Monday, January 10, 2011

2011

bismillahi walhamdulillah

selamat tahun baru \(^_^)/  dah bertambah umur *hilang 1 tinggal dua je :(* makin matang?  entah, sedang berusaha menjadi lebih matang dan rasional. chiok!! tak sangka dapat hidup sepanjang ni, moga kita diberi umur yang panjang agar dapat terus perhambakan diri pada Sang Pencipta. terasa baru semalam habis SPM, baru tadi berpisah dengna keluarga T.T *homesick!!*

tukar layout lagi, dan lagi...

pokok kelapa ingatkan aku tentang di sana
tempatku mula mengenal dunia yang fana pernuh gersang
mereka yang mendampingiku sentiasa
awan biru yang berarak mengikut tiupan angin
pantai yang bergelora tika sampai saat dan ketikanya
sawah padi yang dipenuhi lalang dihuni burung-burung
hanya tinggal memori berbalam-balam dalam kotak fikiran
ingatkah aku lagi pada suara ombak membelah diri
sinaran mentari memancar terik membahang
gelak tawa mereka yang kusayangi dan kurindui
wajah-wajah yang memberi kebahagiaan dalam diriku
pada saat dan ketika ini ketahuilah bahawa aku rindu padamu
nantikan aku datang kepadamu~

mencari spirit yang hilang dalam kecelaruan dalam diri~

..............................................***...........................................................***..............................................


 "kenali diri , anda akan kenal semuanya" ayat kontroversi~ baru saya tahu ayat ni sebenarnya dah lama wujud, cuma diubah sedikit dari yang asal "man arafa nafsahu arafa Rabbuhu" ~ siapa yang kenal dirinya dia akan kenal Tuhannya~ bila kita kenal diri, kita tahu tujuan kita hidup *innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin* kenapa kita diciptakan * Dan tidaklah Aku ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaKu -Adz Dzuriyat: 56* semua dah pandai kan jadi sama-samalah kita muhasabah diri kita :)

jkkk

Friday, December 31, 2010

surat cinta

Assalamualaikum...

Apa khabar? Awak sihat ke? kita kat sini sihat J camne study? Exam dah dekat kan LJangan tension-tension, kita ada, tapi Allah sentiasa ada. rindu awak!

Kita tak pernah hantar surat kat awak kan? Sebab kita rasa dah lapuk,hehe.. tapi kali ni kita tulis sebab kita nak buat kelainan sikit.. variasi tu penting kan kan ;p

Sedar tak sedar dah masuk dua tahun kita kenal. Rasa macam baru semalam kita jumpe, berkenalan, dan jadi kawan..erm, saya lebih suka perkataan sahabat  sebab Nabi s.a.w takde kawan tapi ada sahabat, orang yang paling rapat dan boleh dipercayai. Harap kita bersahabat hingga ke syurga, insyaAllah.

sekarang kita jarang jumpa, masing-masing sibuk hal sendiri. Bila jumpa pulak selalu je nak cepat-cepat, sedihnye T.T dah tak boleh nak borak-borak, tanye perkembangan masing-masing. Awak sakit ke, dalam susah ke mesti kita tak tahu. Kejam betul kita ni, maaf ye awak. lepas ni kita akan cuba luangkan masa dengan awak, walau seminit tapi jika berkualiti itu lebih penting.

Kadang-kadang bila jumpa awak kita rasa macam janggal sebab kita dah lama tak cakap, dah tak mesra. Kita rasa pelik sangat, macam baru mula-mula kenal dulu,segan! baru-baru ni kita blogging pastu kita jumpa satu artikel pasal komunikasi. Rupanya itulah punca kita jauh, kita kurang komunikasi. Bukan borak kosong tapi cara kita berkomunikasi, kita berinteraksi tu kurang betul. Dalam tu ada cakap tak perlu waktu yang lama untuk berkomunikasi , asalkan penyampaian kita jelas dan cara penyampaian itu diterima pihak lain itu dikira komunikasi berkesan.

Mungkin kita ada tersalah kata tersilap bicara dekat awak, kita minta maaf sangat-sangat. Kita mungkin leka dengan benda lain sampai kadang-kadang kita tak terlayan awak. Mesti awak rasa kecil hati kan, sebab kalau orang lain buat camtu kat kita kita pon akan rasa sedih. Sekali lagi kita minta maaf tersangat.  

