Monday, August 9, 2010

bday time!!

salam alaikum..

alhamdulillah, secara rasminya hari ni saya berumur 19 tahun. terima kasih kepada ma dan abah yang telah membesarkan saya dan memberi kasih sayang yang tiada sudahnya. terima kasih kepada kakak-kakak, abang dan adik-adik yang sudi berkongsi kasih. juga kepada semua kenalan yang sentiasa menceriakan hidup ini.

no birthday cake? it's ok, never had it anyway...susah-susah sangat buat kek sendiri aja. jimat+sedap gituh! cheese cake lagi~! why cheese cake? coz it's as easy as i thought. no need a scale to measure the ingredient's quantity, main campak-campak je, lastly bake it! so easylah!!hehe. as long as it taste cheese cake then it is..ape yang mengarut ni?? =.=''

august's bday girl@boy list
2/8- ahmad fetri yahya aka fetri @ personaliti tv3 yang diminai tuh!!hehe
4/8- nurulhasanah ab ghani aka hannah @ anah my 3rd sis
6/8- nik liana a samat aka liya @ liana yang cun melecun
8/8- nurul karimah ab ghani aka karimah @ that's me, so clumsy!
11/8- muhamad najmuddin ab ghani aka najmi @ my little bro yang lagi tinggi dari saya T.T
29/8- laile saliqin azmi aka laile @ mek pink~!
30/8- nurul nadhirah ab ghani aka nadhirah @ my little sis that has been grown up
31/8- malaysia aka malaysia terchenta @ negaraku malaysia merdeka!!!

siapa lagi yang nak masuk dalam senarai ni silalah bagitahu...sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam list ini, hehe. jangan malu jangan segan, buat muka slumber derk je, xde sape kisah...

kepada sesiapa yang lahir dalam bulan lapan, selamat hari lahir saya ucapkan. semoga mendapat kejayaan di dunia dan akhirat dan di bawah petunjuk dan rahmatnya sentiasa. semoga dengan bertambahnya umur kita maka bertambahlah iman dan ketaqwaan kita.


Sayyidina ALI BIN ABI TALIB R.A. Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara:
1-Memberi kemaafan ketika sedang marah.
2-Bersifat dermawan ketika susah
3-Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
4-Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.sekadar renungan bersama..same2 kite amek manfaat

selamat menyambut Ramadhan kepada semua. anggaplah ini Ramadhan kita yang terakhir dan tempuhilah ia dengan penuh bermakna. semoga kita semua mendapat keredhaannya.





*opss..lupa pula..terima kasih kepada semua yang memberi ucapan bday kepada saya sama ada melalui sms, fb, telefon mahupon secara live...memang kelas gitu..MySpace

Wednesday, August 4, 2010

hupdating

salam alaik~!

dah lama tak mengupdating ni...maaf ye, entry dah tertangguh hampir dua minggu.

special untuk ahli biet yokies, farihah, intan, kak muni, kak dalila, aisyah n anna; MABRUK ALAIKUM :D tahniah dapat meneruskan perjalanan untuk membentuk diri menjadi hamba Allah yang bergelar DOKTOR :) untuk rakan-rakan yang lain juga, mabruk! berjaya atau tidak bukan ukuran, yang penting kita sudah berusaha yang seiring dengan tawakal kepadaNya. yakinlah hanya dengan rahmat dan kurniaanNya barulah kita berjaya, insyaAllah.

huahuahua....rindu mansurah :( rindu rumah :(( *opsss...mengada-ngada betol :p* hujan debu di tanah mesir, hujan air di tanah malaysia....rindu mansurah tapi bahagia sangat kat terengganu terchenta ini. durian, rambutan, manggis, duku, langsat, blablabla setia menemani..kahkahkah. dan semestinya ma dan abah tersayang yang paling dirindui..meskipun dah  balik tapi masih rindu kat mereka. kalau boleh nak berkepit je dengan mereka 24 jam tapi apakan daya :( *erk, sejak bila pula pandai nak mengada-ngada ni , kompius!* 


sempena ramadhan yang bakal menjelang, saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka^^ jangan puasa yang-yok, pagi-pagi buka periuk sudaa.. pesanan khas dari penaja kepada sesiapa yang belum habis ganti puasa tu cepat-cepat ye, nantikan ade jugak yang kene bayar fidyah. zakat juga jangan dilupa :D mohon maaf jika ada terkasar bahasa tersilap bicara, halalkan segalanya. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK


