Tuesday, July 13, 2010

Talib Al Habib - Kalimatan + Translation

salam alaik~!

alhamdulillah, masih sihat dan tak sabar nak balik =D

tajuk: kalimatan
oleh: talib al-habib


كلمتان حبيبتان إلى الرحمن
خفيفتان على لسان
تقيلتان لفي الميزان
سبحان  الله  وبحمده
 سبحان  الله  العظيم

dua kalimah yang disukai Allah
ringan pada lidah
berat ditimbangan
Subhanallah wabihamdih
(kemuliaan bagi Allah dan semua pujian hanyalah padaNya)
subhanallah al-azhim
(kemuliaan bagi Allah yang Maha Perkasa)


maaf kalau ada apa-apa salah.
dah tak tahu nak taip apa
so bye-bye now~!
enjoy this video (^__^)

Saturday, July 3, 2010

princess story

salam alaikum~~

sapa kenal laile sila angkat tangan! angkat kaki sekali pon ok.*muka serius*

kepada yang tertanya-tanya sampai pening siapakah laile, apakah keistimewaan dia sampai saya tulis pasal dia meh sini nak cerita. oppsss, sebelum tu nak warning awal-awal, kalau bosan jangan salahkan saya. anda yang nak baca, bukan saya paksa ;p

laile aka laile saliqin azmi aka laile azmi cantabile...kami berkenalan semasa nak buat pasport selanjutnya di rumbia resort, paka semasa membuat persediaan seterusnya menjadi housemate di sini. sayangnya, jodoh kami tidak panjang apabila dia terpaksa pulang ke Malaysia.*cewah ayat macam hilang laki je, erk...* owh sayangku, kenapa kau tegar tinggalin aku sendirian di sini? hahaha

terkejut ya laile udah pulang? kenapa laile pulang?iyalah..sini gue mau ceritain *sila baca ikut loghat indon ya*

ceritanya bermula pada suatu hari, di zaman milenium ini apabila seorang puteri yang sangat hepi go lucky jatuh sakit. seluruh isi alam meratapi kegeringannya itu. sudah puas dibawa berjumpa bomoh pawang  mahupun doktoran tetapi masih tidak sembuh-sembuh juga. berbekalkan ubat yang dikirimkan dari seberang laut merah itu, dia meneruskan kehidupannya di sini sambil ditemani dayang-dayang yang cantek menawan. 

malangnya, semakin hari si puteri ini semakin lemah. mukanya semakin pucat dan tidak bermaya. puas dayang-dayang cuba membantunya tetapi tidak ketemu jua penawarnya. dia manakah putera dan pahlawan-pahlawan yang sepatutnya menjaganya juga? owh, disebabkan tidak mahu putera dan pahlawannya susah hati, maka mereka tidak diberitahu tentang penyakit tuan puteri ini. 

tatkala semua sedang berjuang di medan perang, puteri semakin gering. maka diputuskan oleh bonda untuk membawa pulang puteri ke tanah air untuk mendapatkan rawatan lanjut. sukar untuk dayang-dayang dan putera serta pahlawan semua untuk melepaskan puteri pergi namun demi keselamatan dan kesihatan puteri hati terpaksa merelakan. sungguh bimbang semua di sini kerana puteri pulang berseorangan dan terpaksa melalui perjalanan yang sangat panjang, dua hari untuk sampai ke tanah air tercinta kerana transit di doha selama 20 jam.

sehari selepas tiba di tanah air, puteri dimasukkan ke dalam wad kerana kekurangan darah. alhamdulillah, setelah dirawat oleh doktoran yang hensem dan nurse-nurse yang cantek kesihatan puteri kembali stabil. sekarang puteri sedang berehat di mahligainya yang indah lagi permai sambil dijaga oleh ayahanda dan bonda tercinta. puteri akan menyambung pengajiannya di UIA insyaAllah.

sekian terima kasih.

untuk cerita lanjut, sila klik di sini

sesungguhnya dalam hidup ini tiada apa yang kekal. hanya Allah yang Esa kekal selamanya. maka ikhlaskan hati kerana setiap pertemua akan berakhir dengan perpisahan. semoga pertemuan dan perpisahan ini diberkati Allah dan di bawah redha dan rahmatNya. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”                                         Riwayat al-Hakim


Wednesday, June 30, 2010

bored~!

salam alaikum...

alhamdulillah....semua dalam keadaan selamat :)

exam dah habis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
exam dah habis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehe. tu la perkataan yang saya tunggu-tunggu.

bila tengah exam, sibuk nak buat ni tu..ada-ada je kerja nak dibuatnya. bila dah habis, semua idea melayang. baru sehari habis exam dah kebosanan.=.='' sape-sape rasa ada idea nak kongsi dengan saya boleh la hubungi saya di no +20115044 tekan-tekan tak dapat. teehee

maaf sebab merepek je kejenye..hehe. dah jumpe, siap tengok dah citer yang saya nak tengok sangat time exam ni "hum saath saath hain" so lovely, suka sebab citer ni simple je pasal hubungan kekeluargaan, takde yang merepek. tu yang penting! semua lagu dalam tu suka sangat. layan la yer~~

orang selalu tanye, camne exam?
ni ha citernye...

ni lah kami..14 orang je. knape ad 12 je dalam gambar? owh2..sorang tu arief, ntah pegi mane, lagi sorang tu saya...tukang amik gambar ni..:D

ni adalah masa menunggu giliran untuk oral exam a.k.a. shafawi genetics. gambar bilik exam tak sempat nak snap. kami dikira beruntung sebab bilik exam tu hanya menempatkan kami 14 orang sahaja + ada aircorn. sukanya-sukanya MySpace *takleh blah ;p*


#notataip: lega exam dah habis tapi berdebar tunggu result..dubdap dupdap. lagi berdebar dari tunggu result spm kot..hehe..tawakal kepada Allah, insyaAllah semuanya ok..amin.


