Friday, May 14, 2010

chEEse cake^^

salam semua..hai!! ceriakan hidup anda dengan iman dan taqwa :)

hari ni kita masuk bab masak memasak ye. jangan sedih-sedih, kalau sedih nangis yer..hehehe *maaf la, mengarut skit hari ni, kesan exam kot.ngeh3* ok, berbalik kepada rancangan masakan, nak kongsi resepi cheese cake atau dalam bahasa melayunya kek keju dan bahasa arabnya kek gibnah *ish, betul x ni? hentam sajalah labu...*

atas permintaan ramai *bajet ngoh* yang sering tertanya-tanya bagaimana saya menghasilkan kek keju yang begitu sedap sehingga menjilat talam  jari maka dengan rasa bangga riak takabbur rendah dirinya mempersembahkah resepinya. resepi ini diambil dari chef terkenal lagi mashur popular seantero dunia dan diminati ramai, Chef Hannah atau nama sebanarnya NurulHasanah Ab. Ghani *cam kenal je :S*

bahan-bahan yang diperlukan:

bahan A

250g cream cheese
250ml Whipping cream
60g gula
60g Majerin
60g Corn flour
3 or 4 kuning telur
Esen vanilla
Lemon juice

bahan B

3 or 4 biji putih telur
60g gula

crust
biskut borio
(depends on yourself, boleh guna apa-apa biskut kesukaan)
margerin@butter

cara-cara:
mula-mula, sediakan crust. caranya hancurkan biskut kegemaran anda selumatnya seperti hancurnya hati anda bila putus cinta *ececece, cam ade pengalaman je 8P* panaskan butter dan masukkan butter yang dah cair tu ke dalam biskut. masukkan ke dalam loyang dan mampatkan biskut tu. bila dah siap, sejukkan dalam peti.*ini juga optional, saya x letak pon sebab nk bake kan??*

Cream cheese + gula + marjerin dipukul dengan penuh kebencian kasih sayang dan kelembutan ala-ala perempuan melayu terakhir sampai kembang. kemudian, masukkan kuning telur, tepung jangung dan esen vanilla serta jus lemon. ketepikan. get ready for substance B!!

dalam bekas yang kering, pukul putih telur dengan gula sampai kembang atau istilah lebih tepatnya foamy. bila dah jadi camtu, teruskan usaha anda memukulnya hingga menjadi soaf peak. ha, dah jumpa istilah yang lagi tepat. merigue!! hehehe

kepada sesiapa yang belum faham camne marigue tu, inilah contohnya :) untuk lebih faham, bila kita terbalikkan bekas telur tu, dia x tumpah. camtu la..

langkah seterusnya, masukkan marigue white egg ( bahan B) ke dalam bahan A, bukan sebaliknya! sudah tu ape lagi, masukkan kedalam loyang crust tadi tu. kemudian bakar dalam oven. peringatan!!!! kek ni bukan bakar mcm biasa tapi cara au bain-marie (waterbath), pada 160 degrees C / 325 degrees F. *saya tak tahu betul x, ni hanye copy paste..saya punye oven kodi punye, so x payah nak sibuk-sibuk ukur brape degree 8D* Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dalam tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yang wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje.

ni la contoh waterbath.

bila dah siap masak, decorate la sesuka hati anda. sedap dimakan bila lapar..hehehe. selamat mencuba!!

p/s: selama ni saya buat kek, xde sukatan yang tepat sebab xde alat untuk timbang. so pandai-pandai la mengagak berapa banyak yang perlu dimasukkan.

maaf kalau ada perkataan yang membuatkan anda tidak suka, marah atau mengganggu hidup anda. doakan saya dan kawan-kawan mumtaz dalam exam tanpa dhur thani a.k.a reseat paper. amin...

