Sunday, February 21, 2010

xpdc sinai 2010

salam.....
selamat menjejakkan kaki kembali ke Mansoura. rindunye!! cuti 3 hari 2 malam jadi 4 hari 3 malam, best....
penghujung cuti ni saya n d geng join ekspidisi sinai, LE TOUR DE SINAI 2010...slogannya BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR... amacam, ok x slogannya? kita jalan2 sambil melihat kesan peninggalan zaman dahulu dan mentafsirkannya sebagai pedoman dan muhasabah kepada diri.

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?                                                                                                            (Fussilat: 53)


masa nak pergi tu bukan main malas....ye la, malas nk packing barang, kemas umah, blablabla~ ajk xpdc suruh kami berkumpul pukul 9 malam depan istad tp biaselah kami, kol 10 baru muncul,hehehe... tunggu punya tunggu punya tunggu...n tunggu lagi berapa banyak tunggu daaa bas x sampai2.... sampai tertidur tepi jalan, wakakaka macam pengemis pun ade bunyinye ;p akhirnya penantian berakhir, janji kol 11.45 malam  tp kol 1.30 bas baru sampai..hampeh betul!

 kubu peninggalan israel

kubu ini adalah peninggalan tentera israel yg kalah kpd mesir dlm peperangan 3 penjuru.
ia menempatkan peralatan2 tentera israel yang ditinggalkan spt kereta kebal, meriam, pakain, etc...


gambar terusan suez dr atas kubu peninggalan israel...x jelas, klu nk jelas pegi tengok sndri ye..hehe


pose depan kubu

pak cik askar!! x disiplin lgsung...siap hisap rokok, kalau sy jadi ketua diorg mesti dah jd cm donald trump dlm citer apperentice tu, "u r fired!"


ganaznye anna ni....takut ambe...hihihi


warkah buat kekasih....ape2 je la


n next sasaran ialah.....*dush*

uyun musa

merupakan tempat persinggahan nabi Musa A.S utk bersuci yg terletak di tengah2 perjalanan di antara Terusan Suez dan Gunung Thursina. mengikut sejarah, terdapat 12 telaga menunjukkan 12 kaum pengikut nabi Musa A.S tatapi kini hanya tinggal 8 buah telaga shj

deretan gerai2 perhiasan...


uyun musa

hamam firaun

terletak di pesisir Teluk Suez. merupakan tempat firaun bersiram(mandi) pada musim panas dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki bukit di tepi pantai. udara panas yang keluar dari lubang tersebut digunakan utk mengubati oenyakit Rheumatism. di tepi pantai ini juga terdapat mata air panas.
di hadapan hamam~

makam nabi Salleh A.S
mengikut pendapat yang paling tepat bahawa makam nabi Salleh A.S yang sebenar terletak di tengah2 perjalanan antara hamam firaun dan Saint Catherine. Nabi Salleh A.S merupakan rasul ke-5 yang diangkat menjadi rasul pada umur 58 tahun bermula tahun 2000 sM hingga 1990 sM.

ni gambar lame, mase first time kami pergi..gambar terbaru xde, sori tp same je keadaannya
al-Fatihah


ni pon gambar lame, ni kat luar makam nabi Salleh A.S

makam Nabi Harun A.S

merupakan rasul ke-16 selepas nabi Musa A.S. baginda merupakan saudara nabi Musa A.S dan bersama nabi Musa A.S dala menyebarkan dakwah. dilantik menjadi rasul ketika berusia 122 tahun bermula tahun 1439 sM hingga 1317 sM. makam ini terletak di kaki gunung Thursina bersebelahan dengan sebuah gereja. makam ini juga tidak jauh dari patung lembu samiri.


sebelah makam ni ada gereja, not included in d pic...hehehe


makam nabi Harun A.S
al-Fatihah

patung lembu samiri

patung ini diukir pada batu oleh Samiri(seorg bani israel dr suku kaum Assamirah) iaitu salah seorang dr penganut Nabi Musa A.S. patung asal yang dibuat daripada emas kemudian dihancurkan oleh Allah Taala. peristiwa ini berlaku ketika nabi Musa A.S. bermunajat kepada Allah di punjak jabal musa(puncak thursina) selama 40 hari. pendapatr lain pula mengatakan pancaran cahaya dari patung emas itu membentuk patung lembu samiri yang ada sekarang. berhampiran dengan ukiran patung ini terdapat pokok yang dikatakan hidup sejak zaman nabi Musa A.S. peristiwa ini ada diceritakan dalam Al-Quran, surah Taha: 85-98


ukiran patung lembu samiri

saint catherine

di sini terdapat sebuah biara bernama Saint Catherinew yang dibina pada abad ke 9 M. Saint Catherine merupakan pengikut setia nabi Musa A.S. beliau meningal ketika bermunajat kepada Allah bersama nabi Musa di puncak thursina dan dikebumikan oleh pengikut nabi Musa A.S. di kaki gunung itu. setelah beberapa abad berlalu empayar kristian berjaya menakluk mesir, mereka membina sebuah gereja di kaki gunung thursina dan mendakwa bahawa Saint Catherine adalah seorang rahib kristian. semua ini hanyalah pembohongan yang amat nyata oleh kristian dan disokong oleh yahudi. terdapat juga sepohon pokok suci ( Shajaratul Mubarakah) di dalam gereja ini dan ia disebut dalam Al-Quran

Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.
(al-mukminun:20)
*oppss...xde gambo lah.*

12 mata air Musa

terletak di Wadi Arba'in (lembah 40). merupakan bekas 12 mata air yang dipukul oleh nabi Musa A.S. dengan tongkatnya pada batu. setiap satu mata air menunjukkan kaumnya. ini difirmankan Allah dalam      Al-Quran. terdapat juga sebuah tempat keluar mata air yang dijadikan telaga utk memberi minum binatang2 oleh orang terdahulu.



Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". 
(al-Baqarah:60)
batu yang mengeluarkan 12 mata air...setiap lengkuk pada batu mewakili 1 mata air...cuba kire, cukup x?
hehehe, x cukuplah...kat bahagian depan ada lapan je, baki 4 ada kat bahagian belakang

gunung thursina (jabal musa)

berada pada paras 2280m dr aras laut. di puncak gunung inilah nabi Musa bermunajat kepada Allah selama 40 hari sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dalam surah al-Araf ayat 142-145. juga terdapat masjid dan gereja ortodoks di puncaknya. terdapat juga kesan batu yang menghalang nabi Musa A.S daripada terkena batuan2 sewaktu peristiwa di mana Allah menunjukkan kebesaranNya maka hancur leburlah gunung tersebut. pandangan menarik dapat dilihat dari puncak apabila matahari terbit.


ni sebelum panjat gunung...kol 1.30 pagi...sejuk maaa

kami dibahagikan kepada 10 kumpulan saya kumpulan 7, sama ngan intan. mula2 tu memang semangat tapi bila dah panjat separuh x larat daa.. ramai jugak yang naik unta, termasuk sorang mushrif kump saya,hehe xpe2, boleh dimaafkan coz sakit asma terima kasih kepada intan n Helmi (pok Mi) yang bagi semangat kat saya. tapi yang paling seksa bila sampai kat puncak... kene panjat 700 anak tangga tu yang saiful cakap, xtau la betul x coz x sempat nk bilang kami kump ke-2 sampai hehehe, bangga la plop ;)) kat atas ni sejuk bangat...siap ada ammu2 yang jual selimut. lupe nk bagitau, sy sampai kol 4.55pg, hehe. sepatutnya sampai awal lagi tp ad poblem sket.ape2 pon memamg best....cuba sndri baru tahu...

matahari baru nak naik...


subhanallah...indahnya ciptaanMu

maaa...sejuk

yessss...kami dah tawan thursina!!
(*_*)


mashaAllah...


ni pintu gerbang ke perkampungan nabi IlyasA.S.

time turun ni la yang paling saya suka coz x meletihkan. part yang paling ske coz boleh lompat2 atas batu, mcm pro plak rasenye,ngeh3.

*lagi skali xde gambo....ad sebenonye tp blom amek g ngan kak muni...hehehe*

dahab

tempat perlancongan dan perkelehan tepi pantai

suke2...suke pegi dahab..hehehe. port utk shopping n makan seafood..rase cm org kaye la plop buat keje g2 tp xpelah, skali skale...=)

 
posing+shopping kak syaz...



nasi+sayur+ketam+sotong+ikan+sup ketam+roti = LE20
air = half prize
p/s: amacam, best x hargenyenye...special offer 4 malaysian students



chinese food 4 breakfast..kenyang



masing2 kusyuk tengok underwaterworld...hehehe. ni time naik glass boat, LE35/head




coral@batu karang... subhanallah


pemandangan di sekitar dahab

toba

merupakan tempat yang terletak paling timur di mesir. perjalanan kira2 708km dr kaherah. ia menjadi batas terakhir wilayah mesirdengan kota ilat di wilayah palestin. terdapat pemisah @ sempadan bagi 4 negara iaitu mesir, palestin, jordan dan arab saudi. ia juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh mesir dari jajahan israel.


ni je gambo kat sempadan yang sempat diambil....maap ye

kubu (qal'ah) Salahuddin Al-Ayubi

dinamakan Jazirah firaun yang terletak di sebuah pulau kecil kira2 8km dr Toba. ia dibina oleh tentera2 pimpinan SAlahuddin al-Ayubi untuk menghadapi tentera salib.



kubu salahuddin yang masih tegak berdiri

pemandangan dari atas kubu....romantiknye 8P


x takut jatuh ke cik adik?? hehehe


sempat je posing...(^_~)

ok la...ni je kot xpdc sinai. ayat2 skema kat atas tu hak ciptaan terpelihara 2010 yang diterbitkan oleh s/u xpdc sinai 2010.....saya ni tau copy n paste je...hehehe. overal,walaupon letih+macam fobia je naik jabal musa tp insyaAllah nk pg lagi skali...hehehe

esok stat sem 2...huhuhu, xnak p skolah!! nk cuti lagi T.T



1 comment:

ruby said...

hehe..cam best jer vcation ni..enjoy urself kt sane ek..nnt da dpt result exam bgtau la...