Monday, July 23, 2012

ramadhan

salam ramadhan!

kullu am wa antum bikhoir :)



musim panas, tak boleh nak kata apalah. dalam rumah pun dah berpeluh inikan pula bila keluar. for sure baju tu lembab kene peluh~ apepun mata dan hati sentiasa sejuk bila keluar pergi rumah, dahlah hensem soleh pulak tu. 'memang calon menantu terbaiklah'!haha.

well, taklah nak skodeng anak teruna orang, tapi memang hakikat baik lelaki mahupun perempuan dekat sini hensem dan cantik. tak payah nak pakai mekap macam kpop sangat lah*hoho, peminat kpop jangan marah ye,batal pose ;p* itulah kelebihan mereka, keturunan para anbia :)

bulan ramadhan sudah sampai, bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua. alhamdulillah masih dapat menikmati bulan rahmat ini :) tadarus, amalan yang sangat dituntut dan diamalkan. seronok tengok pergi mana-mana pun kebanyakan orang membawa Quran. tak kira walau di mana mreka berada mereka membaca al-Quran. subhanallah. pemandu teksi, penumpang tremko *van penumpang*, duduk lepak, penjaga kedai; semua mereka duduk membaca Quran. cuaca panas pun terasa dingin bila melihat mereka. Allah. *inilah salah satu sebab rasa sayang nak tinggalkan Mesir*


berbalik pada misi 4 jenis kek, *huh* tinggal kek pelangi yang belum terbuat. tak terasa nak makan kek tu, leceh nak buat dan paling tak suka kek ni perlukan banyak telur. muak lah!! rasa macam nak postpone kek ni sampai balik sini semula *owh lupa nak cakap insyaAllah balik Malaysia akhir Julai ni, yezza!* bulan 9, tu pun kalau sempat lah. insyaAllah akan buat jugak kek ni, cuma tak tahu bila, belum tiba masanya.

kek yang paling mendapat tempat di hati semua brownies cheesecake. alhamdulillah setakat ni semua orang suka, siap dapat tempahan XD  eden pun suka buat kek ni, senang cepat mudah dan sedap!

adunan kek yang ketiga~

2 adunan kek yang dah masak~~



adios!
ramadhan kareem!!

Thursday, July 12, 2012


tapi aku rasa malu
mengaku hamba berlagak macam raja
jadi hamba kepada nafsu  menjadi raja kepada iman
sesuka hati mengatur hidup sendiri
lari dari jalan kebenaran menuju kehancuran


diri mengerti hakikat kehidupan
ego membatasi keluruhan hati
membekukan seluruh jiwa raga
kaku untuk tunduk kepada Yang Esa
bangsat!


ketukan hidayah sentiasa kedengaran
telinga dipekakkan hati dimatikan
enggan mengaku kekhilafan diri
mengatur hidup dengan cara sendiri
membina kehidupan dalam kegelapan hati
tidak pernah bahagia malahan berduka

otak mencerna segala ilmu yang diperoleh
disimpan dan dipahat kukuh dalam lubuk hati
dibiarkan bersarang dan berdebu
membiarkan nafsu mengawal diri
ilmu diperoleh tidak diamalkan
bodoh!


kebebasan yang aku cari
inikah maknanya?
sedetikpun hati tidak merasa bahagia
malah diri semakin sengsara dan berduka
resah gelisah membalut diri senantiasa


sinar  yang menerangi alam
mampukah memberi cahaya kepada hidupku
dan mampukan menumbangkan keegoan diri
lantas membawa diri kembali kejalan Tuhan
menuntun aku mendekatiNya

eden toray

salam alaik!


mission: at least 4 types of cakes to bake

end: 28 july 2012

cakes:
1) brownies cheesecake : done!
2) red velvet : done!
3) caramel cake : ongoing
4) rainbow cake : ongoing



aduhai, bilalah nak bakar lagi 2 kek tu? asyik masak brownies dan red velvet je *mentang-mentang senang*

ok, babai!

p/s: ramadhan tiba!!! miss u~

Sunday, June 17, 2012

kekoreanan misr malizi

salam alaik!

anneong sayo!*lantak la eje salahpun;p*

27 Rejab! peristiwa isra' mikraj berlaku sebagai penghargaan terbesar kepada kekasih Allah, Muhammad Rasulullah. yang paling penting, perintah untuk menunaikan solat, 5 waktu yang menyamai 50 waktu solat. subhanallah.

takde lah layak aku nak bercerita lebih pasal ni, aku pun baru je belajar. sekadar peringatan kepada diri dan semua, Ramadhan Karim semakin hampir, dah siapkan diri belum nak sambut bulan mulia ni? excited! rasa berdebar macam tunggu mak mertua sarungkan cincin plak,wekkk~

korang dah habis ke ganti puasa? nanti tak pasal-pasal kene bayar denda. bulan puasa tahun lepas, 2011, buat pertama kalinya aku puasa di sini, jauh di perantaun. sedih, hiba sebab tak dapat makan onde-onde dan nasik goreng ma berjauhan dengan keluarga. dan disebabkan kebosanan terlampau maka sempatlah aku belajar huruf-huruf korea sampai level 5. at least dapat la baca perkataan-perkataan tu walaupun tergagap *ter'riak' la pulak aish* orang kata kalau nak cepat pandai kenelah makan makanannya sekali so akupun rajinlah menggooglekan resepi-resepi masakan korean.