Friday, May 7, 2010

mei oh mei

salam alaik

masa semakin pantas atau saya yang lembab? tak pandai nak atur masa sebaiknya. dah cuba buat jadual belajar tapi hanya ikut skali skala je takleh pakai btol la saya ni, =.='' pepatah arab ada menyebut, "alwaktu kasaif, iza lam yakhtok takhtok"~masa itu, ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka dia akan memotong kamu~ maka, nasihat kepada diri sendiri: tak perlu jaga masa sebab masa memang akan sentiasa bergerak tapi jaga  diri,pastikan diri tepati masa!! no more lagho kalau nak balik, meshi??

sibuk semalam agak disengajakan. layan saja permintaan ahli beit bobo untuk buat cheese cake sempena bday zahir ke-20 (5/5). ada patut dia call pukul 10 malam mintak buat kek pada waktu tu jugak! bila mintak dia belikan bahan-bahan, malas pulak. ish, tahu nak makan je. *kalau ahli beit bobo baca ni jangan marah ye, saja je tulis. nak buat kontroversi skit, hahahaha :P*  apapon, enjoy je buat kek tu. kurang sikit stress.

~blueberry borio cheese cake~

ni la pandangan sisinya^^

sebab takde bekas nak letak, so bekas pizza ni la jadi mangsa..hehe

ni kek pisang kak muni +____+

bulan 5 ni ramai jugak yang telah@akan sambut bday. yang berada dalam pengetahuan saya; zahir n zakwan *yt* (5/5), najibah n wansya *classmate* (6/5), alia hanis*classmate* (7/5), romadonazikri *super super senior* (9/5), alfian@pian *yt* (17/5) n last but not least cik aisyah kesayangan kami *yt*n adik saya, asyrafuddin (29/5). so utk jimat masa dan tenaga, saya ucapkan selamat hari lahir utk semua yer. barakatillah daiman abadan abada =) *ikhlas ni tau ;p*


sejak semalam, alhamdulillah rezeki kami agak murah. banyak makanan terhidang sampai tak termakan. 2 kotak pizza dibeli namun hanya satu kotak yang luak, sekotak lagi ditunda ke hari lain.hehe. hari ni pula 3 biji kek dimasak, 2 cheese cake  dan 1 kek pisang. belum disentuh sebab semua dah kenyang. lagipon kek masak lambat, insyaAllah esok akan dikedarah dimakan. jangan jeles yer.

#thanks to kak muni n aisyah yang rajin pegi beli pizza
#special thanks to kak muni again coz tlg belikan cream cheese, not to forgot laile sayang yang bersusah payah ke wikalah n belikan saya cream cheese jugak
#maaf kepada semua jikalau saya ada menyusahkan anda.
#thanks to kak dila, anna, intan n farihah
#ahli beit yokies n beit muslimah, sayang anda semua, moga ikatan ukhwah ini kekal selamanya...
#to sayang shairah, jangan jeles tau saya buat cheese cake lagi..hihihi
#miss my famili veli2 much...T.T, tak sabar tunggu hari sabtu!!
#oh tidak!!! saya jadi pembunuh bersiri yang sangat kejam hari ni, dah lebih 20 ekor nyamuk saya bunuh..bukan salah saya, mereka serang saya. saya hanya mempertahankan diri sahaja >.< *baca dengan nada sayu*


terima kasih kepada yang sudi membaca repekan saya ini http://www.emocutez.com

Saturday, May 1, 2010

asif

alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup, bernafas di dunia fana ini sebagai seorang muslim.

oh, hari ini saya dah tak tahu nak tulis apa, maaf kalau saya mengarut sikit ye. almaklumlah musim exam ni memang best kalau nak mengarut,hehehe. *ni bukan kes takde keje ye tp kes cari keje =.='' *

http://www.emocutez.com

kempen 'lifeline 4 Gaza' baru tamat semalam. jumlah kutipan ialah LE62871.25. Alhamdulillah masih ramai insan yang sudi menghulurkan sumbangan; terima kasih, syukran, arigato, sheshe'.apa lagi ye??ntah la labu.. saya hanya sempat menghadiri Malam "Dengari sendu Gaza" ke-2, begitu banyak input diperoleh. malas nak tulis, so klik sini ye :D pemalas betul!