Pastu dalam satu lagi artikel kita jumpa pasal berlapang dada dalam bersahabat. Kita terima kawan kita seadanya, itulah peringkat berukhuwah paling rendah. Kita sendiripun tertanya-tanya adakah diri kita sudah sampai di peringkat ini? diri kita memang tak kuat, tapi kita cuba untuk mencapai sekurang-kurangnya peringkat ini.  Darjat yang paling tinggi adalah sanggup melebihkan saudaranya lebih dari diri sendiri, contohnya dalam persaudaraan muhajirin dan ansar. Saudara ansar sanggup menyerahkan sebahagian hartanya kepada saudara muhajirin, malah ada yang sanggup memberikan isteri dan anaknya untuk dinikahi saudara muhajirin. Subhanallah, sungguh mulia dan tingginya nilai persaudaraan dalam diri mereka. Kita harap kita dan awak boleh capai tahap ni,biiznillah insyaAllah.

Awak tahu tak, kita rasa kita nak perbaharui persahabatan kita. Sejak kita baca novel sinergi kita rasa persahabatan kita kurang sesuatu iaitu iman. Sinergi, kau aku dan iman; 1+1=3. Kita admire sangat dengan watak-watak dalam tu, mungkin itu hanya khayalan tapi penulis tu (hilal asyraf) mengaku bahawa dia punyai sahabat seperti itu. Hasil tarbiyah selama berada di matri melahirkan ukhuwah yang sangat mantap antara mereka, persaudaraan atas dasar keimanan. Kita harap kita dapat membentuk ukhuwah ini dengan awak juga, insyaAllah.

Tak sabar rasa nak jumpa awak semula. Rindu sangat-sangat.  “jika kau jatuh ke dalam neraka akan kuhulur tangan untuk membawamu bersamaku ke syurga”


 sahabatmu yang tercinta,

uhibbukifillah      



*tengok sini, juga sini :D*
*terasa gedik giles guna ganti diri "kita'',ngeh3*
*buat sahabat2ku, uhibbukum fillah abadan abada :D*
*rindu sahabat2 di Malaysia dan di mana sahaja, juga sahabat di Mesir! beit yokies!beit muslimah!gigians!!~padahal hari2 jumpe, gediksnye...hehehe*


Monday, December 20, 2010

caramel cake

[post ni ditulis 19/12 tapi sebab ada sedikit mushkilah so lambat skit post..ngeh3]

today is special day because it is my mom birthday. unfortunately until now i  still didn't wish to her. sorry ma, line tnet keok *bahase trg ke?* maybe tomorrow, just wait n see..hehe

since ma love to eat caramel  cake*kakak bgtau, ntah btol ke tak* so i baked it. first trial, not bad...



bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas 
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1.
Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi. 
3. pukul bahan (C) (pukul kuning telur+air+minyak sampai putih. then masuk gula n pukul sampai kembang. pahtu masuk tepung+baking powder)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...(merigue or soft peak)
5. campurkan adunan (D)ke dalam (c) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n ltak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling (waterbath) - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

source: klik sini


seems complicated right? just follow the steps, easier... i make it traditionally, using hands for beating because where there's a will, there's a way. try try but don't cry!! chaiok2!!


menjadi jugak~Alhamdulillah~

lagi gambar? sini2 :)
juga tak lupa bday my sweetheart cik star... selamat datang ke dunia 19 tahun..love u fillah MySpace

Tuesday, December 14, 2010

sengal =.=


[bismillahi wallhamdulillah]

soalan-soalan ni dah lama ditag sis ruby. 
jom kita main-main kejap, hilangkan ngantuk hilangkan sejuk ntah berape degree ni dengan soalan-soalan hangat lagi hangit...hehehe 


1.HOW OLD ARE U?
19 years 4 months... muda lagi kan kan kan

2)ARE U SINGLE?
a'ah..sape yang berkenan tu masuk la meminang *siyes2 ;p*

3)AT WHAT AGE DO YOU THINK U'LL GET MARRIED?
agak2 bile kakak2 saya semua kawen? lepas diorang baru saya, klu tak nanti diorang mintak bayar ape ntah sebab langkah bendul..tak hingin i~

