Thursday, October 11, 2012

ana dukturah....

salam alaik...

''hanya orang yang sibuk pandai menguruskan masa dengan baik. berilah apa sahaja kerja kepada mereka nescaya kerja yang diberikan itu akan siap pada masanya. namun jika kerja itu diberikan kepada mereka yang hanya menyibukkan diri tetapi hakikatnya mereka tersangatlah lapang maka beribu alasan akan diperoleh''      *quote dari seorang senior*  


aku sibuk? takdelah...serius banyak gila masa yang ada, tapi banyak main. tak pandai nak uruskan dengan betul. aishhh. belajar fiqh aulawiyat pun still tak dapat nak aplikasikan dengan betul. itulah ruginya bila ilmu yang ada tak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah.

علم بلا عمل كشجرة بلا ثمرة     

bermulanya sesi baru maka secara officialnya bergelar pelajar klinikal. dan bermulalah episod yang mendebarkan untuk merawat patients. selama ni praktis dalam makmal, guna gigi palsu tapi sekarang akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah makluk yang bernama manusia.

untuk setiap subjek kami harus mencari patients sendiri. agak-agak korang sanggup tak nak jadi first patient kami?? jangan risau semua kos ditanggung oleh kami, anda hanya perlu hadir ke klinik tib asnan atau contact kami.

ammu muhamad, my first patient for prosthesis

me: assalamualaikum ya ammu..enta aizah toam asnan?? (pak cik nak gigi palsu?)
ammu 1: *senyum* waalaikum salam..haha, ana ma'a dukturah farah *bukan nama sebenar* (saya dah bersama doc farah)
me: ooo..meshi2 *wah blushing rasa*
ammu muhamad: *lambai2 suruh datang*
me: ammu, enta aizah toam asnan? *muka berharap*
ammu muhamad: dukturah mai? syuf dih *sambil tunjuk buku*
me: laa..ana dukturah karimah, fi syeksyen 8.30 sobahan yaumul ahad. enta aizah?
ammu: meshi2. aizah 25 genih..(ok, saya nak 25 genih)
me: wallahi gholi awi! 20 bas... (mahal gila! 20 je..)
ammu: meshi2

hehehe, itulah kerja pakcik-pakcik tua kt sini. duduk je dekat kerusi dalam kuliah tib asnan n tunggu student approach untuk jadi patient subjek prosthesis. bukan free2 diorang datang, siap kene bayar 20genih setiap kali dia datang. paling menarik, bukan seorang student jadi pelanggan dia tapi ramai. siap ada jadual ... beribu genih jugak pak cik-pak cik dapat dalam sebulan. ok la kan, daripada minta sedekah at least mereka bekerja *jadi patient kami satu pekerjaan ape -.-*

starting next week, insyaAllah kami akan mula merawat patient. berdebar sangat-sangat. ammu, tolong bagi kerjasama ya.... robbuna yusahhil :)


                   

2 comments:

ruby said...

owh...doctor yg cari patient..not patient cari doctor..hihihi

nik liana said...

imah, may Allah ease your work! i know you can do it!! chaiyok2 <3

p/s: i miss you