Saturday, November 10, 2012

my babies



shopping time!! pegi awadallah je mesti duit melayang seratus dua, tak pernah kurang -.-'. duduk berjam-jam kat sanapun tak kisah, syok tengok barangan dapur, dari eletrik sampailah bahan basah mahupun kering...teringin nak angkut semua barang-barang tu! paling best benda ni *droll*

200 lebih je, nak! buat hantaran kawen pun sanggup tapi kasilah  yang besi yang harga seribu lebih tu 

lagi satu projek Kemahiran Hidup, tanam pokok. almaklumlah kat sini susah nak jumpa tanah so buatlah sistem hydroponik. entah bertahan entah tidak pokok ni. btw, ni baby kailan. teringin nak makan so tanamlah! unavailable kat sini, import jauh dari malaysia :p. harap-harap my precious babies ni membesar dengan sihat :) mummy sayang kamooo~~




Friday, November 9, 2012

mereka

dan merekapun meneruskan perjalanan yang terhenti tadi dengan penuh senyuman. satu perhentian yang memberi seribu erti, walaupun sekejap sangat bermakna buat mereka. tangisan bertukar dengan gelak tawa, kekecewaan kini diisi pengharapan. mereka terus dan terus berjalan. destinasi yang dituju kian mendekat menanti mereka penuh harap. dalam doa yang panjang terselit kekesalan atas kekhilafan juga pengharapan untuk kebahagian mendatang. moga perjalanan mereka tidak lagi tersalah arah dan tersadung di lembah kegelapan. 

Thursday, October 11, 2012

ana dukturah....

salam alaik...

''hanya orang yang sibuk pandai menguruskan masa dengan baik. berilah apa sahaja kerja kepada mereka nescaya kerja yang diberikan itu akan siap pada masanya. namun jika kerja itu diberikan kepada mereka yang hanya menyibukkan diri tetapi hakikatnya mereka tersangatlah lapang maka beribu alasan akan diperoleh''      *quote dari seorang senior*  


aku sibuk? takdelah...serius banyak gila masa yang ada, tapi banyak main. tak pandai nak uruskan dengan betul. aishhh. belajar fiqh aulawiyat pun still tak dapat nak aplikasikan dengan betul. itulah ruginya bila ilmu yang ada tak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah.

علم بلا عمل كشجرة بلا ثمرة     

bermulanya sesi baru maka secara officialnya bergelar pelajar klinikal. dan bermulalah episod yang mendebarkan untuk merawat patients. selama ni praktis dalam makmal, guna gigi palsu tapi sekarang akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah makluk yang bernama manusia.

untuk setiap subjek kami harus mencari patients sendiri. agak-agak korang sanggup tak nak jadi first patient kami?? jangan risau semua kos ditanggung oleh kami, anda hanya perlu hadir ke klinik tib asnan atau contact kami.

ammu muhamad, my first patient for prosthesis

me: assalamualaikum ya ammu..enta aizah toam asnan?? (pak cik nak gigi palsu?)
ammu 1: *senyum* waalaikum salam..haha, ana ma'a dukturah farah *bukan nama sebenar* (saya dah bersama doc farah)
me: ooo..meshi2 *wah blushing rasa*
ammu muhamad: *lambai2 suruh datang*
me: ammu, enta aizah toam asnan? *muka berharap*
ammu muhamad: dukturah mai? syuf dih *sambil tunjuk buku*
me: laa..ana dukturah karimah, fi syeksyen 8.30 sobahan yaumul ahad. enta aizah?
ammu: meshi2. aizah 25 genih..(ok, saya nak 25 genih)
me: wallahi gholi awi! 20 bas... (mahal gila! 20 je..)
ammu: meshi2

hehehe, itulah kerja pakcik-pakcik tua kt sini. duduk je dekat kerusi dalam kuliah tib asnan n tunggu student approach untuk jadi patient subjek prosthesis. bukan free2 diorang datang, siap kene bayar 20genih setiap kali dia datang. paling menarik, bukan seorang student jadi pelanggan dia tapi ramai. siap ada jadual ... beribu genih jugak pak cik-pak cik dapat dalam sebulan. ok la kan, daripada minta sedekah at least mereka bekerja *jadi patient kami satu pekerjaan ape -.-*

starting next week, insyaAllah kami akan mula merawat patient. berdebar sangat-sangat. ammu, tolong bagi kerjasama ya.... robbuna yusahhil :)


                   

Sunday, August 26, 2012

SHR dan BAL

salam alaik...



