salam alaik.
hasbunallahu wanikmal wakil. cukuplah hanya Allah bagi kami.
Alhamdulillah, aku dah selesai exam 2 hari lepas. dah semalam bermulalah pengembaraan sebagai penganggur. pagi-pagi naik basikal ronda-ronda kawasan perumahan sambil kutip barang dari semua orang. petangnya, aku tengok secara live orang berdemostrasi. tak join pun, just tengok dari rooftop rumah senior. sejuk mata memandang bila tengok semua yang join demo suci saja wajahnya. laungan takbir sentiasa bergema.
mereka pisahkan antara lelaki dengan perempuan. which means satu group lelaki dan satu group perempuan. pastu dekat bahagian perempuan yang menghadap jalan akan ada satu barisan pak cik- pak cik yang berdiri membelakangi kumpulan ni sambil memegang poster presiden Mursi. menarik, menjaga keselamatan akhowat mereka sambil menyampaikan mesej :)
sedihnya, malam tadi untuk pertama kalinya tentera turun masuk campur. mereka lepaskan gas pemedih mata kepada mereka semua *dan kami pun turut terkene effect walaupun duduk dalam rumah je.* kasihan melihat mereka terbatuk-batuk sambil berlari menjauhi tempat himpunan.
info:
-perhimpunan ini diadakan di hadapan kawasan perumahan, berhadapan stadium universiti.
-perhimpunan ini dari pihak pro-Mursi.
-perhimpunan akan bermula selepas asar hingga malam, biasanya akan berakhir jam 9-10 malam.
-perhimpunan aman ini sering diganggu oleh samseng upahan dan golongan anti-mursi hingga menyebabkan berlaku kekecohan.
-bermula semalam tentera turut masuk campur dan membantai mereka.
p/s: menyerang orang yang sedang solat, itu tindakan seorang pengecut! tapi terima kasih kerana telah menyempurnakan impian mereka untuk syahid.
lastly, insyaAllah esok kami akan mula berpuasa. dijangkakan 1Ramadhan di sini jatuh pada 9/7. moga ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dan hikmah kepada semua.
Allahhumma balighna Ramadhan.
hasbunallahu wanikmal wakil. cukuplah hanya Allah bagi kami.
Alhamdulillah, aku dah selesai exam 2 hari lepas. dah semalam bermulalah pengembaraan sebagai penganggur. pagi-pagi naik basikal ronda-ronda kawasan perumahan sambil kutip barang dari semua orang. petangnya, aku tengok secara live orang berdemostrasi. tak join pun, just tengok dari rooftop rumah senior. sejuk mata memandang bila tengok semua yang join demo suci saja wajahnya. laungan takbir sentiasa bergema.
mereka pisahkan antara lelaki dengan perempuan. which means satu group lelaki dan satu group perempuan. pastu dekat bahagian perempuan yang menghadap jalan akan ada satu barisan pak cik- pak cik yang berdiri membelakangi kumpulan ni sambil memegang poster presiden Mursi. menarik, menjaga keselamatan akhowat mereka sambil menyampaikan mesej :)
nampak x pakcik-pakcik berdiri atas border tu? |
info:
-perhimpunan ini diadakan di hadapan kawasan perumahan, berhadapan stadium universiti.
-perhimpunan ini dari pihak pro-Mursi.
-perhimpunan akan bermula selepas asar hingga malam, biasanya akan berakhir jam 9-10 malam.
-perhimpunan aman ini sering diganggu oleh samseng upahan dan golongan anti-mursi hingga menyebabkan berlaku kekecohan.
-bermula semalam tentera turut masuk campur dan membantai mereka.
p/s: menyerang orang yang sedang solat, itu tindakan seorang pengecut! tapi terima kasih kerana telah menyempurnakan impian mereka untuk syahid.
lastly, insyaAllah esok kami akan mula berpuasa. dijangkakan 1Ramadhan di sini jatuh pada 9/7. moga ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dan hikmah kepada semua.
Allahhumma balighna Ramadhan.
No comments:
Post a Comment