Wednesday, May 29, 2013

me and exam



alhamdulillah. selesai praktikal exam. too much to study, congested! upcoming written exam for the rest of 9 subjects starting from Jun 4th. sabarlah duhai hati, get hold of yourself! 

final day for practical exam, 3 subjects on 4 hours. most tiring day! thanks to kak muni 'dengan paksa rela' became my patient for diagnosis. 

dramatik sikit, tiba-tiba patient untuk operative tak dapat dihubungi. dahla takde back up patient, merata aku cari patient. lab pulak dapat dekat tingkat 4, rasa macam nak pengsan sebab kene naik turun 4-5 kali. T.T alhamdulillah, lepas jumpa senior *kak aina cun la tu* dia tolong carikan dan jumpa sorang patient arab. upper 1st molar, quite difficult as i'm still cannot adapt myself to see  indirectly using mirror during working but alhamdulillah siaplah jugak dalam masa yang diberikan. doctor pun pandai psycho gak, nak bagi kita motivated dan confident. :)



part ni aku suka. rasa macam kene tukar profession je jadi chef. :p




Tuesday, April 9, 2013

my bebel~

salam alaik

fuhh fuuhh. habuk 3 inci blog ni. apa boleh buat, i'm neither a writer nor a novelist. semenjak dua menjak ni rasa macam PM laa pulak, terlebih sibuk. non stop midterm exam since last winter break and now final exam next two weeks. sapa-sapa rasa nak ambil dentist korang fikirlah balik ye, rasa macam zombie robot pun ade. orang lain exam ade study leave at least 3 hari tapi kita kelas tiap-tiap hari non stop. doc siap gaduh coz sorang nak buat exam sorang nak sambung kelas dia. -.-' *sistemkatsinimemangberterabur*

orang yang paling sibuk adalah orang yang paling banyak mempunyai masa manakala orang yang paling sedikit masanya adalah orang yang mensia-siakan masanya.

suka aku quotekan kata-kata ni. kadang-kadang aku pelik bila mintak tolong dengan dia *anonymous* boleh pulak katanya xde masa,busy, letih,  sedangkan dia tengah duduk main game dan tengok movie je dari pagi sampai malam. lain pula halnya dengan orang yang aku tengok sentiasa sibuk, tolong orang sana, sini, buat kerja itu ini, bila mintak tolong senang je cakap ya. dah tu pulak takde nak merungut. ceria je muka tiap-tiap hari. kagum!!

btw, tadi my turn untuk masak dinner and this is the result. bubur lambuk, my first time and not as good as i imagine T.T *kenebaliktuntutilmumasakbendaalahni*


Tuesday, January 8, 2013

video of the week: qasidah menyeronokkan faiz




alhamdulillah.

dalam kesejukan bumi  yang disimbahi hujan, status-status fb semua orang menghangatkan suasana dengan 2 isu hangat.

isu 1: Amanat Haji Hadi.

isu yang sering dibangkitkan setiap kali pilihanraya. tak taulah apa tujuan mereka ungkit-ungkitkan perkara itu sedangkan tuan punya diri nak explain tak pulak bagi peluang, sibuk duk ulas sendiri. dari apa yang eden baca dan faham, takde masalah pun dengan statement tu. betullah apa yang diucapkan, apa masalah? jangan pisahkan agama dan politik sebab Islam itu syumul, yakni menyeluruh. kalau dah menyeluruh maknanya merangkumi semua, termasuk politik. so what is d problem?

 isu kafir mengkafirkan oleh masyarakat disebabkan keluarnya amanat ini eden tak tahu sangat sebab time tu eden tak lahir lagi. apa yang eden nampak boleh terjadinya kejadian kafir mengkafirkan sebab kita semua suke belajar sekerat jalan. suka buat kesimpulan sendiri. suka buat suka-suka hati. tak faham rujuk yang pakar, jangan cepat menuduh dan menuding jari. eden pun baca dari sini. menurut usul isyrin (usul 20) dalam kitab Risalah at-Ta'alim karangan Imam Hassan Al-Banna, dalam usul ke 20:

Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:
  • Mengakui kalimah kufur
  • Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
  • Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
  • Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
  • Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.
 so, jangan terus ambil jalan mudah dengan jump into conclusion without knowing the truth. kita boleh membenci kesalahan yang dilakukan tetapi jangan membenci orang yang melakukan.  kita mengkafirkan perbuatan yang dilakukan bukan mengkafirkan orang yang melakukan. jauh bezanya tu, faham baik-baik ye. *ops, rasa macam kontroversi pulak ayat ni,hehehe*  jangan mudah-mudah menghukum seseorang, siasat dan periksalah dahulu kesahihan sesuatu berita.