kimchi!

dah lama teringin nak makan tapi tak pernah berkesempatan. restoren korea hanya ada di cairo, jauh maaa~ so buat kali pertamanya aku jumpa resepi ni, memang senang ringkas dan padat! first time buat, hanya aku dan echah makan *dah memang tinggal berdua takkan ada yang ketiga kot ;p* rasanya tak pulak aku tahu betul atau tidak, hentam sajalah labu. asalkan boleh makan. hehe.

hampir setahun berlalu, hari ni buat kali keduanya aku buat benda alah ni. khas untuk cik echah yang asyik mintak benda alah ni.  kali ni upgrade sikit, sebab guna resepi ni pulak.

but u know me, tak penah nak ikut betul-betul resepinya. buat suka suki hati sendiri, bahan-bahannya pun ikut suka suki hatilah. combine kan 2 resepi tu, jadilah macam ni =)

1. potong kubis sesuka hati asal boleh masuk mulut *should be napa cabbage but i can't find it so i use usual cabbage*

2. rendam dalam air, letak garam. biarkan selama 15-30 minit.

3. blendkan bawang merah, bawang putih, lada *since i had no pepper flakes, i used fresh red chilli* dan sos ikan. 

4. nampak tak, cair sikit sebab tersalah letak air sikit masa blend. patutnya tak payah letak! gaulkan dengan potongan carrot dan zucchini. dalam resepi ada dia letak halia, benda ni optional nak letak tak. lagi satu daun bawang, patutnya kene letak tapi disebabkan terlampau malas nak pergi beli kehabisan stok so i skip!

5. dah siap semuanya, basuh potongan kubis dan toskan. gaul semua tadi sampai sebati. suka suki hati koranglah nak guna tangan ke sudu ke garfu ke senduk ke...AWAS! guna tangan tu make sure pakai sarung tangan plastik, nanti pijar tangan tu..hehe

6. masukkan dalam bekas, kata mak cik maangchi kene tekan-tekan sikit taknak bagi angin masuk. 


7. simpan dalam peti ais.boleh makan terus, rasa macam makan salad pun ada..hehe. 

untuk peminat korea yang setia, maaflah pandai-pandai je aku ubah resepi ni. almaklum kat sini takde asean market yang jual segala benda (n_n)v



p/s: echah nanti mai amik kimchi awak ni, bekas putih yang kecik tu ye, yang beso tu kami punye :P

Thursday, June 7, 2012

i can't see you but i know u're there


u ask Allah to give strength, He gives you problems to solve
u want to be good, He gives you good and bad friends so you can see both
u ask Allah to guide you to His path, He gives you heart and brain to choose
whenever you cry, He comfort you with His words
u feel so alone, He invites you to Him, talk to Him, telling Him everything you want
oh Allah, You are The Most Merciful



~ongoing exam, never stop never end~

Saturday, May 19, 2012

CNS stimulant

milo+nescaffe+ ais = neslo ping! *yum2*

perghh! sodap sampai tak tido malam, siap marathon city hunter 20 episod dalam sehari *tak main lompat-lompat tau*


~poo chai ~


 air neslo ping dah nak habis..mentang2 musim panas cepat je ais tu cair even though tengah malam *padahal cair sebab duduk dekat dengan api -.-*


 gigi gongok, terpelanting entah ke mana time nak reducekan size *alhamdulillah dah jumpe balik :)*


 macam manalah nak exam ni, buat benda ni pun dah 3 4 jam...*time exam sejam je dia bagi T.T*


namanya cold acrylic dalam stingy stage....

bittaufik wanajah untuk sahabat-sahabat sekalian... 
semua dalam fatrah exam, jangan hubungan kita semua pun di'exam'kan jugak ye :)

berusahalah seperti kamu tidak mengenali apa itu tawakal
dan pada masa yang sama
hati itu bertawakal kepada Allah seolah-olah badan kamu tidak pernah berusaha
~GALA NIGHT, 12052012~ [3:159]

Thursday, May 3, 2012

peach cobbler

percubaan pertama berjaya! betul-betul berjaya atau tak aku tak pasti tapi bolehla, nampaklah jugak rupa.

me: nah, amik la rase
Ah: amende ni? *berkerut dahi*
me: tekalah. cuba rasa..
Ah: *ambik sudu dan makan* *berfikir* rasa cinnamon....... Entah.
me: hehehe...tu peach cobbler with ice cream
Ah: o00o



inspirasi dari Laile *ohimissusomuch!* dialah yang perkenalkan hasil karya Hlovate, peach cobbler dan segalanya. laile oh laile, apelah yang awak buat sekarang...........

projek peach cobbler ni dah tertanggung 2 3 bulan sebenarnya, hari ni baru terlaksana. tak pernah makan benda ni so tak tahu ape rasa sebenarnya. hentam kromo je lah asal boleh makan ;p sangat senang nak buat, recomended to all :)



sumber asal: http://www.pickyourown.org/peachcobbler.htm