Wednesday, December 23, 2009

pertemuan dan perpisahan

setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan, setiap yang hidup pasti akan mati. begitulah lumrah kehidupan kita bergelar seorang insan. tidak mungkin kita akan bersamanya selama-lamanya walaupun kita sangat menyayangi perhubungan itu...

begitulah yang terjadi antara kami, pertemuan yang terjadi 3 bulan lalu membentuk satu ukhuwah yang sangat teguh. kami saling melengkapi dan menasihati.begitu indahnya perhubungan ini, subhanallah....

dan hari ini, jam 5 petang, terjadi pula perpisahan antara kami, bukan kerana saling membenci tetapi sudah menjadi lumrah setiap pertemuan akan ada perpisahannya. titisan air mata dan doa mengiringi perpisahan ini. meski dipisahkan beribu batu, namun ukhuwah yang terjalin ini kami sematkan dalam hati dan semoga  terus berkekalan.  

mengimbau perkenalan dengan paat, iqbal, hariz, tj dan ezad merupakan satu pengalaman yang indah dan sukar dilupakan. meskipun berbeza latar belakang dan didikan, kami bersatu atas nama 'student dentistry mansurah' yang merupakan golongan minoriti dalam 'idadi asnan(pre-dentistry). paat, ketua kami yang sangat berdedikasi, berkorban masa dan tenaga berjumpa Dean, pegawai-pegawai dan sesiapa yang berkenaan untuk mendapatkan kelas dalam bahasa inggeris dan merayu agar yuran pengajian kami tidak dinaikkan. Alhamdulillah, segala usahanya berbaloi apabila malam semalam, segalanya selesai...

Iqbal atau baba, nama yang kami berikan kerana sikap prihatinnya. seorang yang sangat protaktif, penyayang dan paling penting selalu memberi kami motivasi tatkala kami kesedihan. tiada sahabat yang lebih rapat dan disenangi oleh kami semua melainkan dia.setiap permintaan kami dilayannya dan apabila kami merajuk, pandai dia memujuk kami dengan kata-kata nasihat yang berguna.kata-katanya tadi;"wei, korang janganlah sedih2, kalo korang sedih akupon sedih gak..cube korang happy, senyum kan senang skit hati aku tinggalkan korang,xdelah aku nak risau2, boleh la fokus skit kat study. satu lagi, jaga diri elok2, jangan cepat percaya dengan laki2 tau...."


tj, hariz dan ezad....meskipun saya tak rapat sangat dengan mereka tetapi mereka still sahabat yang baik. mereka sentiasa concern dengan keadaan sekeliling dan memastikan kami sentiasa membantu kami. masih lagi teringat kata-kat tj baru-baru ini; " saya ni dari keluarga yang sederhana...kalau yuran naik dan tak jadi pindah ke Azhar, saya tak teragak-agak untuk pulang saja ke Malaysia. parents saya tak mampu nak menanggungnya." terkejut dan sebak saya mendengar kata-katanya, begitu drastik!!

meskipun perpisahan ini terjadi, saya harap hubungan kita semua kekal kukuh dan diberkati serta diredhai Allah..kepada paat, iqbal, tj, hariz dan ezad, semoga kalian bahagia dan dapat catch up pelajaran yang tertinggal di sana. jangan lupakan kami di sini dan doakan kejayaan kita semua mumtaz 'ala tull.....amin.

p/s: maaf ya, kali ni teremosi pulak, almaklumlah sahabat-sahabat akan pergi meninggalkan kami.

No comments: