Monday, August 5, 2013

ramadan hena.

selama ni aku selalu tertanya, ape guna ruang kat atas tu? nak kate tempat solat karpetnye lain dari tempat solat bawah. besar ruangnya, hampir 1/3 ruang solat. pastu siap ade tilam, cikai punya tilam single.

hari ni baru aku tahu kegunaan ruang tu. ruang utk orang iktikaf. diorang guna kawasan tu utk tukar baju, tido. owh, baru aku faham maksud iktikaf sebenarnya. selama ni aku ingat iktikaf tu duduk sekejap dalam masjid sebelum solat je. wanita yang berkeluarga bawak anak-anaknya, yang single datang bersama keluarga. siap bawah luggage bag, nampak betapa semangatnya mereka.

dan hari ni baru aku belajar mengerti betapa agungnya bulan ramadan ni. terima kasih Ya Allah campakkan aku di sini, walaupun aku tak suka tempat ni pada mulanya.

mereka ajar aku untuk memuliakan bulan Ramadan, memaksimakan ibadah di bulan ini. kat sini je aku jumpa kanak-kanak, remaja, orang tua yang membaca Al-quran di mana sahaja mereka berada, dan sentiasa membawa mushaf tersebut ke mana sahaja mereka pergi. subhanallah.

aku suka cara diorg solat terawih. tak terkejar-kejar seperti yang selama ini aku rasa di kampung aku. lepas 4 rakaat, tazkirah akan diberi untuk memberi kerehatan kepada kita. walaupun hanya 8 rakaat, still aku rasa lebih seronok. bacaannya juga sangat mendamaikan jiwa, tertib dan tartil.

iftar, jamuan berbuka ada di mana-mana. mereka sangat bermurah untuk memberi kita makan untuk berbuka, maidah rahman. bukan makanan yang simple tapi sangat lengkap dan mengenyangkan. paling-paling koman pernah dapat ayam 1/4 dan makaroni bakar serta sedikit manisan. apa lagi yang kau mahu? laziz awi. alhamdulillah.

malam 10 terakhir, mereka berbondon-bondon ke masjid. beriktikaf di sana. dan kita? berbondon-bondon ke mana? terkejar-kejar buat apa?