Thursday, July 4, 2013

dari kaca mata pemerhati



apabila yang haq ditentang
kebatilan menawan hati kesumat
bicara apa saja telinga dipekakkan
bukti kebenaran hanya jadi bahan ketawa
asal saja bukan agama yang dibawa
akan diangkat menjadi perwira

Islam yang kau anuti hanyalah sekadar nama
Islam yang kau percayai bukanlah dasar hidup
Islam yang kau fahami hanyalah kemunduran
kerna kau hanya mengharapkan dunia
tidak mahu berusaha sehabis daya
gopoh mencapai kekayaan
hingga tidak sedar diri dipergunakan

kau sombong dan pentingkan diri
kau lupa saudara-saudara seagama
Syria dan Palestin yang menjadi tetanggamu
harapan mereka yang cerah kini malap
kian sempit dan tertindas angkara kamu
kau tutup pintu bantuan buat mereka
kau jatuhkan perwira mereka
hanya kerana kebodohan dan kesombongan kau
maka bergembiralah Amerika dan Basyar

setahun lalu kau berpesta meraikan kemenangan
kejayaan menjatuhkan rejim yang menekan
katamu inginkan demokrasi dan reformasi
membawa negerimu ke arah baru
presiden pertama berjaya kau lantik
dalam pilihanraya yang sah tanpa sebarang korupsi
namun kau biarkan dia bergerak sendirian
tanpa ingin kau berganding bahu membantu
kerjamu hanyalah mencaci dan menghina
goyang kaki sambil hisap shisha
masalah yang berlaku kau salahkan dia
kekacauan yang berlaku kau turut serta
menuduh tanpa bukti mengeji tanpa henti
sudah sebati menjadi diri


kini setahun pemerintahannya
sungguh tidak sabar menanti janjinya
masalah harian menekan jiwa
bangkitlah kau menuntut janji yang dipatri
atas alasan kegagalan memajukan negara
kau gulingkan dia menjadi pesalah berbahaya
maka berpestalah kau sekali lagi
dengan kebodohan diri yang bermaharaja
merelakan diri menjadi boneka
kau masih di takuk lama
mindamu masih dengan kenangan lalu
lalu ingin kau kembali ke masa dulu
agar kau boleh berbahagia dalam derita

#sedih tengok rakyat mesir bergembira bila mursi dijatuhkan

#moga akan lahirlah Mursi Juniors untuk membangunkan kembali Mesir


actually nak post benda ni. Ucapan Dr Mursi

 Sesungguhnya, Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat, Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini, Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera, Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat, Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga, Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala, Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata, Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama, Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja, Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja, Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman, Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama, Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah Islam bagiku, Kaffah menyeluruh, Kita bukan Islam biasa-biasa. Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita, Segala macam korupsi yang ada, Apakah dianjurkan islam? Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar, Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan, Apakah itu yang islam anjurkan? Itulah yang mahu aku baiki, Untuk semua rakyat di negara ini, Kita ada agama yang memimpin hidup kita, Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita, Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini, Aku mengetahui batasan aku, Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara, Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku, Bersama-sama kita bangunkan negeri ini, Jika tidak ada sokongan kamu, Aku tidak akan berada di sini, Ku hanya memohonkan sabarmu, Ku hanya memohonkan komitmenmu, Ku hanya memohonkan bantuanmu, Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, Kerana ianya bukan hak mutlak diriku, Dia adalah milik kita bersama, Tetapi keadaannya tidak demikian, Kau malah menuduh aku bermacam-macam, Sikapmu yang tidak sabar, Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu, Untuk membantu perjuanganku ini, Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya, Maka aku hanya berpegang dengan taliNya, Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini, Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.

p/s: doakan yang terbaik untuk Mesir. 