4)DO YOU THINK YOU WILL BE MARRYING THE PERSON YOU ARE WITH NOW?
who is with me now?????? *curious jugak ni cz tengah duk sorang2 dalam bilik nih...seram la plak rase..*
5)IF NOT, WHO DO YOU WANT TO MARRY?
 BSJ aka Kim Hyun Joong *nods*

6)WHO WILL BE YOUR BRIDEMAID AND BESTMAN?
sebab kawen ngn BSJ kan, so bride maidnye mestilah Yuna SNSD. bestman plak Lee Min Ho aka Goo Joon Pyo 

7)DO YOU WANT A GARDEN OR BEACH OR TRADITIONAL WEDDING?
traditional of course.. i nak pakai baju wedding trad korea..nak jugak tengok BSJ ngn GJP pakai baju melayu..mesti hensem habis^^

8) WHERE DO YOU PLAN TO GO ON HONEYMOON?
anywhere~ tak sempat den nak pikir..hehe
nantilah lepas kawen kami bermunaqasyah..then we'll tell u

9)HOW MANY GUEST DO YOU THINK U WILL INVITE?
if possible all... especially beggers, palestinians and hunggers...kesian diorang mesti tak penah makan makanan yang sedap2. buat ape ajak presiden or orang atasan, susahkan i je..lagipon nanti bukan i yang dirai tapi diorang, menyampah~

10)WILL THAT INCLUDE UR 'EX'ES?
 kejap nak buat pengumuman.. TO ALL MY 'EX'ES U ARE INVITED TO ATTEND MY WEDDING AT DREAMLAND NOW.. sekian terima kasih

11)HOW MANY LAYER OF CAKE DO YOU WANT?
2 layer cukup tapi nak baron punye. pastu saiznye lagi besar lagi bagus..biar semua jemputan i boleh rase, takde la terkilan i nak tengok mereka gembira..

12)WHEN DO YOU WANT TO GET MARRIED? MORNING OR EVENING?
lepas subuh? *nods* so takde la orang tido lepas subuh cz attend wedding i. kan tak bagus tido lepas subuh rezeki hilang~ meh datang wedding i, tak pelu bawak hadiah dapat makan free gitu

13)NAME THE SONG/TUNE U WOULD LIKE TO PLAY ON YOUR WEDDING DAY?
one more time..my hubby BSJ yang nyanyikan. romantiknye hubby i 

14)DO YOU PREFER FINE DINING OR JUST FORK AND SPOON? KNIFE?
pakai tangan tuk makanan masia, nak ajar hubby i ikut sunnah..hehe. then pakai chopstick tuk makanan korea *pandai kan i,hohoho*

15) CHAMPAGNE OR RED WINE?
erk... red sky juice+selasih or pink sky juice+cincau *bandung cincau la*

16)HONEYMOON RIGHT AFTER THE WEDDING OR DAYS AFTER THE WEDDING?
ikut hubby i la.. dengar cakap suami baru jadi isteri solehah :D

17)MONEY OR HOUSEHOLD ITEMS?
semua tu i dah ade...bagilah kasih sayang yang setulus hati dan bimbinglah ke arah redhaNya

18)HOW MANY KID WOULD U LIKE TO HAVE?
as many as possible..Nabi suruh ramaikan ummat n didik mereka dengan didikan agama yang sempurna agar jadi mata rantai perjuangan Baginda S.A.W

19)WILL YOU RECORD YOUR HONEYMOON IN DVD/CD?
no need la... *blushing*

20) WHOSE WEDDING PLAN U WOULD LIKE TO KNOW NEXT?
curious nak tahu pasal cikstar...moh kite pakat tengok camne cikstar handle soalan ni...ngeh3


bonus untuk pembaca...memperkenalkan my hubby BSJ V(^.^)V

 
ni pulak keluarga mertua i~~

 sekali dia dah kawen dengan Oh Ha Ni  T.T


tahap sengal yang tertinggi rasenya jawab soalan ni.... MySpace 

owh, الشتاء aka winter kali ni paling sejuk.. pernah mencecah 5 darjah Celsius. ni barulah oversea namenye..hihi. syukur tak sejuk melampau macam europe. semalam hujan hampir seharian, teringat malaysia. bab paling tak suka jalan semuanya becak :( 


Tuesday, November 30, 2010

nak bagi tajuk ape ye?? takde idea ni :D

salam sejahtera buat semua (^_____^)v

jadual tahun ni memang mencabar, kelas 6 hari seminggu, jumaat yang penuh dengan aktiviti, bila masa nak rehat? hahaha...poyolah, banyak je masa senggang sampai sempat tengok 3 drama :p tak payah cakap takde masa sebab masa sentiasa ada, bergantung pada kita nak gunakannya untuk apa dan kenapa. bila masa terluang kata bosan takde keje tapi bila dah banyak kerja kata menyusahkan.

