Tuesday, May 31, 2011

tak dapat den nak nolong

أسلام عليكم 
الحمد لله 



"saya tak suka politik!!"
statement dari dulu sampai sekarang, dan masih menyampah dengan politik yang penuh ketidakjujuran. namun hidup sebagai manusia tidak dapat tidak akan terjerumus ke dalam politik, sebagai pemimpin atau yang dipimpin. pemimpin terbaik adalah Rasulullah S.A.W. zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh pula merupakan kerajaan contoh terbaik selepas kerajaan yang dipimpin Rasulullah.

sabda Rasulullah S.A.W “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.” 


kusut kepala memikirkan kejahilan dan perpecahan yang melanda kita hari ini. benar kata-kata Rasulullah S.A.W umat Islam pada akhir zaman sangat banyak namun sangat lemah ibarat buih-buih di lautan luas bila-bila masa boleh dihanyut dan dipecah oleh ombak. insaf dengan diri yang masih lemah, tidak mampu membina peribadi muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim juga negara muslim. 

satu cerita

sedang rancak bercerita tentang revolusi mesir dengan doktor, terkeluarlah statement dari doktorku "all of them are stupid!!". bila kami mengadakan demostrasi mereka menggunakan kekerasan terhadap kami. mereka melepaskan tembakan sesuka hati, katanya tidak merbahaya kerana berada dalam jarak yang selamat tapi saya bukan bodoh, saya belajar tentang semua ini ketika dalam kem tentera. peluru getah pun masih boleh menyebabkan kecederaan inikan pula peluru hidup. mereka berang dengan kami lalu meninggalkan pejabat polis dan melepaskan semua banduan! mereka hanya lepas tangan. 

mereka semua orang tak berpelajaran. kami dipimpin oleh orang yang tak berpelajaran. course medic memerlukan kelayakan sangat tinggi tapi law hanya memerlukan markah optimum. dan sesiapa yang tidak dapat memohon sebarang pengajian dia boleh memilih untuk masuk akademi polis atau tentera. akhirnya kami dipimpin oleh golongan-golongan ini, yang hanya memikirkan DUIT. rasuah berleluasa, undang-undang hanya tulisan, rakyat ditindas.


renungan

entahlah, tak tahu nak cakap. bila difikirkan dan dicompare, pemimpin Malaysia semuanya berkelulusan tinggi dan mantap-mantap. malangnya aku tengok banyak benda yang dilakukan menampakkan kebodohan mereka. rakyat juga, rasanya semua diberi pendidikan yang mantap tapi masih ramai yang dungu. apa masalah kita sebenarnya?? renungi diri tanya iman.

keluarlah dari kotak, lihat sekeliling. jangan tertipu dengan cermin ilusi yang diberikan. rasional dalam sesuatu tindakan, agama sebagai acuan, panduan dan penghayatan, bukan hanya sebagai hiasan. awas wabak WAHAN yang semakin parah!!


p/s: keliru, aku keliru..bercelaru! kejap macam nak post kejap rasa macam kejam tulis macam ni...luahan hati, tak penting untuk dibaca. tapi kalau dah terbaca tu terima kasih sudi luangkan masa ^__^




doakan kami di sini, encik exam sangat setia menanti. tak bagi chance nak honeymoon dengan cik buku dan mr lappy )':

Tuesday, May 17, 2011

ianya indah (^___^)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله 



apa tarikh memorial bagi korang? bithday? of course la.. ulang tahun per'couple'lan korang? itu aiman tak kisah, aku lagi tak kisah. antara tarikh yang aku paling tunggu adalah 16 Mei...

 
time-time sekolah dulu, *eceh, macam dah tua je -.-'* bulan Mei je semua cikgu tersenyum. tunggu nak dapat hadiah. cikgu-cikgu yang kuit miut, hensem-hensem mesti dapat banyak hadiah, kad-kad ucapan. yang biasa-biasa pulak biasalah, dapat biasa-biasa aje. tu pun aku tak termasuk dalam senarai pemberi hadiah, malu beb nak bagi, jadi tukang teman kawan-kawan bagi hadiah je, buat-buat hadiah tu aku pun ade share, sambil tu buat ucapan selebar mungkin sampai cikgu terharu, sobs..

tu semua lepas waktu rehat, sebelum tu pegi la tadah telinga dengar perutusan menteri, pengarah, blablabla...  saat dinanti adalah persembahan pelajar dan guru, time tu paling meriah. aku paling suka dengar lagu "kami guru malaysia". alkisahnya berangan nak jadi cikgu, keturunan tu..pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku hampir semuanya cikgu, merekalah contoh buat aku dulu, belajar bersungguh-sungguh sebab nak jadi cikgu. takdir Allah dah tetapkan aku belajar gigi, redha :) oh, terlari sudah.....

acara kemuncak adalah pengumuman guru popular, guru paling hot dan macam-macam lagi. ni pon aku suka jugak sebab masa ni je la nak bersuka ria, bebas sikit, hehehe. boleh nak bersorak-sorak, gamatkan suasana *walaupun lepas tu akan ditegur -.-'* acara sukaneka pun best, terbaik punye.... time ni la nak tengok aksi keanakan cikgu-cikgu. kalah kanak-kanak ribena, fun!!

hish, rindu betul dekat sekolah. dekat sekolah boleh ayat cikgu, manja-manja dengan cikgu, pau cikgu pun boleh! baru-baru ni masa cuti sempat pergi melawat sekolah, dah lain la..cikgu-cikgu pun dah ramai yang takde*pindah* syukur sebab cikgu-cikgu masih ingat aku, yang kamcheng sikit mestilah dengan ustaz...ustaz Muhammad, Ustaz Jusoh. terharu babe.

