bersyukur saya ada sahabat macam awak semua, walaupun perwatakan kita berlainan tapi saling melengkapi. saya buat salah awak tegur, kegembiraan dan kesedihan kita kongsi bersama. setiap perselisihan yang berlaku membuatkan hubungan kita makin erat, sebab lepas kita bermasam muka, kita akan minta maaf dan berterus terang apa yang kita tak puas hati. *bunyi cacam kita pernah perang besar je, takde pon.. :D* senang kata, saya suka tinggal dengan awak semua, kita dah macam adik beradik, hepi family ^^
Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri" (Mutafaq 'alaih)
dan kepada sesiapa yang menganggap dirinya sahabat saya, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya, tak kira siapa anda, saya amat menghargainya
semoga persahabatan ini direstui Ilahi dan dibawah rahmatnya.
dan di kesempatan ini juga, saya nak minta jutaan kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan terhadap sahabat sekalian sama ada secara sengaja atau tidak, saya hanyalah insan yang kerdil, sering melakukan kesalahan. maaf.
buat sahabat sekalian,
Segembira manapun kita di dunia ini, kita belum tahu nasibnya diakhirat nanti..Selama mana pun kita rasai hidup ini, pastinya ajal akan menemui diri..Sebahagia manapun jiwa, dugaan akan juga melanda..Kerna hidup kita ibarat matahari dan bulan, adakalanya akan kelihatan, kemudian hilang dari pandangan..Tiada yang kekal di dunia ini, walaupun segenggam bahagia dan secubit derita sekalipun.
Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka Tetapi….. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa mendoakan agar hari mu dipermudahkan ALLAH. ameen
selamat menghadapi peperiksaan buat sahabat sekalian
bittaufik wanajah
3 comments:
heyya girl..
hilang ngantuk baca post imah tgh2 mlm buta ni.
hehe
all glory be to beit yokies! :D :D
jzkk for the beautiful sharing.
sayang sumer fillah :)
bittaufik wannajah!
ganbatte kudasai!
*bnyk plak aku merepek tgh2 mlm buta nih*
Awak. Thanks sebab jadi kawan saya jugak =)
laile: rajin-rajinkan diri anda...
bace buku tu, klu nk telan semuanya pon boleh..
hip hip horeyyy to beit yokies :D
cikstar: terima kasih sayang..luv u more and more..muaaahhh
Post a Comment