Friday, September 3, 2010

asam masin sedap, peria juga ubat!

salam alaik~!

sejak akhir-akhir ni banyak benda yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. dunia tunggang terbalik, hidup pun rasa macam tak bermakna je. itulah akibatnya jauh dariNya. sendiri cari pasal, tanggunglah sendiri. jangan salahkan orang lain. bila dapat nikmat ingatlah ini ujian dariNya, bila dapat musibah ingatlah ini adalah khifarah dosa kita. sentiasa muhasabah diri dan cuba berubah ke arah yang lebih baik.

bila orang bagi nasihat dengar, walaupun kita dah tahu semua benda tu. kita kan orang yang pelupa, suka buat kesalahan yang sama maka bila orang tegur perkara yang kita dah tahu maknanya kita buat salah yang sama lagi, tanpa kita sedar! meskipun orang yang menegur tu ilmunya tidak setanding dengan ilmu kita tapi ingatlah mungkin dia lebih memahami dan menghayati perkara itu. janganlah jadi bodoh sombong, lebih suka pertahankan ego meskipun apa yang ditegur itu benar.

jika saya ada buat salah, silalah tegur, tak kira di mana atau bila. dan bimbinglah saya ke arah yang lebih baik, jangan biarkan saya terus hanyut dengan syurga dunia yang merupakan neraka bagi mereka yang beriman. lepas baca novel sinergi, baru saya sedar iman itu adalah tunggak kehidupan, termasuk dalam persahabatan. bersahabat atas dasar iman, sentiasa dalam senang atau susah kerana perhubungan ini adalah tanggungjawab kita yang Allah telah anugerahkan. "jika kau terjun ke dalam neraka, aku akan terjun juga untuk menarikmu bersama-samaku ke dalam syurga"-sinergi. "sesungguhnya sebagai manusia aku sayang padamu"-cinta sang ratu, RAM.


*semua ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri :)
*baru je beli 7 novel, mandatori n satu janji - ramli awang murshid; sinergi n vt - hilal asyraf; denyut cinta medik- dr. farhan; bayangan rindu- anis ayuni; salahuddin al ayubi :D
*mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang hidup ini. 
*jemput datang ke rumah terutama raya ke-3, insyaAllah ada open house di alamat lot 1485 kg banggol kuala ibai. jangan segan-segan ye, baik punye!! MySpace
*opps, lupa pula...selamat pengantin baru kepada bakal pengantin, kak asma dan firdaus, kak husni dan jaa serta kak aisyah dan tunang- semua ni berpakat kawin 3 syawal!! juga kepada kak Qayah dan suami. barakallahulakum wajamaa bainakum :D

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

4 comments:

Anonymous said...

cik karimah bile lagi? haha..(xdop keje doh nk ngaca)

nurulkarimah said...

erk?? sape tanye nih?? insyaALlah lepas ni.....one fine day~~hihihi

lailekiut said...

imah which kak aisyah ek?? banyok ah org name kak aisyah. emm,

imah sinergi dok dang g bace, nanti ah i'll try digging the whole contents like u did! :)
ok!

lotsss of love

Laile :)

nurulkarimah said...

laile:

tu kak aisyah yt alex la.....kawen ngn tg ape ntah, yg bg ceramah apa maknanya saya seorang islam kt darul rahmah dlu^^