"wah ustaz, dah lame tak tengok makin hensem la sekarang" 
"mestilah, kalau tak takkan cikgu Laile awak tu terpikat dekat saya" speechless... baru nak sakat ustaz, dah kene balik. cikgu-cikgu lain bantai gelak, aku pun gelak jugak la nak cover malu, dahlah semua cikgu lelaki ada dalam bilik tu time tu.
 *sahabat-sahabat SHAMS cubalah teka siapa ustaz ni*

memori zaman persekolahan sangat manis dan bermakna. PASTI Al-Haudiyyah, SK Pusat Kuala Ibai dan SMKA Sheikh Abdul Malek tempat aku mencari ilmu. buat semua guru yang pernah mengajar, terima kasih dan minta halalkan segala ilmu. kuhadiahkan kejayaanku tanda kasih dan cintaku padamu. buat sahabat-sahabat yang bakal menjadi pendidik, semoga dirimu ikhlas kerana itulah yang akan memberikanmu pahala hingga ke akhirat


Dari Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah saw pernah berkata,
Apabila matinya anak adam, akan terputuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara iaitu sedekah amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat
Riwayat Bukhari dan Muslim


Thursday, May 12, 2011

you are my hero

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله 




[tersesat dalam dunia khayalan]


"sudah sudah..jangan menangis lagi," kata dia sambil mengusap lembut kepalaku. kepala kudongak melihat wajahnya yang sungguh tenang, sanyuman diukirkan kepadaku. aku tertunduk malu, masih sempat melihat bajunya yang basah dengan air mataku. sendu masih tersisa.

"kenapa ni? cuba cerita." air mataku mengalir lagi, dia memelukku erat-erat. "menangislah jika ini akan meredakan gelodak perasaanmu. ingatlah Allah, Dia sentiasa dengan kita," kata-katanya ibarat air yang menghilangkan kehausan musafir yang tersesat. lama aku dalam dakapannya. terasa kekuatan yang dihulurkannya meresap kedalam diriku.  

pelukan dilepaskan. kumenarik nafas sedalam-dalamnya, melepaskan keluhan yang berat. terasa beban yang ditanggung semakin hilang. kucuba menghadiahkan senyuman kepadanya, mungkin tidak semanis madu namun tulus ikhlas dari hatiku. dia membalas senyumanku dengan sebuah ciuman di atas kepalaku. kusandarkan kepala di bahunya, dia memelukku erat. dunia terasa indah, awan mendung berarak pergi. burung-burung terbang bebas dan menyanyikan lagu indah.



Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan


teringat kembali saat keputusan UPU dikeluarkan. gagal untuk mendapat course yang diinginkan namun dialah yang menyuntik semangatku kembali. meluangkan masa menemaniku tika  temuduga JPA dan YT. 


Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan





* sangat rindukan abah. sudah sebulan tidak mendengar suaranya
*ma, jangan jeles tau XD rindu ma jugak...rindu semua
*exam oh exam! kaulah buah hatiku *sambil bawa tangan kebahu dan kepala telengkan ke ke kiri dan mimik muka yang "manis"*

Saturday, May 7, 2011

*ucapkanlah*

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله 


ingin sekali aku menyatakan cintaku padamu
namun kelu lidah untuk menyatakan sayang
juga kaku diriku mempamirkan kasih
kerna malu pada yang mendengar
segan pada yang melihat
membayangkan pun sudah merah pipiku
sungguh aku malu...

takkan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung
takkan bermula sesuatu jika tiada langkah pertama
tembok ego harus diruntuhkan
keyakinan diri dibina seteguh-teguhnya
insan yang cemerlang akan melakukan 
bukan mencari alasan

tika kita bertemu lagi
kukumpulkan semangat diri
kubuang jauh malu di hati
pandangan mereka kubiarkan sahaja
kerna inginku sampaikan hajat dihati
agar kau tahu rahsia di hati ini

"ibu, saya sayang ibu"
"ibu, saya rindu ibu"
"ibu, saya cinta ibu"
"ibu, terima kasih ibu"

kau tersenyum membuat diriku begitu gembira
pelukan dan ciumanmu hangat terasa
air mata gembira membasahi pipi kita
aku bahagia......



*semuanya bermula dengan langkah pertama V ^___^ v
*selamat hari ibu buat bonda tersayang, Bunga binti Endot
*hari hari hari ibu, semakin hari semakin sayang *macam iklan fair n lovely la pulak -__-'*