Sunday, February 20, 2011

satu kisah

panas!! sangat panas sampai terbakar rumah di pasir panjang, bukan rumah saya. rumah seorang warga emas yang tidak saya kenali, hanya diberitahu ceritanya oleh adik. takziah. semuanya dari Allah. harta kekayaan juga hidup kita semua ikhsan dari Allah jadi tidak salah jika Dia mahu mengambilnya kembali sebagai peringatan dan ujian agar kita terus mengingatinya. tika senang lupa padaNya tika susah mula mencari-cariNya, itulah hakikat kita sering lupa padaNya.

pengalaman hidup banyak mengajar dan mematangkan hidup. mengenali seseorang bukan bermakna kita hanya melihatnya melakukan apa sahaja yang dia sukai tanpa mengambil sebarang iktibar. tika melihat sesuatu jangan hanya memandang kosong tetapi lihatlah dengan akal fikiran, ambil iktibar dan pengajaran dan ingatlah padaNya. 

jauh tersasar, nak cerita tentang seorang yang saya kenali, harap dapat ambil iktibar dari cerita ini. bukan tujuan untuk membuka aib tapi sebagai peringatan kepada kita sebagai manusia yang sering alpa dan leka. dia dilahirkan dalam keluarga yang sedarhana, ayahnya seorang peniaga ibunya suri rumahtangga. namun oleh kerana sering berulang alik ke negeri orang untuk  berniaga maka anak-anak sering ditinggalkan bersendirian di rumah. keadaan ini sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak ini, mereka saling menjaga diri masing-masing. yang sulung menjaga adik-adik dengan penuh kasih sayang, adik-adik pula membantu kakaknya menguruskan rumah. kehidupan orang pada zaman dahulu tidaklah semewah sekarang. mandi air telaga, menambah wang poket dengan berniaga ais krim batang di padang pada waktu petang dan tika musim menuai membantu ibu bapa menuai, tiada mesin waktu itu hanya tulang empat kerat.

entah kenapa dia membesar sebagai seorang yang sangat pendendam, memberontak jika kemahuan tidak diikuti. pengajian agama dan kasih sayang yang diberikan ibu bapa tidak mampu diterjemahkan olehnya hinggakan sanggup meninggi suara  malah membentak mereka. juraian air mata ibu dan nasihat bapa tidak dipedulikan. setelah bersuami sering mengherdik suaminya memandangkan si suami tidak begitu kaya sepertinya. adik-beradik turut menjadi sasaran amukannya malah penduduk kampung turut dilibatnya jika dia tidak berpuas hati.

selepas kematian ibu bapanya timbul kekesalan di hati namun masih ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk bertaubat iaitu EGO. egonya sangat tinggi hinggakan dirasakan hanya dirinya yang betul, hanya dia yang benar nasihat orang tidak didengari malah akan diungkit dan dikutuk. jika seseorang berani bersuara tika dia bercakap orang itu akan dikatakan biadap. semua orang sudah muak dengan perangainya dan malas untuk bertemu dan bercakap dengannya.maka untuk mendapat perhatian orang sengaja dia bercakap kuat dan berpura-pura gila. sengaja menakit-nakutkan orang kampung. bila dibawa ke hospital doktor mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit mental malah berkelakuan baik. 

apabila melihat adik-beradiknya tingal di rumah mewah, hidup senang sedangkan dirinya masih di takuk lama maka dituduhnya pula mereka memakan harta pusaka, berkomplot untuk merampas semuanya. hakikatnya semua adik-beradiknya beralah dengan memberikan kepadanya apa yang diminta malah bahagian yang diperolehinya lebih banyak daripada mereka. mereka hidup mewah kerana mereka berusaha gigih mencari rezeki, bekerja siang malam tanpa mengenal penat lelah malah sering menghulurkan wang dan bantuan kepada anak-anaknya di luar pengetahuannya. dia pula hanya tahu membelanjakan wang, apabila tidak mencukupi dia meminta kepada adik-beradiknya dengan pelbagai alasan. 

personalitinya? apabila berjumpa jangan terkejut bila dia menasihati kita dengan pelbagai perkara terutamanya solat. sangat bagus malangnya diri sendiri tidak mengerjakannya. hanya menunaikan solat tika diri teringin melakukan. bertudung besar tapi kelihatan sangat berserabai dan kadang-kadang berbau hamis. sering mendengar takzirah dan pengajian agama di surau tapi tidak mengamalkannya atau mengambil pengajaran. hanya tahu membebelkannya kepada orang lain tanpa hikmah dan cara yang betul. paling menyedihkan sering percaya dengan perkara tahyul seperti gelang emas yang dijampi oleh bomoh boleh menguatkan dirinya.

sekian cerita yang tidak menarik ini. konklusinya hiduplah berpandukan Al Quran dan sunnah Nabi. tunaikan solat wajib dan rajinkan diri menunaikan solat sunat untuk menampung kekurangan solat wajib. hormatilah ibu bapa, sayangi mereka dan bergaullah dengan mereka dengan baik serta sentiasa doakan mereka. 

