Friday, December 25, 2009

kholas, abes...

minggu ni tamatlah kelas praktikal saya..but only for this sem. alhamdulillah... kelas praktikal terakhir ialah fizik, my feberete klas...leh? kenape? sebab....sebab.....sebab saya suka lah..

kelas fizik ni klas yang paling happening bagi saya sebab doc. nye pun gile-gile(bukan gila tau!!) nak buat camne, doc tu pun muda-muda semuanya, around 20's...muda kan, and of course hensem...(wlaupun sebenarnya xla hensem sangat). mereka ni sangat caring n  baik.. mereka selalu cakap, good...good..ntah ape yang good nye pun saya tak tahu,whahwhahwha.

masa last klas baru-baru ni, kami gunakan sepenuh masa untuk membuat revision. of course la, lepas ni nak exam praktikal, lagi 2 minggu, 5/1 ni. berdebar awi, doakan kejayaan saya dan rakan-rakan... biasanya dalam kelas ni saya hanya main-main, x serius sangat masa nak buat experiment tapi hari tu saya memang serius 199%,  sampai sakit kepala..(semuanya la, x saya sorang) semangat punya pasal samapai kami tak sedar masa kelas dah abis, siap terbabas samapai pukul 8 lebih..waawaa, sedihnye, x sempat nak revise semua experiment..

sebagai tanda sokongan, doc mengucapkan all d best kepada kami dan memberi tips-tips berguna. dia juga ada mencari murid kesayangannya, iqbal.....sibuk bertanya kemana hilangnya iqbal dan etc... kami yang terkejut dengan pertanyaan doc hanya memberi alasan mush arif 'anhu..x tau la doc..(sori doc, x nk tipu tapi utk kebaikan semua). dia juga berjanji kalu kami ada problem masalah boleh bagitau dia n dia akan cuba solve...thanks doc, luv u...

sebagai kenangan, kami bergambar bersama-sama...pelbagai ragam dan pose doc buat..hahahha, sanagt lucu tapi sori, xleh nak upload gambar tu sebab ada ngan kawan...ni je yang ada...



me and doc Hamdi or kami panggil doc sean kingston.. x marah yer doc(^_~)



hahhaa..pembantu makmal kegilaan ramai...




Wednesday, December 23, 2009

pertemuan dan perpisahan

setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan, setiap yang hidup pasti akan mati. begitulah lumrah kehidupan kita bergelar seorang insan. tidak mungkin kita akan bersamanya selama-lamanya walaupun kita sangat menyayangi perhubungan itu...

begitulah yang terjadi antara kami, pertemuan yang terjadi 3 bulan lalu membentuk satu ukhuwah yang sangat teguh. kami saling melengkapi dan menasihati.begitu indahnya perhubungan ini, subhanallah....

dan hari ini, jam 5 petang, terjadi pula perpisahan antara kami, bukan kerana saling membenci tetapi sudah menjadi lumrah setiap pertemuan akan ada perpisahannya. titisan air mata dan doa mengiringi perpisahan ini. meski dipisahkan beribu batu, namun ukhuwah yang terjalin ini kami sematkan dalam hati dan semoga  terus berkekalan.  

mengimbau perkenalan dengan paat, iqbal, hariz, tj dan ezad merupakan satu pengalaman yang indah dan sukar dilupakan. meskipun berbeza latar belakang dan didikan, kami bersatu atas nama 'student dentistry mansurah' yang merupakan golongan minoriti dalam 'idadi asnan(pre-dentistry). paat, ketua kami yang sangat berdedikasi, berkorban masa dan tenaga berjumpa Dean, pegawai-pegawai dan sesiapa yang berkenaan untuk mendapatkan kelas dalam bahasa inggeris dan merayu agar yuran pengajian kami tidak dinaikkan. Alhamdulillah, segala usahanya berbaloi apabila malam semalam, segalanya selesai...

Iqbal atau baba, nama yang kami berikan kerana sikap prihatinnya. seorang yang sangat protaktif, penyayang dan paling penting selalu memberi kami motivasi tatkala kami kesedihan. tiada sahabat yang lebih rapat dan disenangi oleh kami semua melainkan dia.setiap permintaan kami dilayannya dan apabila kami merajuk, pandai dia memujuk kami dengan kata-kata nasihat yang berguna.kata-katanya tadi;"wei, korang janganlah sedih2, kalo korang sedih akupon sedih gak..cube korang happy, senyum kan senang skit hati aku tinggalkan korang,xdelah aku nak risau2, boleh la fokus skit kat study. satu lagi, jaga diri elok2, jangan cepat percaya dengan laki2 tau...."


tj, hariz dan ezad....meskipun saya tak rapat sangat dengan mereka tetapi mereka still sahabat yang baik. mereka sentiasa concern dengan keadaan sekeliling dan memastikan kami sentiasa membantu kami. masih lagi teringat kata-kat tj baru-baru ini; " saya ni dari keluarga yang sederhana...kalau yuran naik dan tak jadi pindah ke Azhar, saya tak teragak-agak untuk pulang saja ke Malaysia. parents saya tak mampu nak menanggungnya." terkejut dan sebak saya mendengar kata-katanya, begitu drastik!!

meskipun perpisahan ini terjadi, saya harap hubungan kita semua kekal kukuh dan diberkati serta diredhai Allah..kepada paat, iqbal, tj, hariz dan ezad, semoga kalian bahagia dan dapat catch up pelajaran yang tertinggal di sana. jangan lupakan kami di sini dan doakan kejayaan kita semua mumtaz 'ala tull.....amin.

p/s: maaf ya, kali ni teremosi pulak, almaklumlah sahabat-sahabat akan pergi meninggalkan kami.