Tuesday, June 11, 2013

vaksin, perlu atau tidak?

salam alaik...





kecoh je dekat fb ni dengan isu vaksin aka vaccine. aku pun tak pandai dalam bab ni sebab ini bukanlah bidang aku, aku hanyalah a-dentist-to-be insyaAllah. so silalah baca ini untuk keterangan lanjut.

sikit je aku nak kongsi pengalaman aku dengan vaksin. sejak aku lahir aku dicucuk vaksin. mak aku sangat komited dengan kesihatan kami so dia tak pernah miss sebarang appointment untuk cucuk vaksin dekat aku. ya, walaupun mak aku takde lah nak belajar sampai universiti tapi dia percaya dengan kata-kata doktor dan jururawat. bagi dia mereka lebih pakar dalam bidangnya dan dia hanya akan mengikut kata pakar.



dan kini selamatlah aku membesar dengan sihat. membesar sebagai seorang anak gadis yang sedang mengembara mencari ilmu, demi menunaikan impian dan harapan mak untuk jadi seorang doktor. *katanya nak mintak aku ambik obg tapi since aku request nak jadi dentist dia luluskan aje, katanya asalkan ade DR kat depan boleh la...*

kesimpulannya, sebelum ambil sesuatu keputusan silalah rujuk kepada pakar. fikirkanlah sebaiknya sebab ini melibatkan nyawa anak anda yang tidak bersalah itu. lagi bagus kalau anda dapat buat kajian dan bandingkan sendiri kesihatan orang yang tak ambik vaksin dengan yang ambik. apa pro n cons, bukan setakat baca.




Sunday, June 2, 2013

krek krek krek

tengah malam, semua tidur.




......





......










putih-putih melati
merah-merah delima
bila dah habis studi
hati ku kan bahagia....



Wednesday, May 29, 2013

me and exam



alhamdulillah. selesai praktikal exam. too much to study, congested! upcoming written exam for the rest of 9 subjects starting from Jun 4th. sabarlah duhai hati, get hold of yourself! 

final day for practical exam, 3 subjects on 4 hours. most tiring day! thanks to kak muni 'dengan paksa rela' became my patient for diagnosis. 

dramatik sikit, tiba-tiba patient untuk operative tak dapat dihubungi. dahla takde back up patient, merata aku cari patient. lab pulak dapat dekat tingkat 4, rasa macam nak pengsan sebab kene naik turun 4-5 kali. T.T alhamdulillah, lepas jumpa senior *kak aina cun la tu* dia tolong carikan dan jumpa sorang patient arab. upper 1st molar, quite difficult as i'm still cannot adapt myself to see  indirectly using mirror during working but alhamdulillah siaplah jugak dalam masa yang diberikan. doctor pun pandai psycho gak, nak bagi kita motivated dan confident. :)



part ni aku suka. rasa macam kene tukar profession je jadi chef. :p




Tuesday, April 9, 2013

my bebel~

salam alaik

fuhh fuuhh. habuk 3 inci blog ni. apa boleh buat, i'm neither a writer nor a novelist. semenjak dua menjak ni rasa macam PM laa pulak, terlebih sibuk. non stop midterm exam since last winter break and now final exam next two weeks. sapa-sapa rasa nak ambil dentist korang fikirlah balik ye, rasa macam zombie robot pun ade. orang lain exam ade study leave at least 3 hari tapi kita kelas tiap-tiap hari non stop. doc siap gaduh coz sorang nak buat exam sorang nak sambung kelas dia. -.-' *sistemkatsinimemangberterabur*

orang yang paling sibuk adalah orang yang paling banyak mempunyai masa manakala orang yang paling sedikit masanya adalah orang yang mensia-siakan masanya.

suka aku quotekan kata-kata ni. kadang-kadang aku pelik bila mintak tolong dengan dia *anonymous* boleh pulak katanya xde masa,busy, letih,  sedangkan dia tengah duduk main game dan tengok movie je dari pagi sampai malam. lain pula halnya dengan orang yang aku tengok sentiasa sibuk, tolong orang sana, sini, buat kerja itu ini, bila mintak tolong senang je cakap ya. dah tu pulak takde nak merungut. ceria je muka tiap-tiap hari. kagum!!