SALAM AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN :)


*enough mood raya okeh ;p*


sejak masuk umur 21 tahun ni *ehem, baru je lepas tau~* terasa diri sangat tua, ye memang dah tua berbanding adik bongsu i yang baru tingkatan 1 tu but i'm still young! ngeh3. sejak dua menjak ni baru terasa diriku tua sebab ramai kawan-kawan yang dah masuk alam perkahwinan, bak kata orang naik stage bait muslim *ko bila lagi??* kadang-kadang kompius pulak balik raya ke balik majlis kawen orang?

lagi terasa peningkatan umur bila kawan sekolah rendah kita yang kawen. rasa macam tak percaya pulak, dulu-dulu kita selekeh sama-sama, main sama-sama, gaduh sama-sama alih-alih dia dah  kawen. akupun belum habis belajar lagi, mak pun belum kasi greenlight untuk kawen. JODOH, tu semua ketentuan Allah, nak buat camne kan.... doakan saja kebahagiaan mereka, lagipun aku sokong kawen muda camni, daripada duk kapel tak tahu dosa pahala lebih baik terus kawen, kompem dapat pahala bina masjid, meramaikan umat Islam :)

di kesempatan ini nak ucapkan BARAKALLAHULAKUMA WABARAKA ALAIKUMA WAJAMAA BAINAKUMA FI KHOIR kepada semua pasangan yang baru atau dah lama kawen... maaf sangat-sangat tak dapat pergi undangan majlis perkahwinan kamu semua *haha, bukan diorang baca pun kat sini =.='*




owh mama saya mahu kawen
kawen dengan siapa
dengan siapa saja~

Monday, July 23, 2012

ramadhan

salam ramadhan!

kullu am wa antum bikhoir :)



musim panas, tak boleh nak kata apalah. dalam rumah pun dah berpeluh inikan pula bila keluar. for sure baju tu lembab kene peluh~ apepun mata dan hati sentiasa sejuk bila keluar pergi rumah, dahlah hensem soleh pulak tu. 'memang calon menantu terbaiklah'!haha.

well, taklah nak skodeng anak teruna orang, tapi memang hakikat baik lelaki mahupun perempuan dekat sini hensem dan cantik. tak payah nak pakai mekap macam kpop sangat lah*hoho, peminat kpop jangan marah ye,batal pose ;p* itulah kelebihan mereka, keturunan para anbia :)

bulan ramadhan sudah sampai, bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua. alhamdulillah masih dapat menikmati bulan rahmat ini :) tadarus, amalan yang sangat dituntut dan diamalkan. seronok tengok pergi mana-mana pun kebanyakan orang membawa Quran. tak kira walau di mana mreka berada mereka membaca al-Quran. subhanallah. pemandu teksi, penumpang tremko *van penumpang*, duduk lepak, penjaga kedai; semua mereka duduk membaca Quran. cuaca panas pun terasa dingin bila melihat mereka. Allah. *inilah salah satu sebab rasa sayang nak tinggalkan Mesir*


berbalik pada misi 4 jenis kek, *huh* tinggal kek pelangi yang belum terbuat. tak terasa nak makan kek tu, leceh nak buat dan paling tak suka kek ni perlukan banyak telur. muak lah!! rasa macam nak postpone kek ni sampai balik sini semula *owh lupa nak cakap insyaAllah balik Malaysia akhir Julai ni, yezza!* bulan 9, tu pun kalau sempat lah. insyaAllah akan buat jugak kek ni, cuma tak tahu bila, belum tiba masanya.

kek yang paling mendapat tempat di hati semua brownies cheesecake. alhamdulillah setakat ni semua orang suka, siap dapat tempahan XD  eden pun suka buat kek ni, senang cepat mudah dan sedap!

adunan kek yang ketiga~

2 adunan kek yang dah masak~~



adios!
ramadhan kareem!!

Thursday, July 12, 2012


tapi aku rasa malu
mengaku hamba berlagak macam raja
jadi hamba kepada nafsu  menjadi raja kepada iman
sesuka hati mengatur hidup sendiri
lari dari jalan kebenaran menuju kehancuran


diri mengerti hakikat kehidupan
ego membatasi keluruhan hati
membekukan seluruh jiwa raga
kaku untuk tunduk kepada Yang Esa
bangsat!


ketukan hidayah sentiasa kedengaran
telinga dipekakkan hati dimatikan
enggan mengaku kekhilafan diri
mengatur hidup dengan cara sendiri
membina kehidupan dalam kegelapan hati
tidak pernah bahagia malahan berduka

otak mencerna segala ilmu yang diperoleh
disimpan dan dipahat kukuh dalam lubuk hati
dibiarkan bersarang dan berdebu
membiarkan nafsu mengawal diri
ilmu diperoleh tidak diamalkan
bodoh!


kebebasan yang aku cari
inikah maknanya?
sedetikpun hati tidak merasa bahagia
malah diri semakin sengsara dan berduka
resah gelisah membalut diri senantiasa


sinar  yang menerangi alam
mampukah memberi cahaya kepada hidupku
dan mampukan menumbangkan keegoan diri
lantas membawa diri kembali kejalan Tuhan
menuntun aku mendekatiNya

eden toray

salam alaik!


mission: at least 4 types of cakes to bake

end: 28 july 2012

cakes:
1) brownies cheesecake : done!
2) red velvet : done!
3) caramel cake : ongoing
4) rainbow cake : ongoing



aduhai, bilalah nak bakar lagi 2 kek tu? asyik masak brownies dan red velvet je *mentang-mentang senang*

ok, babai!

p/s: ramadhan tiba!!! miss u~