Tuesday, April 26, 2011

manny is man nanny



cool, superp! no need hensome "jambu" guy, just plain and nice. melt seeing him understand much about kids, doing everything for the sake of the kids.  Kim Yi Han saranghae <3<3 *only his character, not his real life*





Jung Min, you're kawaiiiii!!!! so cute and innocent. when you cry my tears also wanna come out. so pure so pathetic and so adorable

synopsis

Tall, with a perfect figure and his qualifications as an Ivy League graduate, Kim Yi Han is Seoul's top male nanny. He is employed by Seo Do Young as a live-in nanny to look after her two young children, Eun Bi and Jung Min.






p/s:the episode is ongoing, wanna watch it? here

is the story will be more interesting?? just wait and see :)

p/s: next week exam insyaAllah, pray the best for all of us
p/s: good mood today, had dents dinner at pizza hut...so yummy and funny, best lepak dengan korang.
p/s: chatting with sayang for almost 2 hours makes me on cloud nine, dah lama tak chat lame camni XD

Friday, April 22, 2011

sweat or sweet


السلام عليكم 


MySpace

"exam dah dekat, stressnye!! "
ayat normal untuk setiap orang bernama "student"
berchatting dengan buku 26jam sehari semalam 
bercinta pulak dengan John Doe si tulang henshem
start bace terus keluar ayat hikmah
"otak dah penuh! dah tak boleh masuk!!!"
air mata terus membasahi pipi sebab ngantuk
tilam empuk bekerjasama dengan bantal menggoda
kau pandang aku aku pandang kau
aku menyerah...zzzZZZZ
*fakta atau auta?*

lets take a break...
help me solve this puzzle, pleaseeeee MySpace


nak main tekan sini

p/s: eden tersekat dekat level 24, puas mencuba masih belum berjaya
p/s: bila dah dapat selesaikan tu jangan lupe bagitau eden camne caranye ye


tajuk post tiada kene mengena cuma teringat time doktor mengajar, sweat disebut sweet :)

Sunday, April 17, 2011

kau atau aku??






sape lagi pandai, kau atau aku??


aku mengaku aku memang pandai. bukan berlagak jauh sekali riak namun sudah dilahirkan dengan kecerdikan ini, Alhamdulillah. semua orang pandai, atas usaha sendiri untuk mengeksploitasi dan memanfaatkannya pula. tak percaya semua orang pandai? tengok sekeliling, pandai tak saintis cipta laptop ni? pandai tak tukang kayu reka meja tulis ni? pandai tak pengemis minta sedekah dengan menyanyi? kan semua orang pandai, tiadapun orang bodoh.

sepandai manapun manusia pandai lagi penciptanya. begitu kompleks tubuh manusia, kau boleh buat? hebat kau klonkan manusia, binatang, tumbuhan tapi semuanya berasal dari bahan yang diciptakan oleh Dia. kau tak mampu nak buat semua tu, kalau kau mengaku kuat cubalah hasilkan sesuatu yang memang tiada dalam alam cakerawala ni. hasilkan sesuatu yang tiada menjadi ada, tidak menggunakan sumber yang ada, boleh ke?? acu cuba try test....

tafakur sekejap. duduk atas bangunan tinggi *tak tinggi tingkat 1 pun cukup* di malam yang hening... perhatikan cahaya nion yang berkelip di sekitar bandar. Subhanallah, sungguh pandai manusia mereka bangunan pencakar langit, pelbagai dimensi dan begitu menarik susun aturnya... lihat kenderaan berderet di atas jalan raya, bagai semut yang menjalar pulang ke sarang.. lihat bukit nun jauh di sana, berbalam-balam diterangi cahaya bulan. oh sungguh indah alam ini, ciptaan siapa?? disebabkan manusiakah alam menjadi cantik begini? ya! mereka yang buat semua ini. HEBAT.

kalau alam ini digubah manusia, siapa yang mencipta manusia? tentunya lebih HEBAT. dari tiada menjadi ada, lagi HEBAT. ajaibnya dari setitis mani tiba-tiba menjadi seketul darah yang kemudiannya membentuk tulang disaluti daging lalu bergeraklah ia. bagaimana boleh bergerak? ada bateri?? hanya sebuah kitab suci yang menerangkan semua ini, Al-Quran.

tenunglah kearah langit. kau lihat bintang berkelipan di sana, si majnun berkata pada laila "biarlah bulan dan bintang menjadi saksi cinta kita" sungguh indah percintaan itu, lupakan. kau belajar sistem cakerawala, bumi merupakan salah satu planet dalam sistem suria. bintang yang disangkakan kecil rupanya lebih besar dari sistem suria, malah sistem suria merupakan satu titik kecil yang teramat kecil dalam alam cakerawala ini. ah, kau tentu lebih mengerti dan arif tentang ini dari aku bukan? betapa kecilnya bumi, lebih kecil kita ini, jasad yang akan menjadi tanah suatu hari nanti. manusia ibarat zarah bersaiz femto diatas batu kecil dalam kepekatan malam yang panjang, minute sahaja saiznya.