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "                           (Riwayat Bukhari & Muslim)


 eh, tadi saya cakap nak mengarutkan? hmm, x jadi lah. takde idea a.k.a malas nak fikir. sah, memang pemalas!! oh ya, bermula 30/4/2010, waktu di sini dicepatkan satu jam, menjadikan perbezaan waktu antara Malaysia dan Mesir hanya 5 jam, bukan 6 jam. *perubahan hanya sementara,bermula musim bunga hingga musim luruh,jadi on kan sahaja daylight saving anda, senang =)* Jangan pening ye teman-teman sekalian, alert waktu kuliah n waktu exam. jangan lupe pegi kelas @__@

EXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAMEXAM


Saturday, April 24, 2010

untukmu yang bergelar sahabat


demam exam dah merebak semula,tahap keseriusannya mengatasi  SARS dan  H1N1. semua  sibuk menghafal anat, biochem dan etc, mengadap mukabuku, bila puas, tengok slide under microscope pula. bosan-bosan main teka-teka, semua berkumpul dalam bilik saya, meriah! terima kasih ye kawan-kawan sudi membanjiri bilik ni, hilang rasa sunyi. walaupun saya tak faham apa yang awak semua belajar saya kan dentistry, mane tahu apa yang awak belajar,hehe tapi saje menyampuk, buat-buat tahu ;p sebab exam dah dekat, lepas subuh awak semua terus bangun sambung study, tido pula pukul 1-2 pagi. mabruk beit yokies~! selamat menghadapi final exam semua. bittaufik wanajah http://www.emocutez.com

bersyukur saya ada sahabat macam awak semua, walaupun perwatakan kita berlainan tapi  saling melengkapi. saya buat salah awak tegur, kegembiraan dan kesedihan kita kongsi bersama. setiap perselisihan yang berlaku membuatkan hubungan kita makin erat, sebab lepas kita bermasam muka, kita akan minta maaf dan berterus terang apa yang kita tak puas hati. *bunyi cacam kita pernah perang besar je, takde pon.. :D* senang kata, saya suka tinggal dengan awak semua, kita dah macam adik beradik, hepi family ^^

Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri" (Mutafaq 'alaih)

dan kepada sesiapa yang menganggap dirinya sahabat saya, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya, tak kira siapa anda, saya amat menghargainyaMySpace
semoga persahabatan ini direstui Ilahi dan dibawah rahmatnya.
 dan di kesempatan ini juga, saya nak minta jutaan kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan terhadap sahabat sekalian sama ada secara sengaja atau tidak, saya hanyalah insan yang kerdil, sering melakukan kesalahan. maaf.

buat sahabat sekalian,
Segembira manapun kita di dunia ini, kita belum tahu nasibnya diakhirat nanti..Selama mana pun kita rasai hidup ini, pastinya ajal akan menemui diri..Sebahagia manapun jiwa, dugaan akan juga melanda..Kerna hidup kita ibarat matahari dan bulan, adakalanya akan kelihatan, kemudian hilang dari pandangan..Tiada yang kekal di dunia ini, walaupun segenggam bahagia dan secubit derita sekalipun.
Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka Tetapi….. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa mendoakan agar hari mu dipermudahkan ALLAH. ameen

selamat menghadapi peperiksaan buat sahabat sekalian
bittaufik wanajah

Tuesday, April 13, 2010

no reasons!!

this is 10 percent luck 20 percent skill
15 percent concentrated power of will
5 percent pleasure 50 percent pain
and a 100 percent reason to remember the name study and success
hehe, pandai pulak tukar lirik yer ;p
fort minor- remember the name
back to 2008
when i was  form 5
this song motivate me
i love this song very much


enough is enough *cedok ayat liya ;P*
u spoil my life! *amik ayat aisyah..hehe*
ok2, i donno what to say or write on now
its completely crazy!!!

practical exam just around the corner!!
home sweet home, oh my bed, my room...wait for me! till meet u this july, insyaAllah...

