Friday, August 12, 2011

good bye 9teen

السلام عليكم 
الحمدلله

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.....

lama tak update, terlebih vitamin M =) banyak perkara yang berlaku, baik suka mahupun duka. semuanya lumrah hidup, terimalah qada' dan qadar Allah dengan seikhlasnya.

pertama-tamanya selamat menyambut ramadhan kareem. Alhamdulillah kita berkesempatan untuk bertemunya sekali lagi, masihkah ada peluang di lain tahun? wallahualam. bercakap pasal puasa kat mesir, best sebenarnya. lain dari prediction sebelum ni; bimbang pasal panas, waktu siang panjang bla bla bla.... sebenarnya tak panas sangat pun, biasa-biasa aje. panjang? herm tak terasa sebab sibuk dengan pelbagai perkara. lagipun sekarang subuh dah semakin lewat dan maghrib semakin awal so its doesn't really matter  =) tambahan pula kat sini banyak iftar *majlis berbuka puasa* baru-baru ni kami pergi iftar di markaz nil. terharu sangat sebab mereka khaskan hari tu untuk pelajar-pelajar perubatan masurah. makanan pun best, yum yum gitu (n__n)v


tarikh keramat 8/8/2011. buat pertama kalinya  sambut hari lahir  *sadis je kan bunyi, ish ish ish* kek coklat baron + nasi putih + pumpkin masak lemak + ayam bakar western style+ sambal belacan...meleleh tak air liur baca? memang sedap sangat, terima kasih chef syazdiana yang diimport khas dari syaima'. jauh tuuu..;p lagi sedap bila makan beramai-ramai. jauh dari famili maka kawan-kawanlah yang menjadi keluarga kat sini. sayang kamu!!





berita mengejutkan juga diterima pada hari yang sama. permohonan visa umrah kami ditolak T.T sedih memang sedih, bila fikir balik adalah hikmahnya. bila DIA jemput kita ke rumahNYA tiada apa boleh menghalang dan jika belum sampai masanya buat apa cara sekalipun memang tak menjadi. konklusinya kita hanya boleh merancang dan berusaha DIA juga yang menentukan segalanya. InsyaAllah ada rezeki kami cuba lagi  tahun hadapan. cheer girls :)


*banyak benda nak bagitahu tapi takde idea nak susun ayat, huh -.-'*

 selamat hari lahir kepada insan-insan yang berkongsi 'bulan lahir' ogos. semoga Allah memberkati hidup kita semua dan terus memberi taufik dan hidayahNya.

04/8- NURULHASANAH BINTI AB GHANI
06/8- NIK LIANA
10/8- KAK FARIHA
11/8- MOHD NAJMUDDIN AB GHANI
13/8- KAK SYAZDIANA
29/8- LAILE CANTABILE
30/8- NURUL NADHIRAH AB GHANI


SELAMAT BERPUASA =D


p/s: TAHNIAH kepada my dearest friend, shairah kerana berjaya dalam A level dan InsyaAllah akan terbang ke UK bulan 9. jaga diri baik-baik. saranghae <3

jane!!

2 comments:

Laile :) said...

huhu. imah merohnye inai :P dok lama doh tu.

kek tu mcm kek yg first2 beli mase sapa kat bumi mesir, kek birthday kak dalila hehe :D

imah sanah helwah!

p.s allahumma bariklana fi ramadhan :)

miss you.sobs

laile azmie said...

eh lupe lok boron lagi super duper besss.

nok kirim hok spotong tuuu

hahahaha :D