maka siapa pemilik alam ini? siapa yang maha berkuasa, maha bijaksana mencipta dan mentadbir alam ini? tidak mungkin sesuatu akan terjadi dengan sendiri tanpa ada sebab dan musababnya. aku buka kitab karim, hanya ia satu-satunya yang menerangkan semuanya. menerangkan tentang peredaran bumi, bagaimana terjadinya alam cakerawala ini malah menerangkan siapa penciptanya, Allahuakbar.

tak perlu aku rungkaikan panjang-panjang, aku tahu kau semua tahu siapa Dia. dan kau juga tahu akan semua ini, kaukan pandai. nak aku tunjukkan bukti tentang semua yang aku katakan tadi? senang, gampang. buka kitab suci Al-Quran, baca dan hayatilah semua. kau tentu tahu semua ini kan. kau kan bijak. hanya kepadaNya aku berserah diri, sesungguhnya hidupku matiku hanya kerana Allah Tuhan sekalian alam.


gambar ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun apa-apa...hanya dicilok dari encik google :)


Tuesday, April 12, 2011

143 143

the smile on your face lets me know that you need me
there's truth in your eyes saying you'll never leave me
the touch of your hand says you'll catch me whenever i fall
you say it best when you say nothing at all

beit yokies, beit muslimah i love you all!! and all my friends, my bb *shairah* dan sesiapa yang sudi berkawan i love you (^____^) also not to forget my family, really2 miss u T.T



I LOVE YOU I MISS YOU









*owh tadi semangat nak tulis sekarang dah blank =.=''*


Every gift from a friend is a wish for your happiness..." - Richard Bach

semoga perhubungan, kerinduan dan kasih sayang  kita  diredhai ALLAH 
till meet then, jane!
Assalamualaikum~!

Saturday, March 12, 2011

the journey.... part 4



1 February 2011

Rutin harian yang wajib dijalankan, ber‘joging’ mendapatkan bas ke stesen tube.  Seperti yang dijanjikan, kami bergerak ke oxford street, bukan untuk membeli belah tapi mencari pejabat Egypt Air. Penat-penat jumpa bangunan diorang pindah ke ceruk dunia pulak! Mujur encik operator syarikat ni ramah memberi direction, siap nombor bas takut-takut kami tersesat. Dan kami memang tersesat! Alhamdulillah jumpa juga akhirnya, building 66. Dengan ramah mesranya madam egyptair melayan kerenah kami yang meminta mereka menukar arah penerbangan ke Malaysia walaupun sudah berkali-kali diberitahu mereka tidak dapat berbuat demikian. Bersembang pula dengan encik manager tentang keadaan di mesir, kebetulan dia mansourian juga maka lagilah kaw-kaw kami bercerita. Tiket tiada duit melepas penat je dapat, huh~

Green park; taman yang dipenuhi rumput hijau dan pokok maple pada musim sejuk ini sangat menenangkan hati. Pemandangannya yang cantik memukau setiap mata yang melihat. Di sini jugalah terletaknya Buckingham Palace;  istana rasmi yang digunakan untuk sebarang program rasmi istana dan diraja. Juga pertukaran pengawal diadakan setiap hari pada musim panas dan selang sehari pada musim sejuk. Di hadapan istana terdapat Victoria Memorial sebagai peringatan kepada Queen Victoria yang memerintah  England dan berjaya meluaskan jajahan termasuk India. 


Big bang tower, house of parliament, westmister bridge dan eye of London merupakan destinasi terakhir untuk hari ini. Berlatar belakangkan cahaya neon mewujudkan gambar yang cukup indah di bigbang dan HOP. Pengalaman 4D eye of London sangat mengujakan! Terasa bagai berada di awangan tatkala persembahan bermula, effect khas seperti burung, salji, hujan dan awan menjadikannya lebih real. Pemandangan dari atas sangat menarik, kerlipan neon di sekitar kota London menunjukkan bahawa betapa cerdiknya manusia menyusun dan mentadbir bumi ini, dan sesungguhnya betapa Besarnya kusa Allah menjadikan manusia secerdik ini dan mengawal seluruh alam ni. Subhanallah.


p/s: oxford street penuh dengan kedai barangan berjenama. Ada duit shopping takde duit window shopping…masa sesuai untuk membeli bila sale, up to 50%!!!