Ingatlah sahabat, kita hidup berpijak dibumi Allah Taala, berbumbungkan langitNya, menjalani kehidupn dengan pancaindera kurniaanNya, malah kehidupan kita adalah milik sepenuh dariNya.Tiadalah sesuatupun berasal daripada kita, namun sukarnya kita mensyukuriNya, bila dilanda musibah asyik tidak puas hati dengan ketentuanNya. Ketahuilah, kita adalah hambaNya, dan Dia adalah Tuhan kita~Tiada hak untuk kita persoalkan segala takdirNya andai kita berimankanNya.
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Tuesday, June 22, 2010

Mariah Carey - Hero [Lyrics]



i dedicate this song to all my friends
be strong
never give up in our life

life is short
make it simple
and enjoy it
but never forgot our duty
as His servant


a post about my friend
not a word to express my feeling
not a song to tell you the story
it will be gone..gone

i wish i can stop the time
and we could have time
create our own world
world full of joy and happiness
true love
true friendship
i'm gonna miss u


*3 paper left...pray for our success
*so so emo  =.=''

Friday, June 4, 2010

macam-macam ada!

bismillahirrahmanirahim..

salam alaikum..

okes, kali ni kite terus ke point, takde lagi belok sana belok sini, hahaha

1. sanah helwah ya gamilah




tarikh: 29/5/2010

tempat: welatin

masa: lepas asar sebelum maghrib

yang diraikan: aisyah mohd akil

setelah diplan beberapa hari, kami sambut bday aisyah di luar sahaja sebab malas masak *actually x sempat sebab semua sibuk nak exam* alhamdulillah,semuanya berjalan mengikut perancangan, dapat bonus lagi naik boat menyusuri sungai nil di waktu matahari terbenam...*bayar 3LE ye*

hepi bday mek chah :p

welatin dari atas bot ~~

ini KAMI....love u!!

#mansoura#

just a nice view, x sangka mansurah ni cantekk jugak! haha

sunset view from nile river ^^

p/s: 29/5 jugak merupakan hari lahir mohd asyrafuddin, my beloved.............brother, muahahha MySpace


Monday, May 24, 2010

exam vs cairo

salam alaikum..

sangat sibuk sekarang. praktikal exam sedang berjalan, writen pulak start 12/6. semua kene cover, sampai tak terbaca semua :(


 Seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, iman itu dinding taqwa. sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan, dilawan pun jangan, dididik perlu, diasuh mesti. Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala2nya. Yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu.
dalam sibuk nak exam, sempat lagi pergi cairo baru-baru ni. bukan saja-saja tapi nak selesaikan masalah pertukaran course. nama termasuk dalam kuliah medik, kene la tukar balik. lecehnye..sampai sekarang belum selesai =.='' berurusan dengan arab memang macam tu, sabar je la.

first time pergi cairo kami (saya, intan, farihah) naik bas. 10LE je harga tiket, ambil masa 2jam setengah. time ni senang sikit sebab ustaz kamal a.k.a "abah" bawa kami ke embassy, kemudian belanja makan!! syok habis..hehe. + ustaz pun belanja tiket balik tau!! jangan jeles ye...


terima kasih ustaz ^_^,
*lain kali saya pau ustaz lagi yer :p*

second time pergi cairo kami (saya, intan, asyraf) namakan perjalanan kami .................... *xdapat idea lagi* bermula di syaima', kami menaiki teksi ke mahatob seterusnya naik train ke cairo *sangat lambat, lagi laju bas..so lepas ni kalau nak cepat naik bas yer XD* seterusnya kami menjelajah cairo menaiki teksi. pusing punya pusing sampai pening, si pemandu teksi ni pon tak kenal manakah letaknya embassy. mesyuarat teksi segera dijalankan dalam teksi yang membawa kepada penurunan kami di hadapan masjid mustafa mahmud. *25LE melayang~~* dengan kepandaian mushrif kami, sampailah kami di embassy yang hanya terletak bersebelahan masjid tu.

owh, masalah belum selesai! pegawai tak boleh tolong. jom pergi wafidin, mencuba nasib. naik tesi lagi. lamanya, trafik jam!! *tido la dalam teksi, letih sangat* percaya tak, wafidinnya sangat kecil *dan buruk, macam muzium bak kata kawan saya* jumpa madam huda, dia cakap tak boleh bayar lagi :(   kami decide untuk stay sehari lagi di cairo. esoknya jawapan masih sama, tak boleh bayar lagi!!! semoga masalah ni cepat selesai, amin...MySpace

apa yang saya discover??
  1. dah tahu cara nak jimat duit di cairo, naik metro untuk ke mana-mana ;)
  2. metro antara simbol kemajuan mesir. *metro lebih kurang LRT* 
  3. kalau naik teksi di cairo tanya dulu harga n pastikan mereka tahu destinasinya
  4. memang kene sabar berurusan dengan arab
  5. jangan lupa bawa mushrif ke cairo, sebagai langkah keselamatan :D
  6. lepas ni nak pergi lagi, sape nak ikut????

sempat shopping di pasar berhampiran wafidin sebelum balik ke mansurah. ni tangga untuk masuk ke metro

#lupa pula nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat#

p/s: doakan saya dan rakan GIGIANS yang lain, semoga kami mumtaz tanpa dhur thani
maaf dipinta kalau ada apa-apa kesalahan yang saya buat terhadap anda

tambahan: baru je balik dari cairo untuk kali ke-3. letih!!!

Saturday, May 22, 2010