Tuesday, May 31, 2011

tak dapat den nak nolong

أسلام عليكم 
الحمد لله 



"saya tak suka politik!!"
statement dari dulu sampai sekarang, dan masih menyampah dengan politik yang penuh ketidakjujuran. namun hidup sebagai manusia tidak dapat tidak akan terjerumus ke dalam politik, sebagai pemimpin atau yang dipimpin. pemimpin terbaik adalah Rasulullah S.A.W. zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh pula merupakan kerajaan contoh terbaik selepas kerajaan yang dipimpin Rasulullah.

sabda Rasulullah S.A.W “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.” 


kusut kepala memikirkan kejahilan dan perpecahan yang melanda kita hari ini. benar kata-kata Rasulullah S.A.W umat Islam pada akhir zaman sangat banyak namun sangat lemah ibarat buih-buih di lautan luas bila-bila masa boleh dihanyut dan dipecah oleh ombak. insaf dengan diri yang masih lemah, tidak mampu membina peribadi muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim juga negara muslim. 

satu cerita

sedang rancak bercerita tentang revolusi mesir dengan doktor, terkeluarlah statement dari doktorku "all of them are stupid!!". bila kami mengadakan demostrasi mereka menggunakan kekerasan terhadap kami. mereka melepaskan tembakan sesuka hati, katanya tidak merbahaya kerana berada dalam jarak yang selamat tapi saya bukan bodoh, saya belajar tentang semua ini ketika dalam kem tentera. peluru getah pun masih boleh menyebabkan kecederaan inikan pula peluru hidup. mereka berang dengan kami lalu meninggalkan pejabat polis dan melepaskan semua banduan! mereka hanya lepas tangan. 

mereka semua orang tak berpelajaran. kami dipimpin oleh orang yang tak berpelajaran. course medic memerlukan kelayakan sangat tinggi tapi law hanya memerlukan markah optimum. dan sesiapa yang tidak dapat memohon sebarang pengajian dia boleh memilih untuk masuk akademi polis atau tentera. akhirnya kami dipimpin oleh golongan-golongan ini, yang hanya memikirkan DUIT. rasuah berleluasa, undang-undang hanya tulisan, rakyat ditindas.


renungan

entahlah, tak tahu nak cakap. bila difikirkan dan dicompare, pemimpin Malaysia semuanya berkelulusan tinggi dan mantap-mantap. malangnya aku tengok banyak benda yang dilakukan menampakkan kebodohan mereka. rakyat juga, rasanya semua diberi pendidikan yang mantap tapi masih ramai yang dungu. apa masalah kita sebenarnya?? renungi diri tanya iman.

keluarlah dari kotak, lihat sekeliling. jangan tertipu dengan cermin ilusi yang diberikan. rasional dalam sesuatu tindakan, agama sebagai acuan, panduan dan penghayatan, bukan hanya sebagai hiasan. awas wabak WAHAN yang semakin parah!!


p/s: keliru, aku keliru..bercelaru! kejap macam nak post kejap rasa macam kejam tulis macam ni...luahan hati, tak penting untuk dibaca. tapi kalau dah terbaca tu terima kasih sudi luangkan masa ^__^




doakan kami di sini, encik exam sangat setia menanti. tak bagi chance nak honeymoon dengan cik buku dan mr lappy )':