btw, tadi my turn untuk masak dinner and this is the result. bubur lambuk, my first time and not as good as i imagine T.T *kenebaliktuntutilmumasakbendaalahni*


Tuesday, January 8, 2013

video of the week: qasidah menyeronokkan faiz




alhamdulillah.

dalam kesejukan bumi  yang disimbahi hujan, status-status fb semua orang menghangatkan suasana dengan 2 isu hangat.

isu 1: Amanat Haji Hadi.

isu yang sering dibangkitkan setiap kali pilihanraya. tak taulah apa tujuan mereka ungkit-ungkitkan perkara itu sedangkan tuan punya diri nak explain tak pulak bagi peluang, sibuk duk ulas sendiri. dari apa yang eden baca dan faham, takde masalah pun dengan statement tu. betullah apa yang diucapkan, apa masalah? jangan pisahkan agama dan politik sebab Islam itu syumul, yakni menyeluruh. kalau dah menyeluruh maknanya merangkumi semua, termasuk politik. so what is d problem?

 isu kafir mengkafirkan oleh masyarakat disebabkan keluarnya amanat ini eden tak tahu sangat sebab time tu eden tak lahir lagi. apa yang eden nampak boleh terjadinya kejadian kafir mengkafirkan sebab kita semua suke belajar sekerat jalan. suka buat kesimpulan sendiri. suka buat suka-suka hati. tak faham rujuk yang pakar, jangan cepat menuduh dan menuding jari. eden pun baca dari sini. menurut usul isyrin (usul 20) dalam kitab Risalah at-Ta'alim karangan Imam Hassan Al-Banna, dalam usul ke 20:

Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:
  • Mengakui kalimah kufur
  • Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
  • Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
  • Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
  • Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.
 so, jangan terus ambil jalan mudah dengan jump into conclusion without knowing the truth. kita boleh membenci kesalahan yang dilakukan tetapi jangan membenci orang yang melakukan.  kita mengkafirkan perbuatan yang dilakukan bukan mengkafirkan orang yang melakukan. jauh bezanya tu, faham baik-baik ye. *ops, rasa macam kontroversi pulak ayat ni,hehehe*  jangan mudah-mudah menghukum seseorang, siasat dan periksalah dahulu kesahihan sesuatu berita.


isu 2: taufan sonamu

dijangka akan melanda pantai timur. ramai yang post fb. eden tak tahu keadaan Malaysia sekarang tapi eden doakan semoga semuanya selamat dari sebarang malapetaka dan bahaya. sekali Allah nak uji kita bagaimana kebergantungan kita kepadaNya. percayakah kita akan kuasanya. nak ingatkan balik kita bahawa DIA Maha Perkasa dan Maha Kuasa. hanya DIA yang wajib kita sembah dan patuh. juga sebagai peringatan atas kelekaan dan kelalaian kita dalam kehidupan. dunia semakin hampir ke penghujungnya, begitu juga kita. MATI tidak menanti kita tua, bahkan mati itu bila-bila masa. saat untuk nyawa dicabut tidak akan dipercepatkan mahupun dilambatkan hatta sesaat. selagi nyawa masih dijasad, kembalilah kepadaNYA. DIA sentiasa menanti kepulangan kita kejalanNYA.

taubat. akan sentiasa terbuka dan Allah sentiasa merindui hambanya yang bertaubat. meskipun kesalahan yang  sama dilakukan setelah bertaubat, bertaubatlah kembali. jangan tunggu tua kerana yakinkah kita sesaat lagi kita masih hidup?

kalau nampak eden ni silap tegurlah, jangan segan-segan. to be human is err. eden pun manusia, sentiasa lalai dan terleka dengan mainan dunia. so sentiasa ingatkan  dan bimbinglah eden kepadaNya.

sekian, 
lots of love,
eden~~