Wednesday, October 27, 2010

gadid ^_^ v

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, masih berkesempatan menaip entry ini...

gadid au jadid atau baru or new.. kalau tak faham lagi boleh bukak kamus, nak lagi canggih taip je kat google translater...hehe. asalnye saje nak blogwalking kejap tapi dah terlanjur bace post kakak, siap kene tag lagi jadi buat-buat rajin nak masuk contest tu..sekali tengok rupe-rupanya tak pandai sangat bab-bab IT ni... almaklumlah  dari kampung, sekarang pun duduk kampung jugak..hehe.

kenapa pilih layout n background ni? ntah la.... dah penat pilih, ni je yang berkenan. kalau nak komen, bagi tips, kutuk atau ape-ape silalah.. usah segan usah malu, taipkan aje.. owh, pasal contest tu, sape- sape yang berminat silalah ke page ni. silalah ke sana sebelum 6/11/2010, kalau terlepas maksudnya dah xpired..hahaha. hadiah? dia cakap nak bagi top up, bagi sape yang tersangat memerlukan top up free, silalah masuk ye ^__~

akhir kalam, maaf sebab dah jarang hupdating..kelas 6 hari seminggu+ tuisyen 4 kali seminggu, tengah mempertimbangkan untuk join lagi satu tuisyen =.='' sangat-sangat sibuk walaupun sengaja buat sibuk....


A piece of advice from Prof. AB Rani Samsudin;

“Reading is a continuous process of learning and being an excellent dentist is all about reading and hardworking. Without both of it, you are just like an electrician who only knows how to make the lamp works out without knowing what makes it lights up" 

~taken from senior's blog~

Monday, October 11, 2010

regards~

alhamdulillah~

dah selamat berpindah ke rumah baru. rumah 3 bilik dengan 2 ruang tamu..cantik, sekali tengok dah jatuh hati MySpace baba dengan mama pun baik. "we're family" itulah kata mama, baba dan seluruh ahli keluarganya. terharu...

 bukan senang nak senang tapi tak susah nak susah! tahun ni memang sangat menguji kesabaran. pelbagai masalah terpaksa dihadapi sedangkan diri rasa macam dah tak mampu menghadapi semua ini. kita takkan tahu kemampuan kita selagi tidak menghadapinya. semuanya memerlukan kepada cara pemikiran yang positif,   redha dan sabar.



Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
al-baqarah; 277


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
al-baqarah; 214




*insyaAllah we'll find our way
*ALLAH is always by our side


oh angin sampaikan salamku 
pada ibu ayah
keluarga tercinta
sahabat handai tersayang
sungguh aku rindu pada mereka


Friday, October 1, 2010

@mansurah

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, sampai jugak akhirnya kat mansurah ni. bermula pukul 10 pagi, 29 september hingga 4.30 petang(waktu malaysia 9.30 malam),30 september 2010-sangat memenatkan! syukur alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan.

esok dah kene pergi kelas, banyak ke tertinggal ek? xtaula...insyaAllah cuba cover balik.  special thanks to my sis ruby yang sudi tulis pasal saya dalam blog. terharu T.T . to my family and friends in malaysia i miss u all...to shairah, maaf walaupun dah banyak kali kita rancang nak berjumpa tapi sampai skarang x sempat.. uhibbu kullukum lillah :)

*special thanks to ma sediakan bekal nasi...semua puji sambal ma yang sedap tu...
*alfu syukran kepada abah yang dah susah2 angkat beg yang berat 66 tu..bak ma kate, nasib baik x 77...kikiki
*sangat rindu!!!! nak peluk ma dengan abah lagi boleh x?????
*kepada adik-adikku, pudin, najmi n nadhirah belajar sungguh-sungguh..jangan leka dengan fb, tag, myspace bla bla bla.... tolong-tolong ma ngan abah kat rumah tu..kesian mereka kerja keras untuk kita.