Saturday, August 17, 2013

opss 1608

assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA..

haha, dah habis raya pun tapi kat Malaysia still raya kan? sebulan katanya. tiba-tiba tachycardia pulak, aiseh.


start rabu, 14 ogos pembunuhan besar-besaran tercetus semula. katanya nak bersihkan mesir ni dari pengaruh ikhwan, tapi apa salah mereka? hanya sebab mereka nak naikkan ISLAM, mereka dibunuh dan diperangi. kalau orang yang benci dan perang mereka ni non muslim aku faham la jugak tapi sekarang ni orang Islam sendiri yang buat dan sokong. lepas tu nak cover cerita katanya ikhwan bawa senjata. ya mereka memang bawa senjata yang paling canggih dan paling efisyen, DOA dan Quran yang tersemat dalam dada mereka.

sangat kagum dengan Ikhwan ni. mereka sanggup menyerahkan nyawa demi mempertahankan Islam. teringat status fb seseorang yang dishare,

 Ada yang tertanya-tanya mengapa begitu hebat ujian yang menimpa para pejuang Islam di Mesir, adakah silapnya pada mereka? Adakah ini balasan kerana kepincangan mereka sendiri?
Shame on you. Kau tanya kenapa pejuang Islam di mesir begitu berat ujiannya? 
Sebab mereka sudah selesai dengan tilawahnya. Selesai dengan tadabburnya.Selesai ibadah fardhi hariannya.Selesai qiyamnya, maaliyahnya, kekuatan fizikalnya, ukhuwwahnya.
Jadi sangat bertepatan dan wajarlah, ujiannya bukan lagi wanita, harta atau kekeringan ruhiyah dan ukhuwah. Jauh sekali ujian anjing, babi dan pertandingan ratu cantik.


melihat mereka berjuang, sangat kagum. akhlak mereka , keperibadian mereka malah semangat mereka sangat sukar untuk dilupakan. aku tidak lagi melihat dari tv tapi aku menyaksikan sendiri dengan mata ini. salute. hormat. aku bangga dengan mereka. 

moga mereka mendapat balasan syurga dan dikurniakan syahid seperti yang mereka idamkan. terima kasih  as-sisi kerana menunaikan hasrat mereka dan semoga Allah melaknat kamu dan para pengikutmu. darah para syuhada ini akan menjadi saksi keatas kamu di akhirat nanti. 

kepada sesiapa yang masih menyatakan mereka ini pengganas, cubalah selidik kembali. kepada yang percaya mereka membunuh orang, lihatlah situasi sebenar sama ada mereka menyerang atau bertahan. 

polis dan tentera bekerjasama dengan samseng satu pembohongan? Demi Allah saya melihat anggota polis berpakaian hitam *baju kalis peluru* bersama-sama sekumpulan lelaki membawa senjata api dan parang serta pisau mengejar orang-orang yang berdemostrasi tanpa membawa sebarang senjata. salah seorang pendemo yang ditangkap hanya tersenyum menyerahkan segalanya kepada Allah. mereka memeriksa jika dia membawa senjata atau sebarang peralatan tetapi langsung tiada. dan seorang pendemo menyelamatkan diri dengan memasuki sebuah bangunan diseret oleh polis dan diperiksa, tiada sebarang senjata ditemui. malah dia dibelasah dan dilibas dengan pisau. 



semoga Mesir, Syiria dan Palestin serta seluruh dunia kembali aman di bawah pemerintahan pimpinan Islam dan hancurlah pimpinan yang zalim. 

Monday, August 5, 2013

ramadan hena.

selama ni aku selalu tertanya, ape guna ruang kat atas tu? nak kate tempat solat karpetnye lain dari tempat solat bawah. besar ruangnya, hampir 1/3 ruang solat. pastu siap ade tilam, cikai punya tilam single.

hari ni baru aku tahu kegunaan ruang tu. ruang utk orang iktikaf. diorang guna kawasan tu utk tukar baju, tido. owh, baru aku faham maksud iktikaf sebenarnya. selama ni aku ingat iktikaf tu duduk sekejap dalam masjid sebelum solat je. wanita yang berkeluarga bawak anak-anaknya, yang single datang bersama keluarga. siap bawah luggage bag, nampak betapa semangatnya mereka.

dan hari ni baru aku belajar mengerti betapa agungnya bulan ramadan ni. terima kasih Ya Allah campakkan aku di sini, walaupun aku tak suka tempat ni pada mulanya.

mereka ajar aku untuk memuliakan bulan Ramadan, memaksimakan ibadah di bulan ini. kat sini je aku jumpa kanak-kanak, remaja, orang tua yang membaca Al-quran di mana sahaja mereka berada, dan sentiasa membawa mushaf tersebut ke mana sahaja mereka pergi. subhanallah.

aku suka cara diorg solat terawih. tak terkejar-kejar seperti yang selama ini aku rasa di kampung aku. lepas 4 rakaat, tazkirah akan diberi untuk memberi kerehatan kepada kita. walaupun hanya 8 rakaat, still aku rasa lebih seronok. bacaannya juga sangat mendamaikan jiwa, tertib dan tartil.

iftar, jamuan berbuka ada di mana-mana. mereka sangat bermurah untuk memberi kita makan untuk berbuka, maidah rahman. bukan makanan yang simple tapi sangat lengkap dan mengenyangkan. paling-paling koman pernah dapat ayam 1/4 dan makaroni bakar serta sedikit manisan. apa lagi yang kau mahu? laziz awi. alhamdulillah.

malam 10 terakhir, mereka berbondon-bondon ke masjid. beriktikaf di sana. dan kita? berbondon-bondon ke mana? terkejar-kejar buat apa?