 *nyanyi lagu raihan*
ingat lima perkara sebelum lima perkara,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
sihat sebelum sakit, 
hidup sebelum mati...

apasal bold sihat sebelum sakit jugak?? ha ni nak cerita... abah sekarang demam + darah tinggi. berkaitan kan kan... mungkin bagi sesetengah orang biasa la, penyakit orang tua tapi sebelum ni abah takde sakit camni. setakat demam tu pon jarang-jarang je tapi sejak disahkan ada darah tinggi kerap juga abah sakit kepala +demam. sedihnya tak boleh nak jaga abah T.T  minta maaf abah, orang tak dapat jaga abah, tak dapat ingatkan  abah makan ubat, tak dapat tolong abah buat kerja, macam-macam lagilah. semoga abah dan ma sihat dan dalam jagaan dan rahmatNya sentiasa.

ni yang terbaru, raya haji baru2 ni...syahmi mintak air dengan abah :D


agak homesick bila terkenangkan ma abah. 
bulan 12 dah nak exam, studynya belum :(( terlebih vitamin M dalam study tapi terkurangnya dalam tengok cerita..adei, ubahlah!! 

Manusia dianggap KEDEKUT bila tidak ada masa untuk BERIBADAH sedangkan Allah SWT tidak pernah kedekut memanjangkan usianya, ia juga dikira RUGI bila tidak beramal sedangkan Allah akan anugerahkan kepadanya PAHALA berlipat kali ganda jika ia BERAMAL walau sedikit

Friday, November 19, 2010

eid adha @.@

walaupun hari ni dah masuk raya ke-3, tapi masih belum terlambat rasanye untuk mengucapkan salam aidiladha...kullu am wa antum bikhoir

ni tahun kedua raya kat perantauan. nasib baik duduk kat mesir, tempat majoriti muslim jadi takde masalah dari segi sambutan. malahan sambutan kat sini lagi meriah! kesian dekat sepupu yang belajar kat republic Czech, hari raya tu pon masih ade kelas... inilah dugaan, baru namanye belajar overseas..hehe.

raya tahun ni sangat meriah, bermula dengan open house kat rumah kak asma n pidah then house warming kat rumah saya dua hari sebelum raya seterusnya solat raya, sembelihan dan majlis hari raya tiga hari berturut-turut. raya pertama open house rumah zee n yana, dentist-classmates, next day rumah beit muslimah n rumah kak husni n jaa. today we had MAWAR, majlis aidiladha dan walimatul urus untuk 4 pasangan; kak asma n pidah; kak husni n jaa; kak akma n husband; last but not least newly-freshly-yesterday married-couple, kak husna n zaim. barakallah daiman =) hectic days! 

now i'm gaining weight! just in one day i gained 1 kg!! i'm getting chubby T.T budak montel!! going to diet, maybe =.=''


peace no war...
salam alaik

Tuesday, November 9, 2010

25 things

i'll make it short ok!

1. suka sangat mencuba dan selalu curious... kalau boleh semua benda nak cuba sama ada jadi pengemis, perdana menteri,etc ... satu lagi nak cuba sangat semua makanan, kawan-kawan cadangkan jadi hos jalan-jalan cari makan sebab saya makan segala benda, asal halal..

2. berangan nak jadi macam mahadhir luqman, pandai banyak bahasa...nak pandai english (dah 15 tahun belajar tapi masih tak pandai T.T), arab, perancis, mandarin, kantonis, korea, jepun,etc..agak-agak kalau ada bahasa elien belajar tak? =.='

3. suka baca novel tapi kedekut nak beli...rela pinjam dari kawan atau pujuk kakak beli..pandai~

4. tak suka politik, berpolitik dan sewaktu dengannya. sering tertanya; kenapa mereka sibuk nak bergaduh? Rasulullah dah ajar cara nak tadbir negara, piagam madinah tu kan piagam pertama, kenapa tak ambil contoh dari situ? Al-Quran dan hadis panduan, kenapa tak ikut? pemimpin sekarang ni #@^&@!!! sibuk ikut telunjuk orang~ *maaf, teremo pulak*