isu 2: taufan sonamu

dijangka akan melanda pantai timur. ramai yang post fb. eden tak tahu keadaan Malaysia sekarang tapi eden doakan semoga semuanya selamat dari sebarang malapetaka dan bahaya. sekali Allah nak uji kita bagaimana kebergantungan kita kepadaNya. percayakah kita akan kuasanya. nak ingatkan balik kita bahawa DIA Maha Perkasa dan Maha Kuasa. hanya DIA yang wajib kita sembah dan patuh. juga sebagai peringatan atas kelekaan dan kelalaian kita dalam kehidupan. dunia semakin hampir ke penghujungnya, begitu juga kita. MATI tidak menanti kita tua, bahkan mati itu bila-bila masa. saat untuk nyawa dicabut tidak akan dipercepatkan mahupun dilambatkan hatta sesaat. selagi nyawa masih dijasad, kembalilah kepadaNYA. DIA sentiasa menanti kepulangan kita kejalanNYA.

taubat. akan sentiasa terbuka dan Allah sentiasa merindui hambanya yang bertaubat. meskipun kesalahan yang  sama dilakukan setelah bertaubat, bertaubatlah kembali. jangan tunggu tua kerana yakinkah kita sesaat lagi kita masih hidup?

kalau nampak eden ni silap tegurlah, jangan segan-segan. to be human is err. eden pun manusia, sentiasa lalai dan terleka dengan mainan dunia. so sentiasa ingatkan  dan bimbinglah eden kepadaNya.

sekian, 
lots of love,
eden~~

Tuesday, December 18, 2012

indahnya perubatan Islam

salam alaik.


hectic week! having 3 quiz for the next 3 days~~

just wanna share experience, tak penting but memorial for me so tak perlu rajin-rajin baca :)

for the first time program yang PCM anjurkan bermula jam 11malam dan tamat jam 1.30 pagi. sangat terharu dengan sambutan semua warga Mansurah yang sanggup datang dan tunggu hingga program tamat.




agak-agak orang ramai datang sebab ustaz sharhan atau fedtri atau kedua-duanya? hehehe. tak kisahlah atas sebab apa yang penting semua dapat perkongsian ilmu dan pengalaman daripada mereka. malah ustaz sempat mengijazahkan kami 5 ayat rukyah sebagai pendinding diri. Alhamdulillah.

meskipun agak terbatas waktu tapi banyak ilmu yang diperoleh. mata yang layu terus segar mendengar suara fedtri yang begitu bertenaga juga cerita-cerita menarik daripada ustaz sharhan. persoalan-persoalan yang diajukan  para hadirin turut menghangatkan program.

*alamak, rasa macam tulis laporan pulak -.-'*

sempat menyelit untuk bergambar dengan fedtri :p

 more pics here :)

Saturday, November 10, 2012

my babies



shopping time!! pegi awadallah je mesti duit melayang seratus dua, tak pernah kurang -.-'. duduk berjam-jam kat sanapun tak kisah, syok tengok barangan dapur, dari eletrik sampailah bahan basah mahupun kering...teringin nak angkut semua barang-barang tu! paling best benda ni *droll*

200 lebih je, nak! buat hantaran kawen pun sanggup tapi kasilah  yang besi yang harga seribu lebih tu 

lagi satu projek Kemahiran Hidup, tanam pokok. almaklumlah kat sini susah nak jumpa tanah so buatlah sistem hydroponik. entah bertahan entah tidak pokok ni. btw, ni baby kailan. teringin nak makan so tanamlah! unavailable kat sini, import jauh dari malaysia :p. harap-harap my precious babies ni membesar dengan sihat :) mummy sayang kamooo~~




Friday, November 9, 2012

mereka

dan merekapun meneruskan perjalanan yang terhenti tadi dengan penuh senyuman. satu perhentian yang memberi seribu erti, walaupun sekejap sangat bermakna buat mereka. tangisan bertukar dengan gelak tawa, kekecewaan kini diisi pengharapan. mereka terus dan terus berjalan. destinasi yang dituju kian mendekat menanti mereka penuh harap. dalam doa yang panjang terselit kekesalan atas kekhilafan juga pengharapan untuk kebahagian mendatang. moga perjalanan mereka tidak lagi tersalah arah dan tersadung di lembah kegelapan.