Monday, December 21, 2009

salamualaik

Alhamdulillah......kini kita menyambut tahun baru, 1431H.

tahun baru??!!! new year???hehehhe...dalam tak sedar dah berlalu lagi satahun....apalah ayat saya ni. sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa sekarang, just taip ape yang terlintas kat dalam fikiran ni. hmmm,, klu nak bandingkan sambutan maal hijrah kat sini dengan Malaysia memang agak jauh bezanya.

kat Malaysia kita boleh tengok sambutan yang begitu meriah, siap perarakan dan persembahan, pemberian anugerah dan macam2 lagi..bak dalam iklan astro, macam-macam ada....sure meriah punye. kat sini plak saya sambut dengan geng2 yt's je..kami berkumpul dan sama-sama membaca doa akhir tahun, solat maghrib berjemaah dan mengaminkan doa awal tahun...semoga diberkati ALLAH sepanjang tahun ini dan seterusnya..amin.

memang sapa2 yang baca ni rasa tak best tp saya rasa sangat bahagia..meskipun tak berkumpul bersama famili tp sahabat-sahabat kat sini dah macam adik-beradik sendiri. bersama mereka sangat membahagiakan sebab mereka ni tak kedekut ilmu dan saling menasihati. itulah kawan sejati, tak membiarkan kita terus hanyut dan sentiasa bersama kita di saat gembira mahupun duka.

SALAM MAAL HIJRAH...semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya...;)

p/s; sori la yer, kpale otak ni blom boleh bfungsi ngan baik lg coz bz ngan exam next week..8p

Saturday, December 12, 2009

salamualaik

ini merupakan pengalaman pertama saya beraya di perantauan....wow, bunyinya macam besar je,hihihi...ini merupakan raya haji yang pertama saya berjauhan dengan keluarga. terasa sayu apabila mendengar takbir raya, hampir menitiskan air mata teringatkan keluarga ; (

namun, itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menimba ilmu. hanya kawan-kawan sebagai penghibur dikala kesedihan ini, terima kasih kawan-kawan @ saudara2ku...
begitu banyak hikmah yang ada di sebalik semua ini, seperti yang dijanjikan Allah; setiap kesusahan ada kesenangan... di sini aku diberi kesenangan dengan berpeluang untuk sembahyang raya (sblum ni x pernah pegi coz sibuk tolong parents bakar satay yg org tempah..hi3)




ni gambar tempat kami sembahyang...2 buah rumah dijadikan ruang solat untuk akhowat dan imam ditempah khas untuk kami (hi3, agak lebih2 la pulak describe, x marah)

selesai solat, kami dijamu kari ayam+roti fino oleh tuan rumah, yum2...sedap. terima kasih akak2,lain kali bagi lagi..hihii

jam 9.30 pagi, kami bertolak ke cairo menaiki 3 buaj tremko untuk menghadiri rumah terbuka pegawai yt, ustaz kamal a.k.a. abah. 3 jam perjalanan agak meletihkan. setibanya kami di sana kami dijamukan dengan hidangan yang lazat, nasi minyak+gulai daging+rendang ayam+nasi himpit+macam2 lagi...

selesai makan dan taaruf bersama senior2, kami berjalan2 di sekitar hayyu asyir....




menikmati asir mauzun (jus pisang) di kedai asir

hari kedua kami menjalankan tugas yang diamanahkan; mengutip peralatan untuk digunakan pada keesokan harinya....

hari ketiga kami bersiap awal pagi dan ke tempat penyembelihan. bersatu teguh bercerai roboh, many hands make work light....itulah yang saya boleh gambarkan keadaan pada hari itu. hampir semua pelajar medic mansurah turun padang berganding bahu menyiapkan kerja-kerja melapah(bg ukhuah) dan menyediakan bahan masakan(bg akowat). 14 ekor binatang al-an'am sedia menyerahkan diri untuk dijadikan korban kerana Allah. (2 ekor unta, 4 ekor lembu,8 ekor kambing). 


masih sempat bergambar dengan budak2 arab...hihihi. di belakang orang ramai berebut-rebut merakam gambar dan menyaksikan aktiviti penyembelihan

hari yang ditunggu-tunggu warga mansurah kini tiba. hari raya keempat pcm mengadakan majlis sambutan aidiladha di istad gamaah(stadium universiti).pelbagai acara diadakan termasuk persembahan oleh pelajar malaysia dan juga arab. teruja rasanya bila mereka nyanyikan lagu dendang perantaun..hahaha... petangnya kami bersiap2 untuk majlis aidiladha yt pula. kami ditugaskan untuk membuat banner manakala senior2 pula memasak.

majlis ini diadakan di rumah yt selepas solat zohor. semua pelajar medic yt sama ada  cairo atau mansurah berkumpul di sini dan kami saling berkenalan. senior2 yt sangat baik dan peramah, i like it,hehehe..betul la apa yang orang cakap, budak2 yt sangat bertuah! bukan setakat dapat pinjaman, kebajikan dan silaturahim juga terurus. terima kasih ustaz kamal kerana membuat majlis ini. 










salamualaik

Ahamdulillah.....=)

akhirnya siap juga blog ini setelah berhempas pulas saya cuba membuatnya..(p/s: x pandai sangat bab2 ni so leceh sikit) apa2 pun, saya berterima kasih kepada semua yang sudi membuka blog saya ini. blog ini hanyalah satu ruang untuk saya meluahkan apa yang saya alami dan sedikit pandangan saya, juga mungkin sedikit pengisian ilmiah. InsyaAllah..