Monday, March 5, 2012

SYRIA, benar atau tidak?

السلام عليكم
الحمدلله


hai. serius dua rius rindu nak tulis, rindu nak luah perasaan tapi entah bila bukak je terus malas. *sigh* pening! mana satu nak percaya? yang ni cakap camni yang tu cakap camtu. yang pasti memang benar-benar berlaku.


Ahmed Toyyib El-Kauki, Ketua Pasukan Kempen Antarabangsa Bantuan Rakyat Syria menyifatkan revolusi yang berlaku di Syria sebagai "yatim dan sebatang kara" sebagai perumpamaan terhadap tiada apa-apa pertolongan dari dunia sekalipun setiap hari peluru-peluru tentera rejim menembusi dada-dada rakyat sambil melahirkan rasa hairan dengan sikap Basyar yang seakan-akan tidak mengakui krisis yang berlaku dalam negaranya.

El-Kauki berucap di Himpunan Rakyat Membantu Rakyat Syria anjuran Ikhwan Muslimin Fayoum. Jelas El-Kauki lagi, lebih menyedihkan apabila pihak tentera rejim membunuh rakyat secara beramai-ramai, menyerang masjid dan membunuh para imam. Selain itu, dinding-dinding masjid turut diconteng dengan kalimah kufur dan mendewa-dewakan pemimpin rejim negara itu.



apa?


isu SYRIA. di sini kami didedahkan dengan keadaan yang berlaku di SYRIA. muslim kill muslim. well, ustaz yang beri ceramah cakap, mereka (syiah) bukan lagi muslim sebab pegangan (akidah) mereka dah jauh terpesong. jauh berbeza dengan wahabi (sebab wahabi masih lagi berpegang dengan al quran sunnah, hanya bergaduh tentang masalah furuk) sedangkan pegangan akidah syiah sendiri begitu berbeza dengan ahli sunnah wal jamaah. nak tulis lebih-lebih takut salah, kajilah sendiri. *p/s: kaji dengan sumber yang sahih tau, tengok siapa pengarangnya, latar belakangnya, jangan terus percaya bulat-bulat*


sedih? 

malu nak mengaku diri ini muslim yang penyayang, jauh benar dari hadis  Nabi Muhammad S.A.W.;

daripada Anas R.A, daripada Rasulullah S.A.W. bersabda;
"tidak akan beriman seorangpun di kalangan kamu semua (secara sempurna) sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia mennyayangi dirinya sendiri"

bergetar hati tatkala melihat video-video mendedahkan perjuangan mereka mempertahankan diri, keluarga dan agama tanpa mengharapkan bantuan masyarakat luar, hanya berserah kepada Allah. mereka bukan ekstrimist, bukan pemberontak, hanyalah ingin pertahankan hak sebagai seorang muslim, seorang bapa, seorang ibu, seorang anak.

setiap hari berlaku pembunuhan terhadap muslim sunni di syria, bukan satu bukan dua tapi puluhan. anak disembelih di hadapan ibu, suami ditembak di hadapan isteri, rumah digeledah dan seluruh isinya dibunuh dengan kejam.

diseleweng?

benarkah fakta-fakta yang disebarkan mengenai penderitaan rakyat syria hanyalah mainan barat? wallahualam. namun lihatlah sendiri video-video yang diupload sendiri rakyatnya, bukan melalui media. CNN dan BBC tidak boleh dipercayai? well, sekurang-kurangnya mereka lebih telus dalam menyuarakan penderitaan rakyat syria. wakil negara Arab kata tiada apa yang berlaku di syria? jika benar kenapa Syeikh Dr Yusuf Al-Qadarawi sibuk-sibuk menghantar wakil ke setiap negara Islam termasuk Malaysia untuk menerangkan apa yang berlaku di Syria? malah jumhur ulama' juga menyokong tindakan rakyat, bukan Basyar!

teringat satu berita yang menyatakan bahawa rakyat Syria menyokong penuh tindakan Basyar yang disiarkan di sebuah tv tempatan. tahukah anda sebahagian daripada mereka diculik oleh tentera dan dipaksa berada dalam perarakan tersebut? inilah gunanya IT, cari maklumat yang sahih dan lihat dunia luar, bukan jadi katak di bawah mangkuk kaca lutsinar, dapat melihat tetapi pandangannya terhad.

p/s: tak faham kenapa semakin ramai rakyat Malaysia yang memeluk syiah. tahukah mereka siapa pengasas syiah? apakah pegangan sebenar mereka? kitab mereka? bagaimana syiah ini terbentuk? dan peristiwa di sebalik sambutan "10 muharram" yang disambut mereka? atau kerana berminat dengan nikah mut'ah yang telah diharamkan oleh jumhur ulama'? atau kerana.....*tak pasti boleh tulis ke tidak*
~kontroversinya ayat di atas, fuh~


adios~
'jihadnya Muslim untuk pertahankan agamanya'