sangat sibuk sekarang. praktikal exam sedang berjalan, writen pulak start 12/6. semua kene cover, sampai tak terbaca semua :(
Seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, iman itu dinding taqwa. sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan, dilawan pun jangan, dididik perlu, diasuh mesti. Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala2nya. Yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu.
first time pergi cairo kami (saya, intan, farihah) naik bas. 10LE je harga tiket, ambil masa 2jam setengah. time ni senang sikit sebab ustaz kamal a.k.a "abah" bawa kami ke embassy, kemudian belanja makan!! syok habis..hehe. + ustaz pun belanja tiket balik tau!! jangan jeles ye...
terima kasih ustaz ^_^,
*lain kali saya pau ustaz lagi yer :p*
second time pergi cairo kami (saya, intan, asyraf) namakan perjalanan kami .................... *xdapat idea lagi* bermula di syaima', kami menaiki teksi ke mahatob seterusnya naik train ke cairo *sangat lambat, lagi laju bas..so lepas ni kalau nak cepat naik bas yer XD* seterusnya kami menjelajah cairo menaiki teksi. pusing punya pusing sampai pening, si pemandu teksi ni pon tak kenal manakah letaknya embassy. mesyuarat teksi segera dijalankan dalam teksi yang membawa kepada penurunan kami di hadapan masjid mustafa mahmud. *25LE melayang~~* dengan kepandaian mushrif kami, sampailah kami di embassy yang hanya terletak bersebelahan masjid tu.
owh, masalah belum selesai! pegawai tak boleh tolong. jom pergi wafidin, mencuba nasib. naik tesi lagi. lamanya, trafik jam!! *tido la dalam teksi, letih sangat* percaya tak, wafidinnya sangat kecil *dan buruk, macam muzium bak kata kawan saya* jumpa madam huda, dia cakap tak boleh bayar lagi :( kami decide untuk stay sehari lagi di cairo. esoknya jawapan masih sama, tak boleh bayar lagi!!! semoga masalah ni cepat selesai, amin...
apa yang saya discover??
- dah tahu cara nak jimat duit di cairo, naik metro untuk ke mana-mana ;)
- metro antara simbol kemajuan mesir. *metro lebih kurang LRT*
- kalau naik teksi di cairo tanya dulu harga n pastikan mereka tahu destinasinya
- memang kene sabar berurusan dengan arab
- jangan lupa bawa mushrif ke cairo, sebagai langkah keselamatan :D
- lepas ni nak pergi lagi, sape nak ikut????
sempat shopping di pasar berhampiran wafidin sebelum balik ke mansurah. ni tangga untuk masuk ke metro
#lupa pula nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat#
p/s: doakan saya dan rakan GIGIANS yang lain, semoga kami mumtaz tanpa dhur thani
maaf dipinta kalau ada apa-apa kesalahan yang saya buat terhadap anda
tambahan: baru je balik dari cairo untuk kali ke-3. letih!!!
No comments:
Post a Comment