahaja saiznya.
maka siapa pemilik alam ini? siapa yang maha berkuasa, maha bijaksana mencipta dan mentadbir alam ini? tidak mungkin sesuatu akan terjadi dengan sendiri tanpa ada sebab dan musababnya. aku buka kitab karim, hanya ia satu-satunya yang menerangkan semuanya. menerangkan tentang peredaran bumi, bagaimana terjadinya alam cakerawala ini malah menerangkan siapa penciptanya, Allahuakbar.
tak perlu aku rungkaikan panjang-panjang, aku tahu kau semua tahu siapa Dia. dan kau juga tahu akan semua ini, kaukan pandai. nak aku tunjukkan bukti tentang semua yang aku katakan tadi? senang, gampang. buka kitab suci Al-Quran, baca dan hayatilah semua. kau tentu tahu semua ini kan. kau kan bijak. hanya kepadaNya aku berserah diri, sesungguhnya hidupku matiku hanya kerana Allah Tuhan sekalian alam.
|
gambar ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun apa-apa...hanya dicilok dari encik google :) |