5. dulu tv sahabat sehidup semati sekarang tukar laptop. makan tido belajar semua dengan laptop...*shairah, jangan jeles eh^^* 

6. serius suka dengar lagu, especially nasyid english sebab nasyid melayu sekarang cintan cintun je lebih... jumpa lagu baru, best...klik

7. nature lover? boleh la... suka kampung, sebab tu sekarang pon belajar pon kat kampung je. nasib baik tak boleh terjun sawah, kalau tak dah lame...hehe

8. dentist-to-be, insyaAllah dalam masa 4 tahun lagi...doakan semuanya lancar =D

9. dulu obses dengan gigi dan gelaran doktor. mak suruh jadi doctor (pakar O&G) tapi sibuk nak jadi dentist..asal ade dr kat depan tu jadilah, mak kata..love u mom!

10. tak suka duduk sorang-sorang, bosan! 

11. blog ni sebenarnya khas untuk famili, tapi mereka tak baca pon T.T

12. cita-cita nak mengelilingi dunia tapi sampai sekarang malaysia pon belum habis, malah terengganu tu pon banyak lagi yang tak dijelajahi :(

13. masa duduk rumah sibuk nak balik mesir, bila dah sampai homesick pulak...betul-betul tak hargai apa yang ade depan mata, huh!

14. first time naik kapal terbang sangat teruja...masih ingat tarikh, 23 september 2009 dari KT-KL naik MAS

muka-muka yang still innocent :p

15. anak ke-6 dari 9 adik beradik, ade 4 kakak, sorang abang, 2 adik lelaki dan adik bongsu perempuan...semua dah berpunye, termasuk saya!! haha *statement kontroversi*

16. suka bercakap bila ada mood, suka nyanyi bila bad mood..lalalala

17. pandai berlakon, so mana-mana pengarah yang perlukan heroin sila call saya ^_~

18. sangat tak faham dengan diri sendiri. bila fikiran kata camni, hati kata camtu tapi tubuh buat yang gitu-gitu...fenim-fenim

19. sangat-sangat benci untuk membuat pilihan. kalau boleh semua orang tolong pilihkan, bagi je apa-apa saya terima..hehe

20. ternanti-nanti bilakah kakak-kakakku akan memberi anak buah...nak kata diorang takde pakwe, ade je...entah apa lagi yang ditunggu, kawen je lah oi!

21. tak takut katak tapi geli... tahun lepas bedah katak yang dah pengsan tapi tahun ni yang fresh, siap lompat-lompat! ma tolong...gelinye

 22. berkawan je dengan semua tapi kawan rapat adalah shairah, syuhada, hazirah, famili beit yokies (intan, ah, laile, liya) n beit muslimah (kak darl, kak muni, anna, echah) uhibbukum kullu fillah abadan abada :)

23. sangat susah mengingati nama...maaf kalau ada sesiapa yang saya tak ingat namanya. tak ingat nama tak bermakna saya lupakan kalian...kalian tetap dalam ingatan, sebahagian dari memori dan sejarah hidupku 

24. ada yang tahu ade yang tak tahu sebenarnya saya pelat.. untuk cover benda tu saya belajar bahasa baku so sampai sekarang masih pekat bahasa baku tu, bukan mengada atau sengaja tak nak cakap terengganu..saya pure terengganu!!

25. insyaAllah akan buka klinik gigi, restoren, kedai dan kilang satay... ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan?? 

sekian 25 perkaranya...maaf jika ada salah silap. tag ini terbuka kepada sesiapa yang punyai kelapangan masa dsn keraajinan yang tinggi untuk menaip. tafaddal mashkura~

kepada yang terpilih, anda diminta untuk menjawab tag ini dalam kelapangan waktu yang ada...ini bukan satu arahan :]
*sis ruby: jawab bila dah habis exam ye...all d best in ur exam
*laile cantabile: just wanna know u better...i miss our moments, the way u eat n how cheerful u r thats make beit yokies alive with laugh and happiness
*kak dalila: saya tahu kak darl sibuk, tapi kalau ada masa dan kerajinan buatlah...
*asyraf: ni special request! kami nak tahu cerita tu...hehehe