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."                                                               [Al Israa' 17: 23-24]

padamkan api kemarahan dan dendam dalam diri, itu hanyalah sandiwara syaitan jika kita mengikutinya maka bergembiralah ia. turunkan ego dalam diri agar tidak menyesal kemudian hari. berfikiran positif dan rasional bukan membabi buta, jangan hanya menurut hawa nafsu. sama-sama kita bermuhasabah diri dan berdoa agar diri kita dan seluruh umat Islam bersatu hatinya untuk membawa Islam ke puncak kembali. Islam akan menang! itu janji ALLAH.

“Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan”.


(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Monday, February 14, 2011

the journey.... part 2

tak sangka aku ni skema orangnye, tulis entry bukan main formal ayat mengalahkan datuk menteri mengadap rajapun ade, ngehngehngeh hiperbola terlampau... ini bermakna cikgu-cikgu BM aku dah berjaya mendidik aku dalam bahasa Melayu dan sememangnya aku minat bahasa melayu. bahasa kebangsaan harus diperjuangkan, hang tuah kata "takkan melayu hilang di dunia'' *cewah, patriotik pula* lagipun nak cakap, tulis dalam bahasa ape lagi, hanya bahasa melayu je yang aku pandai, english?hancus T.T bahasa arab lagilah tunggang langgang :(

dah melalut pulak....sambung kisah pengembaraan enam gadis di bumi asing, bukan planet marikh atau pluto k!

29 january 2011

awal-awal pagi lagi kami dah bangun, terima kasih kepada kak muni yang selalu membuat wake up call :) dari 4.30 pagi kini berganjak ke pukul 6.30pagi, tak sedar masa berlalu dengan pantas sekali. "semua dah siap? jom gerak" "eh2, kejap, nak ambik barang tertinggal" "kejap, lampu tak tutup" "nak pakai stoken jap,hehe" macam-macam ragam kami. sebelum keluar dua tiga kali brpatah balik masuk bilik takut ada barang-barang yang tertinggal, bahagia betul bila terkenang kembali. dengan bacaan tiga qul dan doa selamat kami bergerak ke tremco di syaima'. setelah berpelukan dengan kak dalila kami berangkat ke lapangan terbang cairo ditemani mushrif *ala-ala guard gitu* asyraf dan nazrin... terima kasih ye :D

nyenyak betul tido dalam tremco sampai tak sedar dah sampai..nasib baik takde air liur yang meleleh kalau tak jatuh saham! super powerlah pak cik ni bawak, pukul 9.30 dah terpacak dekat airport. punyalah beduyun manusia, siap berebut-rebut masuk pejabat egypt air nak comfirmkan tiket, kesian pekerja-pekerja kene buat manual, internet takde. dalam board dia tulis flight kami on time, dalam pukul 12 kami check in. 

tunggu punya tunggu masih belum dibenarkan masuk ke dalam kapal terbang. apekes! tension dah la tunggu entah berapa jam tapi takde berita apa-apapun. tv pulak asyik tayang berita pasal rusuhan, siap ade kereta kebal...fuyooo, tak sangka teruk juga. nasib baik ade Aqsa Abdul Rahman, budak umur 3 tahun dari bangladesh. kawaii. siyes comel+pandai cakap. mula-mula kami cakap dalam english pastu campur arabic tiba-tiba dia cakap bahasa urdu. ayoo adik, kakak tak paham la. layan je la... tau tak mula-mula dia perkenalkan diri dia Aqsa mubarak! mak dia terangkan bahawa dia ni selalu dengar orang sebut nama mubarak dan suka nama tu. 