nota tangan: ahad ni exam organic chemi, isnin statistic..
ALL D BEST TO ALL MY FRIENDS
BITTAUFIK WANAJAH

Thursday, April 8, 2010

masalah tu diri aku!!


masalah itu asam garam kehidupan. siapa yang hidup tanpa masalah? mush mumkin(tak mungkin) seseorang itu tiada masalah. meskipun dia itu seorang bayi yang sedang dilahirkan atau seorang tua yang sedang menghadapi ajal. walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah di luar kemampuan kita untuk menghadapinya. Firman ALLAH swt dalam Al-Quran terang menjelaskan bahawa ALLAH tidak sekali-kali menguji kita diluar kemampuan kita. apa yang penting adalah kita berfikiran positif dan mengambil iktibar terhadap masalah yang kita hadapi ini.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Surah Al-Baqarah: 155-157

jika kita seorang yang berfikiran positif, kita akan merasakan masalah ini sebagai satu nikmat, satu hikmat yang ALLAH anugerahkan. bukan semua orang berhadapan dengan masalah ini dan bukan semua yang menghadapinya berjaya mengatasinya. bersyukurlah!

ramai yang tidak menyedari bahawa masalah itu terhasil dari kelemahan diri sendiri. kekuatan jua yang kita sanjung bukannya membaiki kelemahan diri menyebabkan apabila kita menghadapi masalah kita terlalu cepat berputus asa. kita menganggap diri kita ini sempurna sedangkan hanya ALLAH yang Maha Sempurna, tiada sesiapa yang berhak mengaku dirinya. ambillah iktibar dari kisah firaun yang terlalu mengagungkan dirinya sehingga sanggup mengaku dirinya tuhan. nauzubillah.

jangan takut menghadapi masalah kerana itulah tanda ALLAH masih menyayangi dan mengambil berat tentang kita.bayangkan jika kita terus hanyut dalam godaan dunia ini tanpa peringatan sedikitpun dari ALLAH, nerakalah tempat tinggal kita nanti. nauzubillah. oleh itu, sentiasalah dekatkan diri kepadaNya. bukan hanya diwaktu susah bahkan di waktu senang.

jagalah ALLAH diwaktu kita senang nescaya ALLAH akan menjaga kita tatkala kita dalam kesulitan. selangkah kita datang kepada ALLAH seribu langkah ALLAH datang kepada kita. Subhanallah, begitu sayangnya ALLAH swt kepada kita tetapi adakah kita menghargainya? sikap kita yang hanya menghargai sesuatu apabila sudah kehilangannya harus diubah.

sabarlah menghadapi ujian @ masalah @ cabaran. jangan pernah berputus asa terhadap nikmat dan rahmatNya, sentiasa berdoa agar segalanya dipermudahkan dan jangan jemu meminta kepadaNya kerana ALLAH swt tidak jemu mendengar rintihan dan permintaan kita.




lagu kesukaan~
trouble is a friend

Friday, April 2, 2010

senyum :D

bosan? boring? letih? ta'ban? tahzan?
semua tu adalah perkara biasa. semua orang mengalaminya..
camne nak atasinya?
oh, senang saja!
ada cermin?? kalau takde pegi beli yer..serius ni!
tengok muka anda dalam cermin tu, lawa tak? off topik la pulak budak ni..hehe
mula-mula tunjukkan gigi anda...camni

tunjuk betul-betul tau!

sudah tu cuba tolak pipi ke atas...buruk tak muka tu?hehe.
camne perasaan sekarang? dah ok? tadi tu saje je main2..ngeh3, jangan marah (^_~)
cuma nak cakap, senyum selalu. apapon masalah yang kita hadapi senyum je, sebab senyum tu boleh mengurangkan stress!! senyum juga kan sedekah, jadi sapa-sapa yang nak tambah pahala senyum la.

awas: senyum-senyum juga, tapi biar kena pada tempat dan masa, nantikan tak pasal-pasal masuk wad psikitrik...bukan salah saya tau! XD


senyuman membawa bahagia @________@




senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum-senyum