*to shairah; sori sayang, dah lama tak contact awak
*to all; erm..my new no is 0105763280.celcom *untuk kegunaan di malaysia sahaja*

Friday, July 16, 2010

salam alaik =)

mood: hepi, gembira, girang, dan semua yang menggambarkan kebahagiaan, ngeh3

alhamdulillah, syukur sangat-sangat. result exam dah dapat. berdebar giles, rasa macam tunggu result spm pon ada. tapi ni lagi berdebar kot coz time spm dlu  belum sempat tengok orang ramai dah bagitahu.hehe. tapi kat sini ni kali pertama dapat result selepas setahun belajar+exam. minor exam kami tak tahu pon berapa markah kami kumpul so excited dan berdebar nak dapat result untuk final ni. dah tu pulak, kene mintak tolong dr. untuk tengok dan dapatkan list, bukan main redah camtu je syuun tulab. kalau tidak, senang-senang je diaorang cakap "barrah ya gamah!"

eh3, panjang pulak membebel tertaip,maaf yer :p

the major point is i got jayyid. jayyid?? apekah?? MySpace sistem kat sini guna istilah mumtaz untuk cemerlang, jayyid jiddan (sangat baik), jayyid (baik), makbul (lulus). jumlah markah 333/510, peratusnya 65.49 , kalau x silap la..hehe, lupa nak catat.  keputusan keseluruhan 3 orang kene reseat paper, 3 orang makbul, dan baki lapan orang jayyid. alhamdulillah....

tahniah kepada kawan-kawan gigians, syukur dan redha atas kurniaanNya. terima kasih kepada semua, yang sentiasa mendoakan kejayaan saya dan kawan-kawan dan sentiasa memberi sokongan.*erm..rasa macam bagi ucapan dapat anugerah la plak, ngeh3*

:. dah boleh fikir pasal msia ;)
:. tak sabar nak balik!!!
:. maybe kene awalkan tiket datang sini balik coz kelas start awal :(

Tuesday, July 13, 2010

Talib Al Habib - Kalimatan + Translation

salam alaik~!

alhamdulillah, masih sihat dan tak sabar nak balik =D

tajuk: kalimatan
oleh: talib al-habib


كلمتان حبيبتان إلى الرحمن
خفيفتان على لسان
تقيلتان لفي الميزان
سبحان  الله  وبحمده
 سبحان  الله  العظيم

dua kalimah yang disukai Allah
ringan pada lidah
berat ditimbangan
Subhanallah wabihamdih
(kemuliaan bagi Allah dan semua pujian hanyalah padaNya)
subhanallah al-azhim
(kemuliaan bagi Allah yang Maha Perkasa)


maaf kalau ada apa-apa salah.
dah tak tahu nak taip apa
so bye-bye now~!
enjoy this video (^__^)

Saturday, July 3, 2010

princess story

salam alaikum~~

sapa kenal laile sila angkat tangan! angkat kaki sekali pon ok.*muka serius*

kepada yang tertanya-tanya sampai pening siapakah laile, apakah keistimewaan dia sampai saya tulis pasal dia meh sini nak cerita. oppsss, sebelum tu nak warning awal-awal, kalau bosan jangan salahkan saya. anda yang nak baca, bukan saya paksa ;p

laile aka laile saliqin azmi aka laile azmi cantabile...kami berkenalan semasa nak buat pasport selanjutnya di rumbia resort, paka semasa membuat persediaan seterusnya menjadi housemate di sini. sayangnya, jodoh kami tidak panjang apabila dia terpaksa pulang ke Malaysia.*cewah ayat macam hilang laki je, erk...* owh sayangku, kenapa kau tegar tinggalin aku sendirian di sini? hahaha

terkejut ya laile udah pulang? kenapa laile pulang?iyalah..sini gue mau ceritain *sila baca ikut loghat indon ya*

ceritanya bermula pada suatu hari, di zaman milenium ini apabila seorang puteri yang sangat hepi go lucky jatuh sakit. seluruh isi alam meratapi kegeringannya itu. sudah puas dibawa berjumpa bomoh pawang  mahupun doktoran tetapi masih tidak sembuh-sembuh juga. berbekalkan ubat yang dikirimkan dari seberang laut merah itu, dia meneruskan kehidupannya di sini sambil ditemani dayang-dayang yang cantek menawan. 

malangnya, semakin hari si puteri ini semakin lemah. mukanya semakin pucat dan tidak bermaya. puas dayang-dayang cuba membantunya tetapi tidak ketemu jua penawarnya. dia manakah putera dan pahlawan-pahlawan yang sepatutnya menjaganya juga? owh, disebabkan tidak mahu putera dan pahlawannya susah hati, maka mereka tidak diberitahu tentang penyakit tuan puteri ini. 

tatkala semua sedang berjuang di medan perang, puteri semakin gering. maka diputuskan oleh bonda untuk membawa pulang puteri ke tanah air untuk mendapatkan rawatan lanjut. sukar untuk dayang-dayang dan putera serta pahlawan semua untuk melepaskan puteri pergi namun demi keselamatan dan kesihatan puteri hati terpaksa merelakan. sungguh bimbang semua di sini kerana puteri pulang berseorangan dan terpaksa melalui perjalanan yang sangat panjang, dua hari untuk sampai ke tanah air tercinta kerana transit di doha selama 20 jam.

sehari selepas tiba di tanah air, puteri dimasukkan ke dalam wad kerana kekurangan darah. alhamdulillah, setelah dirawat oleh doktoran yang hensem dan nurse-nurse yang cantek kesihatan puteri kembali stabil. sekarang puteri sedang berehat di mahligainya yang indah lagi permai sambil dijaga oleh ayahanda dan bonda tercinta. puteri akan menyambung pengajiannya di UIA insyaAllah.

sekian terima kasih.

untuk cerita lanjut, sila klik di sini

sesungguhnya dalam hidup ini tiada apa yang kekal. hanya Allah yang Esa kekal selamanya. maka ikhlaskan hati kerana setiap pertemua akan berakhir dengan perpisahan. semoga pertemuan dan perpisahan ini diberkati Allah dan di bawah redha dan rahmatNya. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”                                         Riwayat al-Hakim


Wednesday, June 30, 2010

bored~!

salam alaikum...

alhamdulillah....semua dalam keadaan selamat :)

exam dah habis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
exam dah habis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehe. tu la perkataan yang saya tunggu-tunggu.

bila tengah exam, sibuk nak buat ni tu..ada-ada je kerja nak dibuatnya. bila dah habis, semua idea melayang. baru sehari habis exam dah kebosanan.=.='' sape-sape rasa ada idea nak kongsi dengan saya boleh la hubungi saya di no +20115044 tekan-tekan tak dapat. teehee

maaf sebab merepek je kejenye..hehe. dah jumpe, siap tengok dah citer yang saya nak tengok sangat time exam ni "hum saath saath hain" so lovely, suka sebab citer ni simple je pasal hubungan kekeluargaan, takde yang merepek. tu yang penting! semua lagu dalam tu suka sangat. layan la yer~~

orang selalu tanye, camne exam?
ni ha citernye...

ni lah kami..14 orang je. knape ad 12 je dalam gambar? owh2..sorang tu arief, ntah pegi mane, lagi sorang tu saya...tukang amik gambar ni..:D

ni adalah masa menunggu giliran untuk oral exam a.k.a. shafawi genetics. gambar bilik exam tak sempat nak snap. kami dikira beruntung sebab bilik exam tu hanya menempatkan kami 14 orang sahaja + ada aircorn. sukanya-sukanya MySpace *takleh blah ;p*


#notataip: lega exam dah habis tapi berdebar tunggu result..dubdap dupdap. lagi berdebar dari tunggu result spm kot..hehe..tawakal kepada Allah, insyaAllah semuanya ok..amin.


Ingatlah sahabat, kita hidup berpijak dibumi Allah Taala, berbumbungkan langitNya, menjalani kehidupn dengan pancaindera kurniaanNya, malah kehidupan kita adalah milik sepenuh dariNya.Tiadalah sesuatupun berasal daripada kita, namun sukarnya kita mensyukuriNya, bila dilanda musibah asyik tidak puas hati dengan ketentuanNya. Ketahuilah, kita adalah hambaNya, dan Dia adalah Tuhan kita~Tiada hak untuk kita persoalkan segala takdirNya andai kita berimankanNya.
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Tuesday, June 22, 2010

Mariah Carey - Hero [Lyrics]



i dedicate this song to all my friends
be strong
never give up in our life

life is short
make it simple
and enjoy it
but never forgot our duty
as His servant


a post about my friend
not a word to express my feeling
not a song to tell you the story
it will be gone..gone

i wish i can stop the time
and we could have time
create our own world
world full of joy and happiness
true love
true friendship
i'm gonna miss u


*3 paper left...pray for our success
*so so emo  =.=''