akhirnya pengumuman dibuat membenarkan kami masuk ke dalam pesawat. bertepuk tangan mat-mat saleh kat situ. dalam kapal terbang terpaksa tunggu lagi. "please be patient. we're waiting for signal from tower, once we got the signal we'll fly. i hope you understand the situation" terang kapten. bila kapal terbang mula berlepas sekali lagi mereka bertepuk tangan. sungguh dramatik. paling tak boleh lupa masa landing, semua tepuk tangan sambil bersorak! macam dalam filem pon ade..."thanks god, we finally home" sorang mamat kat belakag aku cakap.

heathrow airport taklah secantik KLIA, mungkin sebab dalam renovation. pegawai dia memang sangat strict, tanya macam-macam termasuk tempat tinggal kami kat sini. alhamdulillah kami lepas walaupun pelik sebab takde pemeriksaan terhadap barang-barang. ke underground untuk menaiki tube ke destinasi yang dituju malangnya kami tak tahu arah perjalanan kami. malu bertanya sesat jalan so tanyalah sesiapa yang ada di sana bagaimana menggunakan oyster card*, nak ke Mild End naik tube.

perjalanan disambung dengan berjalan kaki ke rumah Nur Islam dipandu oleh kak aisyah. jauh juga tapi tak mengapa sebab dapat menghayati keadaan sekeliling. memang cantik! suhu? 1 darjah selcius, sejuk!! sampai rumah terus dihidangkan kueh tiew, memahami betul akak-akak yang kami lapar awi2! *blushing* siap makan ape lagi kroh-kroh la jawabnye..eh, tak la... jumpe kak ieda nak tanye direction tempat-tempat yang kami nak pergi esok pastu baru tido...adios~

*oyster kad- kad untuk naik tube, ala-ala LRT tapi bawah tanah. 
p/s: gambar-gambar lepas ni ye, sabar v(^_^)v

File:Mile End stn entrance.JPG
ni gambar cilok viki...underground mile end station, tempat yang paling banyak kali kami pergi :p

Sunday, February 13, 2011

the journey.... part 1


p/s: bahasa majmuk, rojak, campur agak formal...entah ape nak jadi eden tak tau :P

28 January 2011

“Yaumul usrah PPYT” aka hari keluarga PPYT yang dianjurkan oleh PPYT, Persatuan Pelajar Yayasan Terengganu mesir berakhir hari ini. Malam semalam kami bersukan bersama, banat bola jaring manakala banin bola tampar. Hari ini pula sesi bertaaruf, indoor games dan jamuan. Sangat meriah memandangkan keluarga medic yt semakin berkembang, dari 50 lebih sekarang dah 100 lebih!!

Panic! Budak-budak cairo tidak dapat pulang ke sana kerana jalan masuk sudah ditutup pabila rusuhan semakin parah. Kami pun dah berdebar bimbang tidak dapat ke  airport cairo tapi berserah sajalah. Harap-harap tiada kesesakan sebab malam tadi budak-budak cairo dah stranded 4 jam dalam jam! Malamnya sebelum balik ke rumah, kami sempat singgah membeli barang sebagai persiapan terakhir untuk bermusafir esok. Terkejut dan takut juga bila tiba-tiba gas pemedih mata dilepaskan *sakit tekak eden..*  sedangkan kawasan sekitar kami langsung tidak terlibat dengan rusuhan malah jalan yang biasanya jam kini lengang!

*thanks to kak dalila yang bersusah payah masak nasi dan chicken penny untuk sarapan dan makan tengahari, sedap!!
*rugi betul tak dapat nak makan kerang-kerang yang begitu besar dan segar sepuasnya, bimbang cirit birit…hehe
*thanks to adik-adik juga yang bersusah payah menjadi ajk dan memastikan semuanya berjalan lancar dalam hari keluarga itu… luv u all <3




Tuesday, February 8, 2011

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah,syukur pada Allah kami selamat sampai di malaysia, kuala terengganu :) yeah puas hati dapat jalan-jalan, hehe...maaf membuatkan sesiapa yang terlibat susah hati sebab tak terima khabar dari kami. bukan nak melupakan kalian tapi agak susah untuk berhubung lantaran laptop tak bawa..tambahan prepaid habis..rasa lost sangat dengan dunia luar walaupun sibuk meneroka dunia baru.

banyak sangat benda yang nak cerita tapi kita buat berperingkat-peringkat ye. tulis banyak-banyak nantikan jemu pula nak baca,hehe. sebenarnya takde idea lagi nak menaip sebab mengantuk sangat ni, jetlag? hmmm... terima kasih banyak-banyak kepada semua yang ambil berat, terharu T.T

jane!
salam alaik~