Thursday, June 30, 2011

racun itu membunuh!

السلام عليكم 
الحمدلله

[one-more-to-go]




penah dengar atau tengok benda ni? aku je yang terlewat. mula-mula terbaca pasal racun raacuun ni excited habis, akhirnya boleh jugak layan tv malaysia. package lengkap, serba serbi ada. kusangka panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. tersentak kejap baca yurannya USD 10 sebulan. perghh...aku bukanlah sekaya itu, nak makan pon sengkek T.T *ok, itu tipu* so sape-sape rasa kaya bolehlah melayan benda ni, dan sesiapa yang nak jadi mak dan bapak gula aku untuk menaja benda ni kuterima dengan hati terbuka :p




pesanan 1: ape yang aku merepek ni 
pesanan 2: constipation can cause headache
pesanan 3: baca Quran lagi bagus, tambah pahala :)

babai~

Sunday, June 26, 2011

seruan hatiku

السلام عليكم 
الحمدلله

[two-more-to-go]


maafkan saya ibu, saya sudah jatuh cinta. puas saya menolakknya tetapi godaannya tersangatlah hebat. kata-katanya terlampau manis hinggakan saya mendapat diabetis, indahnya ibarat aurora nun di kutub utara sana. tak dapat saya gambarkan ibu, harap ibu sudi menerimanya.

abah, maaf terlupa nak bagitahu abah juga. bukan nak mengbapak tiri kan abah tapi kita jarang berbicara maka tidak terluah isi hati ini. relakan anakmu ini jatuh cinta ya abah. insyaAllah saya masih mampu menjaga diri ini, berada dalam kawalan Nya setiap masa. redhakan diri ini abah. selamat hari abah, abah. lupa dah nak ucap baru-baru ni. jangan merajuk tau, sayang abah banyak-banyak walaupun hati ini dah terpikat dengan yang lain. abah tetap di tangga teratas :)


awak, kenapa baik kata-kata awak terlampau indah? tak tertahan hati ini menerimanya. sumpah saya dah jatuh hati, tiap hari asyik teringat. kalau boleh tiap masa nak dengar kata-kata awak tu tapi alhamdulillah saya tahu batasnya. terima kasih kepada kak ain kerana telah menemukan kita ^_^




awak semua, 'dia'lah yang saya maksudkan. best kan lirik dia, part paling best dekat course.


babai~






Thursday, June 16, 2011

moon eclipse

السلام عليكم
الحمدلله

[4 more to go]

antara halusinansi, mimpi atau realiti.

sungguh aku keliru, sesuatu yang terakam dalam mindaku ibarat wayang sentiasa bermain di fikiran. sukar untuk menjelaskannya apabila tiada satu bukti yang menunjukkan ianya benar-benar terjadi hanya ingatan yang kabur menjadi saksinya. 

amacam kelas tak ayat tu? terkeliru sebenarnya betul ke terjadi gerhana matahari di Malaysia dalam tahun 1999? bila tanya encik google dia jawab hanya di Perancis, bermakna semua yang aku bayangkan hanyalah khayalan semata-mata? mungkin  memori yang wujud itu hanyalah gabungan kenakalan zaman kanak-kanak dan rakaman video di tv yang akhirnya menjadi sebuah pengalaman yang menakjubkan, bagi aku :)

bukan gila, tapi itulah cara aku. pernah baca cara seseorang menghafal? sesetengah boleh menghafal menggunakan telinga; bermaksud lebih cepat ingat bila mendengar. melalui mata; berdasarkan gambar yang dilihat. dan beberapa lagi, tak berapa ingat, maaf. dan secara konklusinya aku lebih senang menghafal dengan gambar, normal kebanyakan manusia mudah menghafal dengan gambaran. 


jom tengok moon eclipse terbaru, boleh dilihat di India secara penuh dan antara yang paling lama pernah dicatatkan dalam abad ini :) *best tengok live, bersama encik google di youtube. romantik sungguh :p


combination during and after moon eclipse, taken just now from the video ;)





pesanan1: imaginasi membantu kefahaman dan penghafalan
pesanan2: Fussilat [41:ayat 37]

jane~

Saturday, June 11, 2011

marhaban as-siff aka welcome summer

السلام عليكم 
الحمدلله

[two-down-five-more-to-go]


panas! hot! harrr! 

ini baru panas dunia, dah melalak macam orang hilang anak. akhirat nanti panas 70 kali ganda dari ni tau! *tipikal betol ayat ni kan, poyo* tak dapat nak bayangkan nanti puasa kat sini, dalam suhu hampir mencecah  50C selama lebih kurang 15 jam!! DUGAAN. *sekarang baru 33C pon dah merungut, hish*


disebabkan musim panas ni maka nafsu untuk makan tu membuak-buak. kejap-kejap lapo, puas buka peti sejuk tu tapi tak pulak keluar kek ke, nasi ke, mee ke prince charming ke. yang ada hanyalah 3 biji pisang yang dah terlebih masak tapi still boleh makan. nak buang rugi, duit tu makanya terlintaslah idea cekodok pisang. erm tak nak lah dah puas makan benda bergoreng, nak kek!!

maka bertanyalah pada encik google yang baik hati resepinya tapi macam tak menarik je. telur pun dah habis, minyak? sayang la nak guna dah tinggal sikit malas nak pegi beli. anak-anak neuron pun mula bercamtum untuk menghasilkan cik idea bernama "kek el-mauz"

200g butter
1 cawan gula 
2 cawan tepung kek
1 sudu baking powder
3-4 biji pisang
2 sudu susu
1 sudu cuka
1 sudu soda bikarbonate

1. pukul butter dan gula sampai kembang.
2. masukkan tepung dan baking powder yang diayak dan pukul sampai rata. 
3. masukkan susu dan pisang. pukul sampai rata. 
4. campurkan soda bikarbonate dan cuka, tuang dalam adunan, gaul rata.
5. masukkan dalam loyang, bakar kira-kira 20-30 minit, suhu 180 degree
6. dah masak tu silalah ngap :)


senang kan? rasanya agak lain *maveles ah* sebab ada susu, saja tambah sebab adunan nampak macam keras sikit. ikut kreativiti dan inovasi sendirilah nak buat macam mana asal menjadi kek tu. kalau perasan kek ni macam kek red velvet, cuma tukar coklat paste dengan pisang, huahahaha.

baru perasan tak keluarkan lagi post pasal red velvet kan? tanye encik google je la ye :p 

ni bukan kek el-mauz, ni red velvet sempena hari lahir dia ke-20, dah tua lah echah-chan ;p

ni pulak untuk guys, pembakar semangat imtihan 


ni barulah kek el-mauz

malas nak potong comel-comel sebab nanti masuk mulut hancur jugak, huahaha





pesanan 1: hati berdebar-debar menanti si dia~
pesanan 2: asyik mimpi kawen je, ade ape-ape ke ;p
pesanan 3: doa jangan lupa, mumtaz gigians, mumtaz medic, mumtaz ala tulll! love u lah (:
pesanan 4: kita usaha, tawakal hanya padaNya. insyaAllah Dia akan berikan yang terbaik untuk kita, think positive and live positively ^__^

jane~
hidup itu memberi dan menerima 

Friday, June 3, 2011

seth tan punye pasal la ni!

السلام عليكم 
الحمد لله 


hai hai hai...

ye ye exam datang exam datang, esok exam, best *sambil tangan ke dada dan mata keatas* 

bukan nak cerita pasal exam, muak kan asyik sebut exam je, imtihan la pula baru fresh~ officially, bermula esok battle of the year will begin. cuak tu memang ada tapi siapa kisah, masing-masing dah berdebar macam tunggu nak lafazkan akad nikah depan tok kadi. jadual imtihan? 

  • 4/6- dental material (writen)
  • 5/6- dental material (oral)
  • 9/6- morphology (writen)
  • 10/6- morphology (oral)
  • 15/6- anatomy (writen n oral)
  • 18/6- biochemistry (writen)
  • 19/6- biochemistry (oral)
  • 23/6- physiology (writen)
  • 24/6- physiology (oral)
  • 27/6- histology (writen n oral)
  • 3/7- oral histology (writen)
  • 4/7- oral histology (oral)

 macam banyak je kan? saje je tulis jugak oral exam tu, baru GEMPAK, lol. dah bace tu ape lagi, rajinkanlah diri anda doakan untuk saya dan kawan-kawan. exam kali ni serius, dah tak boleh main-main macam tahun lepas *muka serius*


takde niat pon nak update sebenarnye, tiba-tiba TERbuka Hip dekat Berita Harian seterusnya melarat ke blog-blog. TERbaca blog BEN ASHAARI pelik jugak asal bro ni asyik sebut SETH TAN, dalam otak fikir 'oo, bro ni nak cakap setan kot, baru cool'. then direlate plak dengan elena, siapakah?? hati tertanya-tanya encik GOOGLE ada jawapannya...

ghuphenye cerita Nora Elena, dulu ade jugak adik cerita pasal cerita ni tapi tak ambil port, malas nak layan sebab sakit hati dengan TV3, apekes?? coz i cannot watch any drama from TV3 since they use TONTON, buat sakit hati je jadi ahli tapi tak boleh tengok, huh! 

nampaknya plan cuti dah ada, hohoho *gelak gaya shin chan* tak sabar nak layan cerita ni. 

bukan nak tunjuk scene ni tapi nak tunjuk kat cik laile blanket tu.....macam kenal kan??