2 February 2011

Bersiap untuk ke Paris! Penerbangan murah Easy Jet menjadi pilihan hati :p pertemuan yang tak diduga dengan dua orang aunty sangat memorial! Tak sangka mereka sangat slumber;
“aunty nak pegi mane?”berbahasa sikit mane tau boleh jadi menantu ,kihkihkih
“oloh, mok cik ni jadi nenek doh..nak g paris. Awok semua ni nok g mano?” pekat seh bahasa Kelantan dia…
“kami nok g paris gop,  Aunty melancong ke kerja?”
“mok cik nok cuti ngan anok… aunty doh lame menetap London, dulu keje jage budok-budok macam awok ni la. Belajo medic ke?
“yup”
“tahu doh kecik-kecik muke gini ni meme cop dokto..”
=.=’’*speechless*

Sampai di lapangan terbang Challes De Gulles kami disambut oleh pegawai kastam..hakhakahak. sendiri cari jalan la, ikut penerangan yang diberikan abang echah mula-mula cari salte (exit) kemudian naik train aka metro ke …….* I lupe namenye* pekena nasi briyani di restoren india di situ sebelum check in di Alton hotel. zzZZZ

Jane! 

Sunday, March 6, 2011

Iljimae


synopsis;
Set during the Joseon Dynasty, Yong acted as a hooligan in the marketplace by day but at night he was a thief who robbed corrupted government officials to give to the poor. After each robbery he left behind a painting depicting a plum tree branch to make his mark and was thus named Iljimae. His main purpose was not so much to rob but to search for the owner of a specially designed sword which he saw as a child was used to kill his father, a loyal subject of the emperor. Eun Chae is a government official's daughter who despite her upbringing has a lot of empathy towards the poor. She met Iljimae by chance and couldn't help admiring him for what he stood for even though she had never seen his face.

ulasan;

cerita ni dah lama tapi baru discover. panjang tapi menarik, tak boleh miss even satu scene! penuh dengan emosi terutamanya sedih dan dendam. demi mencari satu kebenaran semuanya terbongkar- korupsi, penindasan dan ketidakadilan yang berlaku dalam sebuah negara. 

p/s: mati-mati ingat heronya Rain rupanya Lee Joon Ki
~LJK lagi hensem lagi Rain ;p *terharu tengok dia nangis sampai serak suara*
~park shi hoo pun hensem gak! huahaha

rain
lee joon ki
tengok gambar ni, mane la tak keliru..dah la aku ni buta pelakon, tahu muka tapi tak tahu name *takde makne nak hafal name diorang* jangan kata pelakon international pelakon malaysia sendiripun aku tak ambil tahu, huahahaha *gelak jahat*

park shi hoo

Friday, March 4, 2011

the journey.... part 3

30 january 2011

kisah bersambung.. awal-awal lagi kami dikejutkan untuk solat subuh berjemaah *memang betul islamik duduk sini, kalah malaysia,hehe* menjadi amalan kakak-kakak ni untuk solat berjemaah diikuti mathurat, sejuk hati :*sape nak buat jadi bini boleh mintak no contect yerp :p*  sarapan disediakan mengisi perut kami yang agak kebuluran walau telah makan semalam. mengikut yang diplan semalam, kami bergerak ke Mild End underground station menaiki bas, kak Anis sebagai tour guide tak berbayar. punyalah dramatik macam dalam filem berlari pagi-pagi hari kejar bas! nasib baik sempat, alhamdulillah. dari Mild End kami ke ...... erk, lupalah. buku cacatan perjalanan aku hilangkan secara tak sengaja *atau lebih tepat tertinggal* dalam bas.


[updating]

selepas lebih 2 minggu cuba mengingati kembali tempat pertama yang dilawati akhirnya ilham dari Allah datang jua. National Museum! kawasan sekitarnya sangat menarik, classic  and classy. sangat ramai orang di dataran hadapan musium, juga burung merpati *anti pegeon kejap baju terkena feces ):* puas berposing kami bergerak ke King College bertemu kak Anis untuk solat malangnya kolej tutup. isi perut dulu, kesian dia dah penat bergendang dari pagi~ chicken cottage. senang je nak cari makanan halal kat sini sebab ramai  orang     Islam terutamanya dari Pakistan, Bangladesh dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

malaysian hall menjadi destinasi kedua sebab nak tumpang solat kat situ. kawasan sekitarnya sangat mewah tapi perasaan berada di sana sangat tidak suka! abaikan... tujuan kami pergi ke malaysian hall untuk mendapat maklumat sama ada kami harus balik ke Malaysia atau Egypt. sayang seribu kali sayang usaha kami tidak berhasil apabila pegawai tiada ketika itu, kami diminta ke sana esok T.T

kekecewaan diganti dengan kegilaaan, shopping yuk!! jangan tak tahu sekitar Marble arch [area Malaysian Hall] ade kedai cenderahati yang agak murah berbanding kawasan lain. cuba menjadi pelabur yang bijak dengan membeli sambil menggoda mak cik dan pak cik penjual agar mendapat harga yang berpatutan- hasilnya positif XD

malam menjelma, balik makan tidur!!!


A loving person lives in a loving world. A hostile person lives in a hostile world. Everyone you meet is your mirror.
Ken Keyes Jr.Handbook of Higher Consciousness


jane!
salam alaik V(^__~)V