namun, itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menimba ilmu. hanya kawan-kawan sebagai penghibur dikala kesedihan ini, terima kasih kawan-kawan @ saudara2ku...
begitu banyak hikmah yang ada di sebalik semua ini, seperti yang dijanjikan Allah; setiap kesusahan ada kesenangan... di sini aku diberi kesenangan dengan berpeluang untuk sembahyang raya (sblum ni x pernah pegi coz sibuk tolong parents bakar satay yg org tempah..hi3)
ni gambar tempat kami sembahyang...2 buah rumah dijadikan ruang solat untuk akhowat dan imam ditempah khas untuk kami (hi3, agak lebih2 la pulak describe, x marah)
selesai solat, kami dijamu kari ayam+roti fino oleh tuan rumah, yum2...sedap. terima kasih akak2,lain kali bagi lagi..hihii
jam 9.30 pagi, kami bertolak ke cairo menaiki 3 buaj tremko untuk menghadiri rumah terbuka pegawai yt, ustaz kamal a.k.a. abah. 3 jam perjalanan agak meletihkan. setibanya kami di sana kami dijamukan dengan hidangan yang lazat, nasi minyak+gulai daging+rendang ayam+nasi himpit+macam2 lagi...
selesai makan dan taaruf bersama senior2, kami berjalan2 di sekitar hayyu asyir....
menikmati asir mauzun (jus pisang) di kedai asir
hari kedua kami menjalankan tugas yang diamanahkan; mengutip peralatan untuk digunakan pada keesokan harinya....
hari ketiga kami bersiap awal pagi dan ke tempat penyembelihan. bersatu teguh bercerai roboh, many hands make work light....itulah yang saya boleh gambarkan keadaan pada hari itu. hampir semua pelajar medic mansurah turun padang berganding bahu menyiapkan kerja-kerja melapah(bg ukhuah) dan menyediakan bahan masakan(bg akowat). 14 ekor binatang al-an'am sedia menyerahkan diri untuk dijadikan korban kerana Allah. (2 ekor unta, 4 ekor lembu,8 ekor kambing).
masih sempat bergambar dengan budak2 arab...hihihi. di belakang orang ramai berebut-rebut merakam gambar dan menyaksikan aktiviti penyembelihan
hari yang ditunggu-tunggu warga mansurah kini tiba. hari raya keempat pcm mengadakan majlis sambutan aidiladha di istad gamaah(stadium universiti).pelbagai acara diadakan termasuk persembahan oleh pelajar malaysia dan juga arab. teruja rasanya bila mereka nyanyikan lagu dendang perantaun..hahaha... petangnya kami bersiap2 untuk majlis aidiladha yt pula. kami ditugaskan untuk membuat banner manakala senior2 pula memasak.
majlis ini diadakan di rumah yt selepas solat zohor. semua pelajar medic yt sama ada cairo atau mansurah berkumpul di sini dan kami saling berkenalan. senior2 yt sangat baik dan peramah, i like it,hehehe..betul la apa yang orang cakap, budak2 yt sangat bertuah! bukan setakat dapat pinjaman, kebajikan dan silaturahim juga terurus. terima kasih ustaz kamal kerana membuat majlis ini.
1 comment:
ana sayu tiap2 tahun dengar takbir kat malaysia...
Post a Comment